Thursday, December 30, 2010

Saya Nak Kongsi Kegembiraan

Salam & Hello :)

pertama sekali aku nak ucap terima kasih buat Leena Nohujan (commercial FB)
dia da tolong aku and dapatlah aku tengok result
disebabkan denda library bernilai 20sen results dibekukan. haih.
tapi sebelum itu, oleh kerana aku tak berani nak tengok aku telah memberi izin kepada seseorang untuk melihat sekaligus menginfom kepada aku
okay ke tak okay
HIHI
pas tu baru lahh aku cek sendiri
hasilnya
jeng jeng jeng


so pade sesiapa yang da janji dengan aku nak belanja ini belanja itu
jangan nak buat lupa pula
aku ingat tau
ngee~~


Alhamdulillah, Syukran Ya Allah.


Wednesday, December 29, 2010

Jealously Means Im Great


29122010
Drama Quotes, Jealousy Quotes, Anti Hater Quotes

kepada mereka-mereka yang berkenaan
kalau tak suka kat aku
aku sangat-sangat tak kesah
buat lahh ap kau nak buat ye.


sekian terima kasih.








Nota Si Kecik : Eh ada ke orang tak suka kat kau ha?
                    sshhhhh, sapa yang makan cili, dia lahh yang terasa pedas.
                   *senget.

It is nearly 6am

Assalamualaikum,



menghabiskan masa untuk meng'update' perihal perihal yang berkait rapat dengan belog aku ni. Apa-apa pun aku kena selesaikan jugak sebelum berangkat balik ke Tanjong Malim. Ini kerana takut-takut kalau tak ada masa untuk meluangkan masa bersama belog yang dah bersarang lebah.

tak banyak perubahan yang aku buat just make it simple and will open to public.
coming soon lahh. itu pun kalau aku nak.
HAHA !!
macam lahh ada orang nak baca entry aku.
perasan jew lebih.

Nota Si Kecik : Baru nak belajar bercerita.

Kem Amali Akhir Pendidikan Luar - Terakhir

"Akan ku simpan, kenangan PL kita, yang tak akan terpadam selamanya.
Kehangatan PL mu masih aku terasa, seperti baru semalam kita ber-PL"

bersama Pensyarah & Fasi
orang kuat PL
makan bersama terakhir
detik-detik terakhir
my classmates - the AT03
wahhh saya dah tersangat lahh penat nak upload gambar
banyak betul
nak click ini lahh, itu lahh.
ini je lahh okay?

Nota Si Kecik : Pengalaman yang takkan pernah ku lupa.

Kem Amali Akhir Pendidikan Luar - Hari Seterusnya

"Akan ku simpan, kenangan PL kita, yang tak akan terpadam selamanya.
Kehangatan PL mu masih aku terasa, seperti baru semalam kita ber-PL"


khemah urusetia
aktiviti tali
kembara ilmiah
background : Batu Bersurat, Telok Gedong.
Kota Belanda
jom makan dulu.
santai makan pisang goreng
gajet kayak

Anggaran hari kedua hingga ke-9
terlampau lahh banyak sangat gambar
nanti berat pulak page aku yang tak berapa nak lawa ni
=)

Tuesday, December 28, 2010

Kenapa Suka Sangat Cakap Besar


Bengang betul aku dengan orang-orang yang suka cakap besar
entah apa jew lahh motif diorang nie
kadang-kadang terpaksa jew aku dengar
tapi tu lahh aku pula yang jadi hipokrit kan
tak suka tapi buat-buat suka

Mau jew aku cakap lebih besar
macam gampang jew
ingat kau tue hebat sangat ke ha?
ada lagi yang lebih hebat
itu kau tatau kan?

Bukannya pernah nak tengok orang hepi
asyik die jew lahh yang terer
menyampah aku.
erghhhh.

Saturday, December 25, 2010

Result Tak Boleh Bukak !



result ditahan
semuanya sebab berhutang dengan perpustakaan
=(
sedih betul
orang yang laen dah tahu result
aku sorang jugak yang ketinggalan




Nota Si Kecik : kecik-kcik lagi da ada hutang.

Wednesday, December 22, 2010

Hanya Kerana MAGGI

Salam & hello,


kerana maggi ramai yang terselamat dari menjadi mangsa-mangsa kelaparan kat hostel
HAHA !
ini cerita betul, bukan main-main.
dengan maggi juga lahh cikgu-cikgu, ahli jurutera dan dinafikan bakal-bakal doktor pun makan jugak kan. 
jangan nak tipu lahh
saya tahu !



yeah
macehh maggi.
T_T




Nota Si Kecik : Kadang-kadang mintak maggi roomate kalau da lapar. hik3

Terkenang Kenangan PL


Assalamualaikum,

aku rindu pada aktiviti-aktiviti
aku rindu meronggeng malam-malam
aku rindu pada rakan-rakan
aku rindu makan bersama
aku rindu saat susah bersama
disinilah aku kenal siapa itu teman.

ada suka mengambil kesempatan
ada yang sibuk mencari kepopularan
ada yang curi tulang
ada yang nak lepas tanggungjawab
adakah itu boleh aku gelar sebagai sahabat.

tapi tidak semuanya begitu
ada diantara mereka yang mempunyai hati suci
memang betul,
kawan yang seperti ini sukar dicari
arghh, napa touching sangat ni.
tak perlu aku sebut siapa kamu,
kerana kamu akan tetap sahabatku.


Nota Si Kecik : Bukan senang nak cari orang macam diorang ney tau.
Serius i cakap.
Huh, tak nak caye sudah. !

Friday, December 17, 2010

I Did Wrong


just want to say,

" i'm sorry, kau nak maafkan aku tak?"

=)

Sedetik Bersama Pendidikan Luar: Kem Akhir 2010

"Akan ku simpan, kenangan PL kita, yang tak akan terpadam selamanya.
Kehangatan PL mu masih aku terasa, seperti baru semalam kita ber-PL"


Terlalu banyak kenangan yang tersemat dan terpaku dalam ingatanku
entah mengapa susah nak diceritakan
yang manis juga yang pahit
cuma yang boleh ku paparkan hanyalah 
kepingan-kepingan gambar yang sempat dirakamkan
kerana terlalu gembira tak sempat nak bergambar sangat


kami penumpang bas nombor lima
baru tiba di pangkalan Jeti Pangkor

beratur tunggu bas ke Kota Belanda
porak peranda kubu ketam
peace
antara barisan ketua. hik3.
the lima gadis sains sukan


Antara pilihan gambar pada hari pertama.

Sunday, November 21, 2010

Siapa Kawan Sebenarnya



Dalam hidup ini, kita akan bertemu pelbagai jenis kawan.
Bergantung kepada diri sendiri untuk memilih kawan-kawan yang sebagaimana kita suka

Sejak kecil lagi aku sudah ada kawan.
ada kawan yang bawa aku mencari ilmu
ada kawan yang suka jahanamkan hidup
ada kawan yang ingatkan aku bila terleka
ada kawan yang ambik kesempatan
ada juga yang tidak boleh harap

mommy aku pernah bagi nasihat
hati-hati bila memilih kawan
ada kawan yang suka bantu kita untuk naik dan berjaya
ada kawan yang suka tengok kita gagal dan menderita
tanpa ilmu dan jati diri yang kuat
hidup kita memang mudah dipengaruhi oleh perkara
negatif yang menyeronokkan
berdasarkan pengalaman, aku akui peribadi aku banyak berubah oleh pergaulan

oleh itu, hati-hatilah memilih kawan.


Nota Si Kecik : 

Thursday, November 11, 2010

HARI KANAK-KANAK SEDUNIA

Assalamualaikum

hari yang sangat menyeronokkan
tak bosan tengok telatah budak budak kat sekolah ni
agak banyak aktiviti yang diadakan
mamy kata hari ni hari kanak-kanak sedunia
so, mamy pun beli lahh seberapa banyak coklat untuk budak-budak kat sekolah
tapi, dengan syarat diorang semua kena duduk diam
HAHA
budak-budak pun patuh pada arahan mamy
lucu lahh pulak.

aku pun nak jadi cikgu macam tu jugak lahh
ngee~~

inspired by Puan Joe.
LOVE YOU MOM.

Wednesday, November 10, 2010

Sapa Cepat Dia Dapat



upsiPORTAL oh upsiPORTAL
mySIS oh mySIS
bila lahh nak bagi peluang kat aku
malam ney aku tengok orang menyampah jew menunggu
penat tol tunggu2 ney.


Nota Si Kecik : id: d038171
                      pswrd : ********

Tuesday, November 09, 2010

Andai Kau Curang


mungkin aku akan bagi awak peluang kedua
tapi bila kau buat sekali lagi
tatau lahh nak cakap macam mana
sendiri nak faham lahh
aku tak ada masa nak fahamkan awak

Thank You ALLAH

pagi 07 November 2010

satu kemalangan terjadi melibatkan my brother and my cousin.
keadaan sangat panik.
masa ini lahh baru aku tahu macam mana rasa bila keluarga kita sendiri terlibat dalam kemalangan.
rasa macam nak pengsan, jantung pun boleh pecah.
aku belum sampai ranau lg pun. malam depart kat airport kay kay. aku, mummy, daddy, amy and azri bermalam kat rumah persingahan dulu. esok pagi baru nak gerak pulang.

pagi masa loading barang kat hilux, fon daddy berdering.
orang tu kata, kereta kamu excident. ada lima orang budak.
terkejut aku. terduduk daddy kat tangga bila dengar berita tu.
aku takut kalau adik kembar ada dalam kereta.

malas nak cerita panjang-panjang,
aku cuma nak bersyukur sangat-sangat
adik aku selamat cuma koyak sedikit kat kepala.

apa-apa pun aku akan balas dendam dengan orang itu.
aku akan cari kau dimana.
shitt for you.


Nota Si Kecik : Dah tatau macam mana nak bercerita. Otak agak bercelaru.

Saturday, November 06, 2010

Nine O'clock





I'm Fly To Sabah.
Here I Come.
Bubbye.

Malam Ku Bersendiri (Part Two)

Listen to the mp3,
 watching tv,
blogging,
fbying,
messaging,
 dont no what to do.
there only a few hours before my flight to Sabah.
really miss my own place



Nota Si Kecik :

Friday, November 05, 2010

Kau Suka Dia Sebab Apa





DONT ASK ME WHY I LOVE YOU
BUT 
TELL ME HOW MUCH YOUR LOVE FOR ME

Kerana Aku Gadis & Kau Teruna

saya faham perasaan awak.
awak suka kat saya.
awak kata awak suka tengok saya.
mungkin pada senyuman, percakapan, pergaulan, dll
dulu awak selalu tegur saya.
bercerita dengan saya.
awak dengar cerita saya, walaupun saya tak pandai nak bercerita dan saya juga dengar awak bercerita.
gelak ketawa bersama. jalan bersama.

tapi kenapa awak menjauhkan diri daripada saya.
sedih sangat bila awak buat macam itu.
apa salah saya kat awak.
bila terserempak dengan saya, awak tak pernah sapa pun.
apalagi lahh nak senyum.
orang sebelah saya boleh pula awak sapa kan.
semakin bertambah rasa sedih ini.
saya ingat awak boleh jadi teman.
tapi saya silap.

semalam, awak mesej saya.
baru lahh saya tahu semuanya.


Nota Si Kecik : Saya nak awak gembira macam dulu.

Kesiannya Perempuan Yang Tak Tahu Memasak

Kalau perempuan yang tak tahu memasak mesti diorang akan dikutuk dan disuruh belajar memasak. Tapi kalau lelaki tak boleh jadi imam, orang boleh kata okay.

Jangan lahh diperbesarkan, takut ada pula yang terasa. 

"Apalah perempuan, tak pandai masak ! Siapa nak kahwin ngan hang." kata seorang lelaki kepada si gadis ayu.

Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat. ''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.


Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.
Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.


Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.
Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.
Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu. Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.
Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.

Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.

Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.

Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?

Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.
Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.
Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.
Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.
Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.
Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.
Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!





Nota Si Kecik : Jangan nak ngata pompuan je.

Mengapa Mesti Jadi Naik



Assalamualaikum


tiada idea nak cakap apa. cuma pelik macam mana boleh naik camtu. 
orang lain cakap muka kau nampak sedikit chubby.
kau tak perasan pun kan.
ada yang cakap, mesti kau tengah gembira sekarang kan.
apa-apa jak lahh. aku tak kisah apa orang cakap.
tapi aku kisah macam mana boleh jadi macam tu.
kau makan apa? buat apa?
tak kan boleh jadi macam tu. sedih pula bila tengok.
siapa yang aku cakap sebenarnya ni. mesti kamu akan cakap aku ni kerja nak mengata orang kan.
fyi, aku bukan kata orang.
kenyataan ni khas buat aku sendiri. ;(

Nota Si Kecik :




Monday, November 01, 2010

Aku Bukan Bini Hang



hey,
apsal dengan kau ni.
aku tak faham lahh.
malas nak cerita.
huh, menyampah.
serius.

Malam Ku Bersendiri (Part One)

sunyi. bosan. tiada teman ngumpat. 

oh roomateku, miss liyana. 

hang je lahh yang boleh layan karenah teman sebilik mu ini.

aku tahu mulut ini memang banyak cerita. 

sebelum pi kelas, selepas kelas mesti ada je bebelan aku.

kadang-kadang hang nak tido pun susah kan.

apa-apa pun hang memang sporting.

adoyai, apa nak di buat ni.

nasib baek si dia ni rajin jugak nak nyembang.

mesej je. okay.





Nota Si Kecik :

Sunday, October 31, 2010

Awak Sayang Saya

Mereka hairan,
Kenapa kita bersama
kata mereka, saya layak untuk dapat yang jauh lebih baik dari awak.

Dan tiap kali itu juga, saya hanya tersenyum =)
Mungkin awak tak sekacak lelaki lain.


Awak kata:
kadang-kadang saya kasar
kadang-kadang angin baran saya datang tak kena masa
Adakalanya pening kepala melayan karenah saya yang keras kepala.

Awak jugak kata:
sekasar mana pun saya, bila tonton cerita jepun,
saya nangis jugak.
memang kadang-kadang angin saya tak menentu,
tapi manja saya tetap ada.
biarpun adakalanya saya degil tak dengar kata,
tapi sayang awak ke saya, awak sorang yang tahu.



Nota Si Kecik : Saya Akan Cuba Sayang Awak.
 

Saturday, October 30, 2010

Gadis Bunga & 3 Power Ranger


ini lahh gadis gadis bunga. power ranger nya di mana?
hehe.
salah sorang power ranger lahh yang tolong ambik gambar ni.
dua orang lagi sibuk tengok gadis gadis shampoo dekat tepi tu.

masa ni, kami nak kuar pi lepak kat pekan
Tanjong Malim.
aku tahu tak ada apa pun di pekan tu.
tapi ada satu benda yang kami semua boleh kongsi bersama.




itu dia.
microfon. nyanyi kat k-box Tanjong Malim.
itu lahh tempat kami lepaskan tekanan.
fuhh, layan nyanyi rock nie.
lagu dalam ingatan, Senja Awan Nan Merah
by dee dee and faiz.


ngeee~~~






Nota Si Kecik : macam bagos sangat sora kau!!

Tuesday, October 26, 2010

Stress Remaja

Bila Diri Ini Didatangi Oleh Stress
1st  : Get some exercise. Like dance, jog or anything.
2nd : Phone a friend. Talk or share your problem.
3rd  : Eat something. Means bukan racun.
4th  : Reading.
5th  : Get out into nature.




6th : Spend time with someone you like.
7th : Make yourself enjoy.
8th  : Meet counselor.
9th  : Sleep. Sleep. Sleep. zzz..
10th : Have a good cry.


Nota Si Kecik : Credits to Farizzul Farouk.

Akhirnya Jumpa Jugak

Adoi ! memang pening.
sapa lahh yang simpan barang yang tak berapa nak penting tu.
penat dohh nak cari kat mana.
di merata tempat aku cari.
dalam loker.
timbunan fail yang menyemakkan.
arghh ! tak suka lahh.
mana lahh wahai buku akviti ku ini.




tanya kat akak ketua blok
katanya : dik, xda lahh buku adik ngan akak.

tanya kat pejabat,
katanya : u kena refer kat mereka-mereka yang berkenaan. tutttt..

tanya kat akak 1,
katanya : tak ada pla. cuba tanya kat tettt..

tanya kat akak 2,
katanya : rasanya tak ada lahh. 

suddenly, ai dapat calling
caller : ini adik T____T kew? 
ai      : eya saya lahh ney.
caller : buku adik yang ada just __ stiker kew?
ai      : a'ah. seingat saya tu jew stiker yang ada.
caller : akak dahh antar kat pejabat ari tu. buku tue da lama akak simpan.
           adik tak tuntut. jadi akak dahh antarkan sekali.
ai      : owh. betul kew ni kak? tenkiu banyak-banyak kak. 
caller : sama. akak pun nk minta mahap sebab tak bagi kat adik buku tu.
        tak tau mcam mna nak cntact tuttt. 
ai      : xpa kak. trima kasih ! (excited gila )

Thanx buat si roomate yang bagi aku sokongan moral. 
Tak ketinggalan jugak buat mamat yang kata aku cuai.
 *ai tak CUAI k !




Nota Si Kecik : Pengajaran di sebalik alkisah ni,
                      jangan berbuat jahat dengan orang. HAHA !





Monday, October 25, 2010

Bila Lelaki Handsome

photo by tumblr


Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap: woow, cool giler larh mamat tu.
Kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: alah perasaan bagus.

Kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody’s perfect
Kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
Perempuan akan cakap: memang, muka pun macam pecah rumah!

Kalau lelaki handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan cakap: wah, machonya. macam hero filem!
Kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia.

Kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: sepadan sangat.
Kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!

Kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada.
Kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan kata:…(terdiam, tapi telunjuknya meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)…


p/s: untuk suka-suka saja ea..