Monday, December 31, 2012

Wednesday, December 26, 2012

MALAM FAKULTI SAINS SUKAN VIGEN

Assalamualaikum dan Hello readers

lihatlah betapa gigihnya aku update blog. sekarang ni nak cerita pasal event malam 20hb iaitu Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan. amek kau. nama majlis pun dah sebegitu panjang. majlis ni diadakan khas untuk beberapa perkara yang amat penting dan jadi tradisi setiap sem. pertama, sudah pasti untuk meraikan mereka yang berjaya mendapat dean list and for the first class students. kedua, penamaan batch untuk pelajar senior nganga. meaning budak semester dua. nampaknya bukan nganga lagi lah korang iye. ketiga, meraikan pelajar tahun akhir fakulti aku iaitu senior-senior batch Paragon. wuhuu Paragon Love You All. tu tagline diorang. event ni telah diadakan di Dewan Kolej Ungku Omar Baru, Proton City.

malam tu batch aku telah mendapat tugas untuk membuat gimik perasmian. oh ya, nama bacth aku VITEX. haruslah bagi tahu kan. so gimik perasmian kita orang buat simple but need a lots of support. kitaorang ada buat montage then ada live band gitu. tak pernah lagi buat live band bagai sebelum ni. kamilah pemecah tradisi. serius, bangga jadi budak VITEX. ahaa, kat bawah ada video montage aritu. aku pun ada gak sekejap. sekejap je lah. sebab time shooting aku ada penilaian kelas tarian pula. choi. tapi tak mengapa. its ok its alright come on lah kan.




persembahan live band. pewiit. gila seyh. dah lama tak perform depan audience lebih-lebih lagi yang sebegitu ramai. but we made it. oh my god, seriously i felt in love with the drum. rindu, rindu, rindu nak bergendang-gendut. bila lagilah boleh pergi jamming. anyway, thanks to my batchmate. ashraf as vocalis lelaki. zarulnaim, peso dan ijan as the guitaris. confius dengan gitar gitar ni. yang aku tahu pen main lead. peso main bass. tapi ijan tak tahu pula aku. sorry erk. nasrullah as the drummer. and last but not least niben pemain keyboard. walaupun training empat hari kita boleh lakukan yang terbaik. idea mencurah-curah. idea silih berganti. tu belum kira dengan perosak idea. hahaha. memang kacau betol lah. thanks juga kepada mereka yang sempat captured gambar aritu kalau tak memang takde kenanganlah jawabnya. antara gambar yang terpilih untuk publish dekat blog.





at the back stage. time ni semua nervous. masing-masing buat hal masing-masing. ada yang nyanyi. ada yang imageri drum. ada yang imageri gitar. dan ada juga juga yang menyakat. okay, let me introduce to you the vitex band. from left : zarulnaim, diyana, niben, ashraf and nasrullah. dekat atas dari kanan : peso dan ijan. kami pelajar tahun tiga semester lima.




DIPENGHUJUNG MAJLIS





his name is zarulnaim or we call him pen. sekali dia bersuara, sekali dia bercakap kau akan rasa like wow! he can thinks sampai macam tu sekali.

fyi, the new name for the senior nganga adalah VIGEN. logo batch diorang ni seakan-akan team pendidikan luar aku masa semester satu. ahaa. team jerung. ada juga penyambung generasi jerung ni. anyway, good try adik-adik sekalian. 

Alhamdulillah, akhirnya selesailah majlis pada malam tu. tapi still perform lagi. ehee. mengada betol minah ni.  actually, lepas nyanyi nyanyi tu kitaorang kena pack barang malam tu juga. so, sambil kemas enjoy lah kan. btw, sebelum menamatkan entri ni aku nak ucap tahniah kepada mereka yang tersenarai dalam dean dan mereka yang berjaya mendapat first class student. always remember dear, result or pointer is just a number. sometime mereka yang pointer tinggi-tinggi tu bukanlah pandai sangat. opss. sorry to say. kadang-kadang mereka ni result gempak tapi budi bahasa takda. kadang-kadang kerja mereka tu bukanlah naik sangat. bila sudah berada diatas yang dibawah langsung tak dipandang. kena beringat, kadang-kadang Allah menguji kita dengan pelbagai macam ujian. jangan terlalu cepat membangga diri. jangan terlalu riak. apa yang kita perolehi semua tu atas kehendaknya. bila bila masa Dia boleh tarik balik semua tu. so, adik-adik beringatlah la ya. Selamat beramal. 


Thanks for reading this.
Keep in touch :)


Tuesday, December 25, 2012

Satu Daerah Satu Industri MITC Melaka

Assalamualaikum dan Hello readers 

wah agak lama juga aku menyepi dari menaip blog kerana kesibukan aktiviti seharian. terima kasih kepada mereka yang sudi datang ke blog ini walaupun kurang update sejak dua menjak ini. cerita cerita dekat blog ni pun bukanlah menarik sangat. cukuplah buat dia yang suka stalker page aku. blog ni pun dibuat just for fun saja. anyway, dalam pada sebulan daripada update lepas aku ada join tarian untuk kebudayaan Sabah. so, i nak share beberapa picture.

SATU DAERAH, SATU INDUSTRI
MITC, MELAKA
5 DISEMBER 2012 - 8 DISEMBER 2012


yang ini antara yang sempat nak ambik gambar. ikutkan nak bergambar sakan. tapi rasa laen pula kan. nama pun job menari takkan nak pi jalan-jalan. ha satu lagi, orang asyik nak bergambar kami. macam retis pula time tu. berangan sekejap la yek.

HARI PERTAMA
PAKAIAN TRADISI KAUM BAJAU 



   

HARI KEDUA
PAKAIAN TRADISI KADAZANDUSUN
*teladiubahsuai oleh aku :)*






   
HARI KETIGA
PAKAIAN SUKU KAUM MURUT 
*telah diubahsuai oleh aku juga :)*






bersama orang kuat yayasan sabah & aunty yang make up kitaorang
nak harapkan diri sendiri nak bubuh make up boleh jadi ju on kang
(^__^)

gadis dan bunga bersama bamboo band (bagi nama sendiri) dan penyanyi 
kebanyakkan pengujung lebih tertarik untuk mendengar lagu anak kampung
berbanding lagu-lagu seperti tinggi kinabalu, jambatan tamparuli and etc

uolls perasan tak dengan saxafon bambo dan orangnya tu. dia adalah pemenang untuk inovasi bagi tahun ni tak silap aku. dia orang yang sangat fokus dalam kerja yang dia buat. last but not least, hari ni hari ketiga. hari terakhir berada dibumi bersejarah. haruslah, bergambar. tak begitu. orang-orang semua sporting gilak. hahaha. rasa sedih pula bila kena balik awal. rindu dekat bamboo band. rindu dekat mak cik and pak cik yang buka booth dekat situ. rindu dekat big boss. dekat pengunjung and mereka-mereka semua. miss you olls. terima kasih sebab melayan karenah aku dengan cik ayin awang tu. okay, sempat juga kitaorang berdua menyanyi. bila orang mengantuk disorong bantal. nyanyilah. tak kesahlah orang nak cakap tak sedap ke apa. janji nyanyi. 

itu saja nak cerita. 
Thanks for reading :)

Friday, November 23, 2012

Sukan IPT Sabah UUM Bola Jaring

Assalamualaikum dan Hello readers.


Ehem. Sebenarnya aku mengantuk sangat tapi entah kenapa time macam ni juga mood nak update belog mendadak tahap maksima. so, aku paksa juga lah kan. 

13 November 2012
Universiti Utara Malaysia

sumber gambar dari si tv plasma
ni gambar masa singgah rnr gurun kalau silap

ya, that day aku terlibat terwakil untuk ke sekian kalinya untuk mewakili SABAHAN + UPSIAN dalam game bola jaring. sejujurnya sebelum bertolak, aku terfikir macam malas nak masuk, tapi disebabkan tak ada orang nak main dan rasa sedikit bertanggungjawab serta terdorong dengan perasaan nak main aku pun join saja. layan. tak best pula kan dah janji buat main tarik tarik diri last minit pula kan. btw, ini kali pertama juga aku join aktiviti ikhsas short form untuk Ikatan Sepadu Anak Jati Sabah. yeah!! you rock bebeh. daripada rasa tak mood mual mual dan nak muntah jadi best gilak pula kan dengan diorang ini. rasa macam berada dikampung pun ada. bila dah kumpul ramai ramai maka keluarlah segala macam bahasa dan budaya bajaunya dusunnya bugisnya. haha. best you. mana mahu cari. (^___^)



wajah ceria dipagi hari. 

pada mulanya aku jadi coach je sebabkan injury masa sukipt tkd hari tu
tapi tetiba jadi beriya pula nak main. kalau dah namanya orang sukan
cuma tu lah aku atlet yang agak emosi sikit. 



Alhamdulillah, Kemenangan Yang Tidak Dijangka


impossible is nothing. sekali lagi aku menekankan ayat ini. tuah ayam nampak dikaki, tuan manusia siapa yang tahu. sungguh, apa yang aku suka tentang sukan adalah keputusan yang tidak dapat dijangka dan semangat untuk tidak mengaku kalah sebelum berjuang. sentiasa ada secebis harapan untuk sang tikus mengalahkan sang gajah. siapa sangka boleh mengalahkan nama nama yang sering digeruni. wahh, macam hebat saja aku berkata-kata semenjak dua menjak ini. ada beberapa perkara terjadi dihari kejadian yang boleh dijadikan tauladan. wekk. 

first, berani kerana benar. bagi aku bila kita berada dipihak yang benar buat apa kita nak takut. ya, memang tidak dinafikan bila kita membuat sesuatu yang salah kita akan mencari pelbagai alasan yang nonsence untuk membela diri. tapi kenalah fikir secara logik benda yang kita nak cakap. sebab dekat sini gak orang boleh tengok tahap pemikiran kita bila sedang bercakap. matured or tak matured. yakkk. jangan main sembur and makan diri sendiri. kata orang, kerana mulut badan binasa. 

second, semua hal kita bawa berbincang. hey guys, dalam hidup ini semua benda kalau boleh kita kena bincang. nak buat apa apa pun kita kena bincang. kita kena fikir sebelum buat sebelum buat keputusan. sebab itu kalau kita tak puas hati kita kena berbincang bukannya nak terpekik terlolong or menyampaikan cerita yang tidak sepatutnya. ehh.

third, pantang landak menyerah kalah. motif. kalau dulu landak sopan santun sekarang versi landak dah boleh berjalan okay. no wonder kalau landak landak semakin berani sekarang ini. aauumm. scene yang paling mencemaskan hari itu, final dua minit sebelum wisel tamat dibunyikan. seorang player jatuh kebumi akibat kekejangan pada bahagian lengan. aku tak pasti sebabnya. mungkin kurang strech pada bahagian itu atau terlalu fatigue akibat game yang berterusan. bila aku tengok muka muka players masa itu almost mentality down. but for me, dalam dua minit macam macam benda boleh jadi. aku yakin dan pasti yang kami boleh. dalam masa itu jugalah, kita sebagai team member kena yakinkan kawan kawan yang kita pasti boleh lakukan. lastly, gold medal. why.? sebenarnya kita boleh tapi mentaliti yang buat kita putus asa. mentaliti kita juga yang buat kita rasa penat. so, kita kena belajar untuk mengawalnya. 


EMAS daripada TEAM NETBALL
























EMAS daripada TEAM FUTSAL
























EMAS daripada TEAM HANDBALL (P)

tahniah team ikhsas upsi. daripada empat sukan yang dipertandingkan kami johan dalam tiga games. ini bermakna kami juara keseluruhan untuk sukan ipt sabah di uum untuk kali yang pertama. sudah pasti orang sekeliling terkejut dan mata terbeliak. teringat kata-kata emcee malam tu, memang team cikgu-cikgu superb power ! apa-apa pun alhamdulillah. hope adik-adik junior lepas ni dapat kekalkan kejuaraan. jangan riak dengan apa yang kita perolehi ye adik-adik sayang.

uolls nampak tak kehitaman kemanisan kami berdua
by the way, penganjur yang macam ni aku nak puji
memang up to date. tengoklah pada papan tanda upsi
the latest !



 tergelak bila tengok muka sendiri. serabai bai.



"kejayaan itu selalunya bermula dengan kesusahan kepayahan dan bermacam jenis dugaan. Patah pensil
boleh diasah, patah semangat anda kalah."


Thanks for reading this. Salam.

Tuesday, November 20, 2012

Cara Membuat Buku Log Sukan

Assalamualaikum dan Hello readers.

kali ini tiba-tiba rasa nak post tips untuk buat buku log especially sport log book. ingat senang ke nak buat. nak kena cari inilah itulah. nama pun belajar. memanglah sekarang ni klik saja dekat internet semua boleh dapat aku sendiri tak nafikan tapi kenalah pandaikan. takkan nak diambil 100%. best ke ehh kalau copy and paste kerja orang. yang itu tak cerita lagi ambik kerja senior mior adior member and what so ever. cuba kalau kerja korang kena tiru bulat bulat. katanya, nak tengok saja tengok tengok dah bawa pergi kedai photocopy and paste terus. yaww, this is best bro. apa yang korang rasa ? kalau tanya aku, memang mendidihlah jawabnya. segan  kot. bukan kedekut ke apa but hurmm next time sajalah story pasal benda ini. tetiba pula teremosi. weee~~

Anyway, apa yang ada dalam post ini bukanlah tips semata mata cuma apa yang korang perlu cari untuk isi / penuhkan / tebalkan buku log korang. katanya, tebal buku log maka tebal jugalah markahnya. hehe. tapi yang ini senarai masa buat log book sofbol semester lepas. tatau lah betulke tak. just nak post and share. good luck!! love ya :)









Thanks for reading :)