Monday, December 16, 2013

Kenapa Dia Pandai. Aku Tak Pandai.




sometimes tengok ada kawan-kawan yang lebih pandai siap ber-text, main facebook, keluar dating jalan-jalan tapi masih dapat ranking pertama dalam kelas sedangkan yang belajar bersungguh-sungguh pun belum tentu dapat mengatasi kawan kita sendiri tu kan?

pernah juga terlintas. kenapa ada pelajar yang tak pernah datang kelas masih boleh dapat A sedangkan kita ni terpaksa berhujan-hujan berpanas terik datang kelas semata-mata tak nak terlepas pembelajaran tetap dapat B or C? sampaikan kadang-kadang terfikir adil ke semua ini? kita perlu usaha untuk dapat A sedangkan orang lain cuma usaha sikit sudah boleh dapat A. aku mengaku ada sedikit cemburu dengan orang yang macam ini sebab aku pun nak jadi macam dia.

tapi biasanya kalau yang dah pandai ni mesti kawan dengan orang pandai-pandai juga. kalau orang yang kurang pandai minta tolong, diorang selalu pandang rendah lepas tu tak nak sharing-sharing. bukan maksud aku sharing jawapan ke apa. rekod aku tak pernah lagi meniru or minta sharing jawapan dalam test or exam. apa pun, kepada sesiapa yang pandai jangalah kedekut ilmu. kalau yang kurang pandai macam aku ni sharing-sharinglah sikit ilmu tu. hihi

bila fikir-fikir balik, kenapa sibuk-sibuk nak bersaing dengan orang yang lebih pandai daripada kita? makin buat sakit hati adalah. Tuhan jadikan manusia itu berlainan supaya kita boleh jadi unik. kenapa tak bersaing dengan diri sendiri? have to think about it...

Saturday, December 14, 2013

Alhamdulillah. Ku Syukuri NikmatMu Ya Allah.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Terima kasih Ya Allah diatas nikmat yang Engkau berikan ini.
do the action, barakah is from Allah SWT
never lose hope. jangan pernah berhenti berdoa.
Allah sentiasa bersama kita.


 dear mummy daddy
again this is for both of you
 i love both of you so much
(^__^)

Thursday, December 12, 2013

Lesen Memandu Baru. Lesen Memandu Hilang.

Assalamualaikum, Hi

okay simple entry. for those yang kehilangan lesen memandu. keragutan. kecurian. and of course lah uolls kena buat lesen baru kan. make sure tahu buat report polis. sama macam entry lepas fasal mykad tu. kalau report tu mengatakan kehilangan or kelalaian diri sendiri maka uolls kena bayar untuk buat lesen. macam saya hari tu dapat free sebabnya saya kena ragut. entry MyKad Baru

KAUNTER JPJ MALAYSIA
klik sini untuk ke laman web jpj

dokumen - dokumen yang perlu disediakan;


 MyKad or MyKad sementara berserta (satu) salinan
 Salinan Report Polis berserta (satu) salinan @ kalau ada dapat tak perlu bayar denda
 Gambar Passport (sekeping) if tiada kena tangkap gambar dekat sana RM12


senang uolls sediakan semua tu siap-siap nanti datang dekat kaunter tinggal ambil nombor giliran. tak perlu nak bersusah beratur nak fotostat mykad ke apa. tak perlu nak beratur tangkap gambar. seperkara lagi silalah datang awal untuk mengelakkan emosi terganggu or tekanan jiwa. hehe.

oh ya, hari tu saya buat lesen dekat perak. but bila dah ada kes ragut tu, saya buat lesen baru dekat shah alam, selangor. and seriously, beratur yang teramat panjang. tapi apa yang uolls boleh buat keep bersabar. :) lesen akan siap dalam masa 15 minit selepas berurusan borang - borang di kaunter dengan pegawai.

that's all. sekian.


Friday, December 06, 2013

Friday, November 29, 2013

MyKad Baru. MyKad Hilang.

Assalamualaikum, Hi

seriously nak pergi mana-mana tanpa mykad memang tak tentu hala jadinya. rasa macam pendatang pun ada. semua benda nak pergi nak buat kena ada mykad. haishh. tiba-tiba rasa nak buat entri pengalaman buat mykad baru yang dicuri. tapi perlu diingatkan apa-apa hal kena buat report polis dulu ye. nanti dekat balai kena cerita macam mana boleh hilang, kena ragut, kena curi, kena rompak dan sebagainya. kena cerita dengan jelas. jangan sampai  kena curi uolls cakap hilang nanti tuan polis tu akan taip hilang. then bila hilang urusan bila nak buat mykad or driving lesen akan dikenakan bayaran. bayaran dia pun bukan murah-murah dan boleh nego. so, kena dapatkan salinan report yang disahkan dengan harga rm4.


pejabat pendaftaran negara

1. datang awal. kalau tak nak beratur panjang-panjang dekat pejabat kena bangun awal pagi. kalau boleh jam 8 pagi tu dah terpacak dekat depan pejabat.

2. salinan report polis. bawa salinan report polis.

3. dokumen sokongan. bawa surat beranak sebagai dokumen sokongan. kalau ada passport pun bawa je. kot lah dia minta nak tengok.

4. ambil nombor giliran. masuk pejabat terus pergi tekan kiosk nombor giliran. baca info dekat kiosk tu, ada arahan nak tekan yang mana. ehehe. dapat nombor, sila duduk dan tunggu anda akan dilayan sebentar lagi. :)

5. isi borang. bila nombor dipanggil nanti uolls datang and dia bagi borang untuk uolls fill in. pegawai tu juga akan bagi uolls borang pengecualian pembayaran, sebab tu kena bawa salinan report polis.

6. kaunter gambar. duduk lagi tunggu nombor dipanggil untuk sesi gambar. so, bila time nak ambil gambar tu ada cermin yang disediakan untuk uolls touch-up bagi gambar mykad nampak cantik. kalau nak pakai blazer pun boleh. ehehe. 

peringatan: for hijaber, kena pakai tudung colour hitam. sekian.





Friday, November 22, 2013

mohon kekuatan, aku diragut !

Assalamualaikum, Hi
My Dear Super Duper Diary Online

aku sedar setiap musibah yang berlaku sebab tu, tandanya Allah masih sayangkan hambaNya. Allah nak kita sentiasa ingat dekat dia. aku cerita dekat kawan tapi tak sama bila cerita dekat mammy dan tak sama juga bila aku mengadu pada Allah. Dia tahu segala - galanya. teringat akan kata - kata breast cancer survivor, "hanya orang - orang yang terpilih sahaja akan diuji oleh Allah". cuma berkongsi pengalaman dan meluah perasaan dekat diary. akan menjadi pengajaran buat aku. berhati - hati walau dimana kita berada. kadang - kadang kita perlu untuk bersangka buruk. negeri jelapang padi akan menjadi kenangan yang paling buruk dan paling indah dalam hidupku. 

aku tahu aku adalah orang yang akan dipersalahkan sebab cuai, leka, tak alert and what so ever. yes, aku tahu untuk orang yang tak pernah kena memang akan cakap macam tu. for those person yang cakap tu, aku doa sangat - sangat kau tak diturunkan musibah seperti aku. sebabnya kau tak rasa apa yang aku rasa. memang sentap. bingung dan tak tahu nak respon apa. eya, memang pada zahirnya aku boleh gelak - gelak bagai. senyum pun yang terpaksa yang amat. tapi kau tak tahu apa yang aku rasa. sekali lagi aku cakap, kau tak kan tahu apa yang aku rasa sebab kau tak kena.

nasib baiklah aku hafal number phone mammy dengan daddy. cepat - cepat aku call guna phone kawan. memang jatuh berderai airmata bila dengar suara mammy. tapi katanya, "tak apalah nak, duit, beg, handphone semua tu boleh cari, boleh beli baru. jangan dia apa - apakan badan". miss razina pun ada cakap benda yang sama. at the same time boleh comfort juga aku bila dengar macam tu.

so dear friends, secara rasminya aku dah tak guna nombor 0145665540 tu. nanti kalau dah dapatkan balik aku inform lain. apa - apa pun, enjoy sebentar menghilangkan duka di langkawi kedah. nanti nak cilok gambar dekat muka buku geng holiday, nak update dekat belog. weee. terima kasih kepada yang jadi atm pinjamkan duit. terima kasih kepada yang jadi public phone pinjamkan handphone. terima kasih secara langsung dan tak langsung. see, tak macam sedih pun kan. (^__^) mohon kekuatan dan dipermudahkan semua urusan buat mykad baru, lesen driving baru, kad - kad bank baru, dompet baru, beg baru. semua pun baru lah hendaknya. so, misi sekarang nak cari kerja, kumpul duit and bisnes. wish me luck.

Friday, November 15, 2013

Sampai Pendang sudah

okay finally sampai kat pendang . tadi ikut jalan kampung . tadi juga jadi tukang karoot . entah apa je lah yang aku merepek nak bagi tak bosan punya pasal kan . ahaha tapi aku rasa member aku tu yang bosan dengar aku punya suara . tapi kan dalam perjalanan tadi aku tertarik dekat satu kampung ni . lupa pula nama kampung tu tapi rasa seperti berada dekat thai gitu . and adalah rumah tepi jalan siap letak signboard BOMOH SIAM . apakah ? sangat obvious . istigfar banyak - banyak . ingat kita ada Allah . nak apa - apa minta dekat Dia . jauhi perkara syirik .

nak tengok tv dulu arh . dekat homestay ada astro . kikiki . kejap lagi nak setup barang - barang untuk program spekktra .

Wednesday, November 13, 2013

saya dah habis praktikum


Assalamualaikum, Hi



15 Julai 2013 - 8 November 2013

pejam celik pejam celik tamat sudah semester latihan mengajar aku. serius masa cepat sangat berlalu. masuk kampus nanti final year student dah aku weyh. macam tak percaya je. macam tak percaya je. btw, tahniah kepada diri sendiri kerana berjaya menamatkan praktikum dengan jayanya. aku yakin mesti ramai kawan kawan yang lain juga sudah merdeka. jyeahh! tapi aku pasti masih ada juga yang masih berkontrak seminggu sampai cuti sekolah. good luck ya kawan !

sepanjang praktikum hari tu aku dapat 12 kelas. banyak tak banyak tak kelas aku dapat. 6 kelas form 2 dan 6 kelas form 4. maksudnya secara rasmi aku pegang semua kelas form 2 juga kelas form 4. sekaligus aku dapat jumlah waktu mengajar paling max iaitu 12 waktu. seronoknya ! padahal dalam hati. hurmokaylah, masa praktikum aku ajar subjek pj. only pj sebabnya nak ngajar sains sukan tak dapat sebabnya lagi kelas tu dah ditutup. so bila ngajar kelas pj ni dua kelas akan digabungkan dan ini juga bermakna dalam satu kelas tu ada lebih kurang 40 orang murid. suara kena lantang babe lepas tu muka kena garang sebab budak tak heran dengan cikgu praktikum yang bemata sepet dan berbadan slim ni. *cikgu kena pandai buat mata besar, badan pun kena besar jugak* tapi rasanya rata-rata budak heran kot. berani kome tak pakai baju pj ! Ggrrrrrrrhhh. bila marah,, diorang senyap then nanti diorang tanya kenapa cikgu bad mood ? cikgu p****d ehh.

anyway, banyak benda nak story sebenarnya. tapi biarlah part by part. buat part part whole gitu. mau makan masa setahun jugak nak post gambar sepanjang praktikal ni. budak-budak sibuk pm bila nak ngepost. siap ada yang nak beli. bhahahaha. *nasib kome lah*

Monday, November 11, 2013

Cara Buat Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) - Kognitif

Assalamualaikum, Hi
My Dear Super Diary Online

okay. first of all. semester latihan mengajar sudah selesai. lepas ni takda dah orang nak doakan kesejahteraan setiap hari. selalunya dengar juga murid-murid ucap,"assalamualaikum cikgu", "selamat sejahtera cikgu", sometimes tu ada lah juga students cakap "annyeong haseyo". haha. tapi lepas ni no more no more. kena lah tunggu posting. dear students, kenanglah daku dalam doamu. ahaa. btw, later nak upload gambar-gambar masa praktikum. budak-budak sekolah ni dah bising nak gambar. nasiblah dapat cikgu yang lambat nak post gambar. tunggu lah tahun depan. hahaha (^__^) okaylah, nak share serba sedikit tentang domain kognitif Taksonomi Bloom dan cara nak buat jadual spesifikasi ujian or yang student student kpd sibuk duk sebut jsu jsu tu. actually, aku bukanlah hebat sangat dalam bab bab ini tapi sekadar nak share apa yang aku belajar masa ambil subjek kpd dulu. credit to lecturer aku, encik izwan. cikgu diyana in the house :) semoga faham. bhahaha.

Domain Kognitif Taksonomi Bloom

Kemahiran kognitif merupakan domain taksonomi yang digunakan untuk mengukur kemahiran intelektual berdasarkan satu hirarki kognitif yang disusun  dari  aras rendah hingga ke aras tinggi iaitu aras pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Taksonomi ini diperkenalkan pada  tahun 1956 oleh Benjamin S. Bloom untuk tujuan pendidikan. klik SINI untuk maklumat tentang setiap domain.
perkaitan domain Kognitif Taksonomi Bloom
dengan Jadual Spesifikasi Ujian
-fokus kepada subjek pj-
piramid diatas ialah domain domain yang hendak dinilai.
semakin keatas maka semakin tinggilah aras penilaian tersebut.
ini bermaksud domain pengetahuan adalah aras yang paling rendah dalam domain kognitif.
apa pula bilangan peratus dekat tepi tepi tu?
yang itu adalah wajaran yang diletakkan dalam ujian or peperiksaan
biasanya wajaran untuk subjek pj adalah 100%
lecturer bagi dalam bentuk nisbah, then kira sendiri peratus nya
jadi jangan tanya tau macam mana dapat nisbah tu. dah encik lecturer bagi macam tu.
lupa nak tanya dia macam mana dapat nisbah tu.
yang ni pula bilangan soalan bagi setiap domain
macam mana boleh dapat bilangan soalan macam tu?
andaikan jumlah soalan ada 40 semuanya. 
ambil calculator kira sendiri, nak congak pun boleh
|
|
\/ 
wajaran + bilangan soalan


JOM BELAJAR !
Jadual Spesifikasi Ujian - Kognitif
fokus dalam pj: sukan & permainan

1. ambil kertas, pen dan pembaris. buat jadual diisi lengkap dengan domain kognitif penilaian
2.  isikan kotak kandungan berdasarkan tajuk tajuk yang dipelajari.
senang senang rujuk dekat sukatan matapelajaran or huraian sukatan pelajaran (hsp)
3. domain kognitif -> isi kandungan pelajaran -> bilangan wajaran setiap domain.

4. letakkan nombor soalan
kena follow wajaran dan bilangan soalan macam yang dekat atas atas tadi
so, uolls kena rajin rujuk buku teks bila nak letak soalan tu

sebagai contoh dalam jadual diatas, soalan 1 berkaitan dengan sejarah sukan bola jaring.
perlu diingatkan soalan tu hendaklah berkaitan dengan domain pengetahuan. Rujuk SINI untuk maklumat lanjut.

tadaa ! jadual dah siap.
tapi perlu diingatkan yang ni contoh sahaja.
sila rujuk buku semasa mengisi jadual.
untuk lebih maklumat sila berhubung dengan lecturer masing masing
(^_____^)

jadual dah siap. lepas tu boleh lah teruskan dengan proses membina dan menyediakan soalan. kalau dalam pj soalan boleh berbentuk item betul / salah, item padanan dan item aneka pilihan. jangan lupa sediakan skema jawapan sekali. sekian sahaja daripada saya. selamat ber"JSU".

keep in touch, DiyanaTjuman
special for Angelica

Tuesday, November 05, 2013

sixth semester results :)

Assalamualaikum, Hi
My Dear Super Duper Diary Online

ini cerita result semester enam.
alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah. 
terima kasih kepada mamy and dady atas doa.
this result is specially for both of you.
seperti semester-semester lepas, orang pertama yang aku akan cerita tentang result aku adalah mereka sebabnya aku suka tengok bila mamy and daddy senyum. nampak happy je. thank you Allah atas nikmat ini.

mohon doa kalian agar misi untuk mendapatkan ptptn free tercapai
sekarang ni pun tinggal beberapa hari saja lagi untuk menamatkan semester tujuh
ya, I am a practicum teacher.
*akan merindui murid-murid aku lepas ni, semoga mereka juga berjaya didunia dan akhirat*




Kawan-Kawan
Doakan kejayaan saya di dunia dan akhirat kelak
Saya akan doakan korang semua jugak. Amin.
Entri ini bukan untuk bangga diri, riak mahupun angkuh
ini direka cuma untuk berkongsi kegembiraan

keep in touch, DiyanaTjuman

Monday, November 04, 2013

Tips cantik pakai tudung bawal

Assalamualaikum, Hi
My Dear Super Diary Online

macam good good je aku ni siap nak bagi tips bagai. anyway aku yakin ramai antara kita yang selalu sangat ada problem bila nak pakai tudung like gelembung lah, berombak lah, senget lah, kekadang tu lembik pula dan macam-macam lagi lah yang boleh buatkan uolls rasa tak selesa plus kurang cun dan tak kompiden pada hari tuh. mau puluh kali masuk toilet semata-mata nak tengok cermin betulkan tudung. selalunya kalau uolls ada masalah macam ni, mesti uolls akan ambik masa yang lama dekat depan cermin tuh. kalau tak sabar boleh siap menyumpah serana. pengalaman aku lah bila tengok orang yang pakai tudung siap maki hamun. nak tegur pun jadi tak berani kang kena pula. 

kalau dulu zaman sekolah selalu guna lilin untuk keraskan tudung sekolah. masa tuh lilin sangat berharga. kalau blackout dekat rumah pun aku sanggup tak nak bagi lilin yang aku ada semata-mata untuk tudung keraskan tudung. in case cukup-cukup untuk aku lah. tapi lain cerita masa sekolah agama. siap guna plastik transparent yang buat cover buku folio tuh ha. potong plastik tu lepas tu selitkan dalam tudung. selalunya yang buat benda-benda macam ni adalah budak-budak gojes di sekolah. biasalah zaman budak-budak, orang buat macam tu kita pun nak try. nak-nak pula kita tengok budak gojes pakai kiut je.

tapi sekarang ni dah tak pakai lilin. dah tak pakai plastik transparent tu juga. sekarang pakai fabric starch. mula guna since 2011 tak silap aku. kesannya aku addicted dengan spray ni. 

oh ! mr muscle!
|
|
\/
Mr Muscle Kiwi Kleen Fabric Starch

first time sampai gerik memang takda jual benda ni
dekat the store pun takda. haih ! sekarang dah ada jual tapi mahal
so, aku jumpa lah dekat kedai ysk (orang-orang gerik mesti tau katna)


Cara menggunakan fabric starch

1. Goncangkan tin spray setiap kali sebelum digunakan.

2. Lepas tu kalau nak spray jangan nak spray bagai nak rak. agak agak secukup rasa

3. Iron bahagian yang di spray hingga kering.

4. Please beware bila fabric tersebut berwarna hitam, sebab kadang-kadang akan kelihatan lilin yang terhasil masa uolls duk iron tu. ehh lilin ke starch ea

5.  Then pasangkan tudung dan bentuk mengikut cita rasa uolls. tapi jangan lupa baca bismillah dulu ye. supaya proses memakai tudung dipermudahkan :)


tengoklah. tengoklah tudung kite.
even dah kena angin-angin pun still mudah nak betulkan semula
selamat mencuba
(^___^)

keep in touch, DiyanaTjuman

Sunday, November 03, 2013

Karnival MASUM Siri III UMS, Sabah

Assalamualaikum, Hi
My Dear Super Duper Diary Online


rajin pula aku godek-godek belog aku ni. selepas beberapa tahun baru perasan takda pun cerita karnival masum taekwondo dekat sabah dua tahun lepas. tak tahu lah pula kalau dah buat tapi sudah terdelete. anyway nak cerita rasa yang sangat bertuah bila dapat sponsor tiket flight untuk game taekwondo dekat sabah. wuhuuu. balik sabah aku hari tu. tapi balik cukup-cukup sekadar dapat bau-bau sabah. bau tu penting hokay! lain tempat lain baunya. kalau perasan lah. dan disebabkan aku terlibat dengan game, maka aku tak berkesempatan untuk balik tidur rumah sendiri. walau apapun tetap bersyukur. sempat juga jumpa family walaupun sekejap. bukan senang nak dapat sponsor macam tu kan. lagi pun yang ni versi special punya, datang sabah bersama wira wati upsi. I mean atlet-atlet tersohor upsi. bhahaha.  

Welcome to Sabah
17 - 20 Mac 2011
Universiti Malaysia Sabah


that time budak diyana ni dapat bronze medal
that time juga budak diyana ni main kategori fly weight
sebabnya that time budak diyana sangat happy kan
so dia tak boleh control habit makan
dalam beg dia kan sentiasa ada makanan

bronze medal for upsi
fly weight category
thanks for mom and daddy yang datang dihari perlawanan
love both of you ! muahhh !



sehari before tournament team taekwondo and team takraw upsi buat training dekat pulau. wuhuu
PULAU MANUKAN
tapi takda kenangan gambar langsung dekat sana
sebabnya semua gambar terdelete dan masa tu aku sorang je bawa kamera
ceritanya, ada satu malam tu kitaorang main kejar-kejar
stylo punya kejar-kejar sambil pegang kamera
last-last tak sedar jari menekan butang format
tapi bukan aku yang buat. aku yang mengejar orang memegang kamera tuh
tapi nak buat macam mana. dah terformat. terima hakikat je lah.


cuma cerita yang tak boleh lupa dekat sini, bila sorang brader tu tertinggal dekat pulau tanpa disedari
betul-betul nak sampai jeti kk baru perasan. bhahahaha. nasib baiklah kak helen perasan kalau tak..
pecah perut gelak weyh. boleh pula tertinggal dekat sana. ingat dalam tv je weyh

DINNER AT KAMPUNG NELAYAN
maka disinilah bermulanya siri kejar mengejar diantara budak taekwondo dan budak takraw
yang akhirnya menyebabkan kehilangan gambar-gambar cerita diatas
dua-dua kalah ! tiada sapa menang. padan muka !


ha, abang ni lah yang dikejar-kejar tu !
hahahaha.

TAMAN-TAMAN SABAH




ya, budak diyana tu tetap dengan jelly-jelly dia
tak sah kalau tak makan
haih !

team taekwondo & team takraw
feeling baru sampai sabah juga lah ! hehe


TEAM TAEKWONDO UPSI

TEAM TAKRAW UPSI




ni adalah cik dan encik pegawai pusat sukan upsi
diorang ni lah yang jaga kitaorang masa dekat sini
thanks cik dan encik :)

HOT SPRING, RANAU

aku yang terlebih macam foreigner
macam mau minta sepak. posing entah apa je

aku memilih untuk tidak mandi sebab aku tahu level kesejukkan dia macam mana
so biar aku jadi tukang ambil gambar je lah
then, beberapa minit selepas tuh aku menghilang. balik rumah sebentar. 

BALIK TANAH SEMENANJUNG SUDAH !



ahaha. dalam flight ada budak sibuk cakap sorang-sorang dekat belakang
nak main game lah tuh
tak mau. tak mau. kikikiki

keep in touch, DiyanaTjuman

Wednesday, October 30, 2013

Susah Nak Add Subjek #mysis

Assalamualaikum, Hi
My Dear Super Duper Diary


secara kebetulan terbangun ditengah malam sebab teringat nak makan nasi lemak ayam godam. tak makan membazir. amalan syaitan. lepas tu kan aku pun try test lah nak add subjek for next semester. ya, my last semester. final year student. jyeahh ! 

cumanya ada enam jam kredit (6) yang tak dapat nak add sebabya takda dalam list. but its okay. for me, jangan stres stres. hati mesti mau kering. 

to be continue. esok nak pergi sekolah.

Tuesday, October 22, 2013

blog diyanatjuman sudah hancur



diyanatjuman.blogspot.com
is
BROKEN




tak mengapa, jadikan setiap masalah sebagai motivasi
maka selepas ini aku perlu lebih rajin untuk buat maintainance keatas semua yang telah rosak.
oh ! mohon perhatian,
sila berhati-hati bila nak delete gambar dekat picasa web.