Thursday, May 30, 2013

BENGANG DENGAN ROOMMATE PART II

Assalamualaikukum, Hi
Dear My Super Duper Diary

tak habis-habis nak post pasal teman sebilik. bukan teman lelaki. tapi tidak mengapa. asalkan aku boleh release. nak keluar bersosial tak dapat so kebetulan jalan-jalan selongkar belog orang. suddenly, aku  terbaca post yang memang terbaik dari ladang. nak gelak guling-guling tak boleh, so gelak hempas-hempas meja pun jadilah dekat ruang tamu ni. aku repost ye.

20 Cara Jadikan Roommate Kamu Gila :) 

by mr google

1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang and bagitau dekat roommate yang you nak balik kampung. selepas sejam, balik ke bilik and explain dekat dia bahawa takda orang dekat rumah. unpack segala barang then pergi tidur.

2. Setiap kali roommate korang balik, jerit sekuat hati, "Hooorey, kau dah balik!" lepas tu menari dalam 5 minit. tak kisahlah gangnam ke nobody-nobody ke. then bagi sedap lagi, tenung jam lama-lama dan tanya dia."sepatutnya kau dah blah dah sekarang."

3. Buat-buat terjaga pada tengah malam, jerit kuat-kuat. "tolong, kat mana aku berada ni?" dan lari keliling bilik tu. kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2, 3 kali. kemudian, sambung tidur. tapi ingat jangan melompat atas katil karang tak pasal-pasal kipas tibai kepala kau pula. then esok kalau dia tanya, pura-pura tak tahu apa yang dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecik dekat tangan korang. besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata, "dah merebak, dah merebak! arghh!"

5. Beli pokok-pokok bonsai. bercakap dan tidur dengan pokok tu setiap hari. selepas seminggu, bertengkar dengan pokok tu dan cakap, "aku tak boleh sebilik dengan kau lagi!" sambil keluar menghempas pintu bilik dengan kuat. buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ. lepas sehari dua, nak tambah drama lagi, kutip pokok tu balik letak dalam pasu sambil berkata, "aku minta maaf. tolonglah jangan tinggalkan aku".

6. Beli pisau banyak-banyak. tajamkan setiap malam sambil merenung roommate sambil berkata, "tak lama lagi, tak lama lagi". body language pun kena main peranan juga tau.

7. Duduk di depan chess 2, 3 jam tanpa buat apa-apa atau cakap apa-apa. lepas tu baring sekejap. agak-agak timing dah masuk bangun secara tiba-tiba sambil berkata, "siot betul, kalah lagi"

8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidur. lepas tu bila dia keluar, bangun dan menjerit dengan kuat "Hooorey!! Oh Yeah! Oh yeah!" dan bukak lampu semula.

9. Pakai topi kertas. bila dia balik, cakap "Selamat Datang ke McDonald. boleh saya ambil pesanan kamu?" Lepas tu kan buat muka bodoh sambil berkata, "Eh, kau rupanya."

10.  Bila roommate balik kata kat dia, "Ada pesanan penting untuk kau". lepas tu buat-buat pengsan. lepas 2, 3 jam bangun dan cakap yang kamu dah lupa pesanan tu. kemudian, cakap "eh, aku dah ingat". lepas tu pengsan balik.

11. Bila roommate kamu balik, pura-pura tengah call. caci maki dan menjerit dengan kuat dekat telefon tu. lepas tu letak telefon dan cakap dekat roommate yang telefon tadi tu adalah mak dia. cakap yang mak dia akan telefon balik.

12. Kalau roommate suka gosok gigi dekat sinki, perhatikan sampai habis. lepas dia habis, cakap dengan dia bahawa kamu kena ajar dia cara menggosok gigi dengan betul.

13. Buat poster yang mengatakan bahawa roommate kamu tu hilang. tampal dekat pintu rumah, pintu toilet, tangga-tangga kolej dan kawasan yang bersesuaian. letak sekali gambar dia dalam risalah tu. tawarkan hadiah kepada sesiapa yang menjumpai roommate kamu. 

14. Bila roommate kamu tutup lampu pada sebelah malam, nyanyi lagu opera cina sekuat hati. search kat youtube kalau tak tahu. bila dia buka balik lampu, buat muka bodoh dan confused.

15. Duduk & renung roommate dalam 2-3 jam. kalau boleh, bawa member-member sekali sambil makan kacang dengan popcorn. buat macam tengah tengok wayang.

16. Time roommate korang takda. ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, like kucing, hamster or etc. offer untuk bagi makan kepada binatang tersebut. then cepat-cepat keluarkan botol gam or minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kepada kau. *macam krik krik pula yang ni*

18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate korang sambil berkata, "rambut kau hitam,, lurus dan berkilat la. macam teknik rebonding." sekali-sekala buat masa dia tengah tidur. timing paling sesuai bila dia dah off lampu and nak tidur.

19. Masa roommate tidur, bungkus dia macam kafan mayat kalau boleh siap ikat. pastu panggil member dalam sepuluh minit baca yasin ramai-ramai. bila roommate jaga pakat-pakat buat tak nampak apa-apa.

20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan, siap ikat juga. lepas tu baring senyap-senyap atas katil dia. mesti dia terkejut sampai pengsan bila masuk bilik tengok-tengok ada mayat. :)


p/s: boleh juga buat macam ni kalau bengang dengan orang rumah, husband, cousin-cousin or seangkatan dengannya. selamat mencuba :)

keep in touch, DiyanaTjuman

Wednesday, May 29, 2013

BENGANG DENGAN ROOMMATE. HOT!

Assalamualaikum, Hi
My Dear Super Duper Diary

seminggu dua ini aku dah tak mampu menahan sabar. sabar-sabar aku pun ada hadnya. memang tak mampu nak tahan dah. let me straight to the point. aku tak tahan dengan roommate pengotor, bersepah dan tak ada adab. omaigad. omaigad. omaigad. diyana, ini public okay. but pedulilah apa orang nak kata aku buat post macam ini. 

by mr google

ini cerita pasal roommate aku. cerita ini benar-benar terjadi ok. bukan rekaan semata-mata. semak kepala aku dengan dia. semak. semak. semak dengan sidai baju sana sini. dah lah tu pakai baju entah berapa kali baru nak basuh. sampai masam perap dalam wardrobes. kalau buka confirm keluarlah bau masam. basuh seminggu or dua minggu sekali. tak pernah basuh tangan. kumpul baju bagai tinggi kinabalu then cuci sekali by washing machine terus kering. siap mesin, terus lipat. memang lah kering tapi bau hapak dowh.  maka selama ini bau kurang enak tu adalah bau hapak dari baju-baju dia. huh hampeh. budak rumah pun boleh bau kalau pintu bilik terbuka. itu baru pintu bilik. belum loker. baru cerita pasal baju, kalau towel. tak basuh weyh. 

rambut. rambut dia kerap gugur. penuh lantai. serius geli aku nak pijak lantai. aku jugak yang kena sapu. pernah aku saja tak nak sapu bilik. mogok kononnya. tapi tak boleh. nak harapkan dia. sepuluh jumaat pun dia takkan sapu. dia ingat orang gaji mak dia ada datang menyapu. dia ingat rambut-rambut tu masuk tong sampah dengan sendirinya. ada kaki. tu semua.

sampah. dia ni jenis suka buang sampah merata-rata. buang cotton buds yang memang erghh tak tahu nak explain dekat atas lantai. potong kuku lepas tu biar bersepah atas lantai. this is SHITT. aku rasa nak sepak saja kepala dia. kaki aku pun memang dah lama gatal nak menyepak.

plastik sampah. dia jenis gantung or i mean sangkut plastik sampah dekat belakang pintu bilik. lepas tu tak reti nak buang. sampai nak termuntah-muntah dah sampah tu tapi tetap nak sumbat. pernah satu hari balik dari cuti midsem seminggu dia tak buang sampah dia tu. penat saja aku membebel suruh dia kemas rumah. Ya Allah, cuba uoll imagine bau sampah berdarah dalam plastik tu. bau bangkai. aku juga kena buangkan. padahal dekat toilet ada tong sampah kot. tak cukup dengan tu dia suka kumpul pad berdarah dia tu dekat dalam basket toiletries dia. boleh bayangkan tak tahap hygiene dia.

next, no manners. roommate aku juga tak reti nak respects hak orang lain. harta orang dia main sapu saja. memang aku nak ungkit. dia hilangkan payung yang orang hadiahkan dekat aku. lepas tu tak reti nak minta maaf ke. nak ganti balik ke. memang kurang ajar kan. nama saja budak bahasa melayu. 

ha lagi? suka memekak pasang lagu kuat-kuat. dia ingat dia tu diva apa nak melalak memekak. tak payah lah nak terhegeh-hegeh practice nyanyi. kalau aku juri pun aku bagi red card okay. pong pang pong pang. pasang lagu jiwang karat. sakit otak aku dengar. bukan reti nak beli headphone ke apa. mesin baju boleh pula. dah dua kali aku tegur dia. kalau sampai kali ketiga, jangan salahkan aku kalau laptop kau terbelah dua.

tidur sampai ke petang. pelik, dia ni ada kelas ke takda. baik kau tak payah masuk universiti weyh. sia-sia mak bapa kau hantar mengaji jauh-jauh. tapi kau asyik tidur. takda life langsung aku tengok. bersosial pun tak. yang aku tahu kau tu cuma ada sorang kawan saja. kesian. tidur. bangun. facebook. itulah rutin harian dia.

one thing yang kelakar, roommate aku ni kalau calling dengan member ke family dia memang kasar aku dengar. tapi akan ada certain time tu suara dia control nak mampos. pijak semut pun tak mati. pleaaasee.! kesian kau wahai lelaki. nasib kau lah dapat perempuan macam tu kalau jadi wife kau nanti.

redakan kemarahan dengan gambar ini. ngee~~


p/s: encik boyfriend aku cakap, aku tak boleh ada roommate. aku cuma boleh sebilik dengan dia saja nanti kalau dah kawen. tapi kalau dia pun perangai macam ini, memang aku halau tidur luar. :D


keep in touch, DiyanaTjuman

ASSIGNMENT MELAMBAK BUT ALHAMDULILLAH

Assalamualaikum and Hi
My Dear Super Duper Diary

rindu tak dengan kite. ahaha. anyway, i miss you damn much. tapi kite tak tahu nak bagi you faham perasaan kite dekat awak macam mana. rindu serindunya. 

diari oh diari, semester ni kite dapat banyak assignment plus banyak program. tiap-tiap malam kite tidur lewat. sedih tapi kite senyapkan saja. mata dah serupa macam panda. muka berjerawat. berat badan turun. tak nak lah nak mengeluh bagai kan. nanti orang kata tak ikhlas pula buat kerja. nasiblah kite bukan jenis kuat mengeluh soal kerja-kerja ni. Alhamdulillah semua kerja almost done. semua sudah submit. hep hep hoorayy. 

yesterday, last program kite jadi emcee. act, being an emcee bukan senang because why. berjaya atau tak program tu terletak atas pengacara majlis. you know what I meant right. kalau baik maka dapatlah pujian, kalau tak maka dapatlah habuan berupa kata-kata kurang enak didengar. and Alhamdulillah setakat ni semuanya berjalan dengan lancar.


yang ni bukan pakwe kite. dia partner emcee kite
abang isyam
Seminar Projek Tahun Akhir & Kolokium Pasca Siswazah SII
happy ! kite menang best poster project
Alhamdulillah


ni pula partner emcee
hanifah nama dia kalau tak silap
Majlis Makan Malam Regatta Kayak UPSI kali ke-8


rasanya tu sajalah nak cerita dalam post ni. sebenarnya nak cerita assignment semua dah siap. tinggal assignment kursus rafting saja lagi. assignment dapat last minit but it's okay. i'll try the best untuk siapkan. sekian.


keep in touch, DiyanaTjuman
*menggedik guna kite*