Saturday, July 20, 2013

Praktikal #3, #4 & #5

Assalamualaikum, Hi
Dear My Super Duper Diary Online

hurm actually entry nak post since hari khamis tapi mood nak menaip hilang bila teman sepraktikal aku dengan tak semena-mena datang dekat meja. "kau buat apa?" terkejut lantas menutup laptop laju-laju secara automatik. sampailah ke hari ni memaksa diri untuk menulis yang entah apa-apa. 

Praktikal #3 - 17 Julai

only got one class. that day budak lelaki combine sekali dengan perempuan. seperti biasa budak lelaki susah sikit nak control. aku dok sibuk-sibuk brief dekat budak perempuan diorang boleh buat gelak-gelak. bising-bising. ada yang asyik pandang aku je. last-last tak fasal-fasal kena sound dengan aku. barulah senyap sikit. haha. takut juga diorang dekat aku. guru disiplin barulah katakan. arahan daripada guru pembimbing. kahkahkah. then, lepas class form 2 tu aku free sampai balik. serius bosan duduk bilik guru. nak kemas stor sukan aku, tapi nak kiv untuk pnp pengurusan stor sukan nanti. nampaklah budak-budak ni ada aktiviti kan. so, what can i do just menunggu nak dapat class relief tapi tak dapat-dapat sejak hari pertama. jiwa meronta. nak relief juga nak relief juga. tunggu punya tunggu tak dapat juga. haha. gedik sungguh kau diyana. 

Praktikal #4 - 18 Julai
muka nampak pelik tak pakai spec.

got two class. form2T1+form2T2 and form2KAA+form2RK1. owh ya, memandangkan aku masuk class menengah rendah, untuk mendapatkan perhatian students plus nak tukar mood garang kononnya aku pakailah baju kaler merah. nah, memang menjadi dan mendengar kata budak-budak tu. class hari tu best gila-gilalah. suka dan senyum sampai pulang rumah. aku siap bagi peraturan dekat diorang tahu. dah lah tu tulis pula dekat buku pbs pj. kalau guru pj buat spot check mesti terkejut. sebab diorang tulis guna font 20-36 rasanya. siap ada nama Cikgu Diyana pula. haha. sekian terima kasih atas kerjasama. kahkahkah. satu lagi nak cerita, aku suka bila masuk class students seperti kebiasaan diorang bagi salam dan amalkan baca doa. yang bestnya bila habis class diorang bagi salam dan datang depan salam cium tangan. omg, terharunya cikgu. siap berebut-rebut bukan berebut nak salam mungkin sebab nak cepat keluar kelas pi rehat. haha. eh bukan, masa puasa ni diorang ada solat dhuha berjemaah dekat surau. tak boleh ponteng. kalau ponteng merasalah rotan dekat punggung. 

hari tu pulang agak lewat sebab ada meeting. meeting setiap khamis dua minggu sekali. sepatutnya takda tapi memandangkan nak pulang awal next khamis so kenalah buat meeting guru-gur. kitaorang guru-guru pelatih ni mendengar sajalah hujah-hujah dalam meeting. shhh senyap.

Praktikal #5 - 18 Julai

only one class tu pun tak sempat nak masuk sebabnya pagi tu ada perhimpunan bacaan yasin. act, dalam jadual dalam sepuluh minit je perhimpunan tu but semakin anjak-menganjak sampailah jam 850. class aku habis kol910 tapi aku gagahkan juga kaki aku naik tingkat 3 brief dekat budak-budak class next week bawa buku pj dan minta senarai nama students. arahan hantar dekat bilik guru sebelum rehat. yes! memang menurut perintah. suka. :)

finally dapat relief class form 1. budak lelaki senang pula nak handle berbanding budak perempuan yang sibuk tulis buku-buku biodata. alahai cikgu pun macam tu juga dulu tapi takda sampai khusyuk gila buat benda alah tu. so, that class aku start dengan buat ldk tapi tak menjadi sebab budak lelaki tak main game tu. aku pun ajak diorang menyembang. just imagine budak paling nakal dalam kelas boleh dengar cakap aku dan pindah duduk depan. feeling happy. budak-budak ni kena ada cara nak tarik perhatian. then, daripada aku kena ganti relief satu waktu jadi dua waktu sebab dipaksa dengan budak-budak class tu. nasib baik kebetulan cikgu tak masuk class dan aku pun malas nak duduk dalam bilik guru. fikir punya fikir aku terfikir pula satu aktiviti ni. yeah! jadi. budak laki dia sporting and geng budak perempuan yang aku cakap sibuk dengan buku-buku biodata tu pun aku paksa rela buat aktiviti. nak tak nak kena buat juga sebabnya budak lelaki kelas tu benggang tengok perangai diorang macam tu. macam nak bergaduh pun ada aku tengok. adoi. anyway, suka class tu. boleh ingat nama budak nakal yang tak berapa nak nakal pun. biasalah budak form one kan. sharif, syazwan dan kk shafiq budak kembar. :)

petang ada meeting lagi tapi tak dapat nak attend sebab ada urusan yang tak boleh dielakkan. jumpa pengetua dan minta kebenaran. nasib baik pengetua baik hati. kalau kat sekolah ni tak masuk meeting kena bagi tahu dekat pengetua siap-siap. kalau tak next meeting nanti dia soal macam-macam kenapa tak masuk meeting. memang merah padam lah muka kau kalau kena tanya macam tu. dah lah depan-depan semua guru. alahai tak nak kena macam tu.

keep in touch, DiyanaTjuman


Wednesday, July 17, 2013

Praktikal #2

Assalamualaikum, Hi
Dear My Super Duper Diary

tak sempat nak post entry for second day praktikal aku. btw semua nya berjalan lancar. that day masuk kelas form 4 je. act, cadang masuk kelas nak mengajar tapi bila dah lepas sesi perkenalan boleh terlajak pula sampai ke aktiviti ice breaking dan ldk. omg, sorry kite memang suka buat game dekat budak-budak. nasib baik budak-budak memang suka game. kata cikgu pj, of courselah fokus untuk release tension pelajar kan. ahaa. asyik belajar teori saja. jasmani pun penting juga. ehh dah jam 12 pagi. esok nak pi sekolah so kena bangun awal. entry ni kena update balik lah. penting untuk kite punya assignment next final semester.

keep in touch, DiyanaTjuman

Monday, July 15, 2013

Praktikal #1

Assalamualaikum, Hi
Dear My Super Duper Diary


today is my first day being a teacher. semalaman tak tidoq lena sebab praktikal job punya pasal. serius deg deg gan gitu. lepas sahur solat subuh terus siap - siap nak pi sekolah. wow sukanya. tak sabar nak masuk kelas sebenarnya even tak tahu nak ngajar apa. ahaa. 

sesampai kat sekolah lapor diri dekat pengetua sekolah then masuk perhimpunan. kalau dulu dekat sekolah kite duduk bawah jep. berdiri pula tu. cikgu - cikgu syok je kite tengok duduk atas kerusi but sekarang dah naik level boleh duduk atas kerusi dah. macam tak percaya. owh ya, dalam banyak-banyak lagu tadi, boleh nyanyi negaraku saja. yang lain tak tahu sepatah haram. of course lah kan. takpe lama - lama hafal lah tu.

penolong kanan pentadbiran. very kind man. peraturan sekolah, waktu sekolah and macam-macam lah yang dia brief dekat geng guru pelatih. nextnya dia ajak bawa ronda-ronda sekolah. carikan meja guru untuk kitaorang. then kenalkan kitaorang dengan guru pembimbing masing-masing. rajin kan dia berjalan. terima kasih cikgu pk!

guru pembimbing. act, he is our senior. batch legasi. our means aku dengan sharul. dia merangkap sebagai guru disiplin. garang juga lah tengok dia. so, aku dengan sharul kena belajar dan terlibat jadi guru disiplin katanya. nampaknya kenalah apply ilmu fasi survival. hihi. anyway, lepas brief pasal pbs pi ronda stor sukan pula. ada tiga stor tau kat sekolah ni. aku dapat satu kunci stor sharul dapat satu juga. tapi aku duduk stor tingkat atas. dah macam port main karom. takdalah semak. cuma nak upgrade kekemasan saja nanti. sharul yang kesiannya. kenapa. kitaorang saja yang tahu. tapi best. ada meja dekat bilik guru then ada meja dekat stor sukan. 

and yang paling bestnya, bila murid lalu depan tepi kite diorang ucap "Assalamualaikum Cikgu". ouchhhhh. semangat berkobar and bestnya. Alhamdulillah. semoga aku dapat murid - murid yang mempunyai akhlak dan baik-baik. kalau yang tak baik tu cikgu doakan kamu jadi baik-baik ye. 

salam untuk hari pertama.