Wednesday, October 30, 2013

Susah Nak Add Subjek #mysis

Assalamualaikum, Hi
My Dear Super Duper Diary


secara kebetulan terbangun ditengah malam sebab teringat nak makan nasi lemak ayam godam. tak makan membazir. amalan syaitan. lepas tu kan aku pun try test lah nak add subjek for next semester. ya, my last semester. final year student. jyeahh ! 

cumanya ada enam jam kredit (6) yang tak dapat nak add sebabya takda dalam list. but its okay. for me, jangan stres stres. hati mesti mau kering. 

to be continue. esok nak pergi sekolah.

Tuesday, October 22, 2013

blog diyanatjuman sudah hancur



diyanatjuman.blogspot.com
is
BROKEN




tak mengapa, jadikan setiap masalah sebagai motivasi
maka selepas ini aku perlu lebih rajin untuk buat maintainance keatas semua yang telah rosak.
oh ! mohon perhatian,
sila berhati-hati bila nak delete gambar dekat picasa web.



Monday, October 21, 2013

Edisi Sekolah : Saya Cikgu Glamor di Sekolah


Assalamualaikum, Hi
My Dear Super Duper Diary Online


ouch ! tajuk diari tak tahan. saya cikgu glamor. glamor ke cikgu diyana weyh. nak kena penampar cikgu disiplin baru sedar diri ni. hahaha. tak lama lagi aku akan bergelar cikgu. sekrang ni masih berpraktikum. masih ada pantang larang yang perlu dipatuhi. tapi title cikgu tu memang dah dapat. bolehlah bermanja-manja dengan murid-muridku sekalian. manja sangat.

seriously, become a teacher is not ___________________. lagi-lagi bila jadi cikgu physical education. perempuan pula tu kan. tapi tak mengapa, jadikan setiap cabaran sebagai motivasi.

i love teaching
i love sport and science
i love students


feeling-feeling cikgu control ayu
"cikgu ayu lesung pipit di pipi"

ehh next song
"apa nak di kato
kalau boleh nak jadi cikgu sekolah
kek kualo pilah"

CIKGU OH CIKGU !!!!

ehh tukar-tukar
memang nak kena lempang laju-laju

i tell you what diary, jadi cikgu ni kerjaya yang paling popular tau. kenapa aku cakap macam tu. kalau uolls nak jadi cikgu, uolls kena ada kriteria-kriteria like :

pandai berlakon
cikgu adalah seorang pelakon yang hebat ! tak percaya ? 
(^____^)

perlu tahu nyanyi
tak kira la uolls tu cikgu matematik ke sains ke. uolls perlu mahir dalam bidang nyanyian. zaman sekarang menghafal sejarah lebih berkesan dengan kaedah nyanyian. ahaa. tambahan pula bila hari guru or pskpp mesti ada talent. so bolehlah tunjuk bakat yang ada nanti. ehee. bajet nak glamor tu weyh.

pandai menilai
as a teacher, perlu bijak menilai students. bijak juga menilai orang. so, berhati-hatilah sekiranya mempunyai bakal ibu mertua seorang cikgu. hahaha. dari atas sampai bawah dia akan nilai kau.

pandai marah
ini kemahiran wajib bagi setiap guru supaya lebih tegas dan garang. tapi uolls kena tau tegas dan garang tu bukan benda yang dibuat-buat sendiri. ianya datang dengan sendiri. bukan bengis pula. lepas tu boleh lah dapat title guru garang sedunia. konpem glamor gitu.

anggun. anggun. anggun.
last sekali, cikgu perlu anggun.
hah ! 
seperti aku, sentiasa anggun dan bergaya.
masuk bakul angkat sendiri
bergaya sangat pakai baju pjk setiap hari

keep in touch, DiyanaTjuman

Putus cinta. Its okay, life must go on.



credit to tumblr

sebelum aku nak melelapkan mata. aku nak repost entri ni. aku dengar-dengar bulan ni macam ramai yang putus cinta. ada juga yang frust menonggeng katanya. aku pun tak terkecuali. wah ! ada statement berani mampuih. bhahaha. kau tengok siap boleh gelak-gelak.

just beberapa hari ni aku tengok ramai yang update status putus cinta dekat laman muka buku. hujung-hujung tahun ni bulan putus cinta sampai tertonggang terbalik ea? pelik aku. menggunung curahan hati sampai ada yang tak nak makan, tak nak study, tak tu, tak ni. ish ish ish kuat sungguh penangan cintamu itu ya.

just chill lah. putus cinta kot. bukan putus nafas, putus nyawa, putus makanan, putus segala putus. life must go on. tak payah lah sampai buat kerja bodoh. better sibukkan diri dengan kerja berfaedah. 

memang la aku tak nafikan putus cinta tu, sakit. aku pun pernah rasa. sakit-sakit pun tak kan la sampai putus wayar kat otak sampai nak fikir bunuh diri. come on lah ! kumbang bukan seekor. bunga bukan sekuntum. kalau dah tak ada jodoh. terima dengan hati yang terbuka luas. jangan kenangkan kenangan hampeh dengan ex tu. tapi sesekali tu boleh la nak kenang kenangkan. miahaha. 

sebulan bersedih tu kira normal. ogosh, lama kot ! bagi seminggu cukup lah. ni kalau bertahun. tak ke ex bertepuk kaki happy menggila ? mana la tahu ex tu dah dapat pengganti ke. tengok kita frust menonggeng. silap-silap dia boleh joget celebrate kekecewaan kita. erghh tak boleh tak boleh.

bagi yang pernah alami putus cinta ni. buatkan kita makin kuat nak hadapi ujian dalam percintaan pada masa akan datang. sebab dah ada experience. even dugaan sebesar gajah pun dah boleh hadap. 

hidup ini macam roda. lepas gembira. kita akan sedih. lepas tu derita. kemudian kebahagiaan dijanjikan semula. jangan risau la. jodoh dah ditentukan sejak kita dari perut lagi. dear jodoh, saya tunggu ! :)

keep in touch, DiyanaTjuman

Sunday, October 20, 2013

Edisi Murid: Selamat Menduduki Peperiksaan :)



edisi khas buat murid-murid yang dikasihi sekalian,
khasnya murid-murid Sek. Men. Keb. Gerik
tak nak mention sesiapa dekat sini nanti ada yang cakap dianak tirikan pula. bagi cikgu semua anak-anak murid cikgu bagi kasih sayang sama rata. tiada siapa dapat lebih tiada siapa juga yang dapat kurang. ahaha macam ibu-ibu bagi anak minum susu pula ni. anyway...

"Selamat Menghadapi Peperiksaan Akhir Tahun"

keep in touch, CikguDiyana

Sayang, Hadapilah Hidup dengan Tabah

Assalamualaikum, Hi
My Dear Super Duper Diary Online

setiap dari kita pasti menghadapi bermacam-macam masalah. tak kesahlah apa jenis masalah pun sakit ke, kehilangan ke, takda duit ke even berak keras pun masalah hokay ! tapi main point dia dekat sini manusia mana yang tiada masalah. just keep calm and relax. that kind of masalah akan buat kita lebih kuat seperti tiger. 

sayang
sayang
sayang
kita tak dapat lari dari ujian yang mendatang tapi 
kita seharusnya perlu bijak menangani masalah dengan sabar. 
tak nak lah stress-stress.
manusia mana yang tiada masalah

keep in touch, DiyanaTjuman

Saturday, October 19, 2013

Betong, Thailand

Assalamualaikum, Hi
My Dear Super Duper Diary Online


Salam Aidiladha kepada semua muslimin dan muslimat

for the third times, aku tak balik kampung. it's okay sayang, kata mammy. nanti sudah habis belajar nak sambut apa pun boleh. and tak sabar nak buat family day every week macam dulu. rindu nak booking swimming pool. rindu nak berenang. rindu nak memancing. rindu nak memanggang. nak je upload gambar tapi zaman tu aku masih zaman jahiliyah. you know what i mean right.

baiklah memandangkan sekarang sudah masuk hari sabtu. motif ? hari ini hari cuti dan aku nak tulis cerita jalan-jalan di Betong, Thailand raya hari tu . Betong ni terletak dekat dengan sempadan daerah Pengkalan Hulu dan tidak jauh dari tempat aku berpraktikal. sebenarnya tak plan pun nak ke sana. kebetulan hari tu bestfriend kita ajak datang rumah makan laksa. ya, laksa. aku hantu laksa. then, suddenly dia cakap, jom hari ini kita jalan dekat Betong. awalnya tu tak percaya juga sebabnya dia selalu main tipu-tipu. tapi bila sampai rumah mak dia cakap, nak pergi luar negara. weee dalam hati, bestnya ! 

passport ? passport kita tinggal kat damansara tapi dont worry katanya, sempena hari raya ni, masuk free ! maksudnya boleh lepas Imigresen Malaysia and Imigresen Thailand dengan jayanya without passport. tapi seram sejuk juga, eyalah masuk Thailand kot. kena tembak free free mati katak. ishhh ! mulut kau . anyway, thanks to my bestfriend cause bawa kita dan sepupu kita berjalan-jalan diluar negara :) feeling foreigner. bhahaha.

ha, kalau nak ambil gambar macam ni kenalah lepas Pihak Imigresen Malaysia dulu :)

PEKAN BETONG, THAILAND

sampai dekat pekan encik driver, terus park kereta then jalan-jalan cari barang. tapi ayat yang sesuai untuk student macam aku ni jalan-jalan cuci mata. tengok, pegang, tanya harga then blah. lepas tu masuk kedai lain buat benda sama. hahaha. 


seterusnya masuk pasar tani. apa lagi nak cakap, samapi pasar pun kami check in okay. then, bila tengok sayur-sayur yahg macik pacik jual dekat situ sungguh aku rindu kampung halamanku. kalau dikampung sayur-sayuran semua murah-murah. kadang-kadang tu siap dapat free lagi. oh, sungguh aku rindu Ranau


 

inilah kawasan pekan
Betong, Thailand
peniaga dekat sini faham dan ada yang fasih bahasa melayu, so dont worry
kau cakap ja, minta kurang harga, nego-nego, dia faham juga :)

BETONG MONGKOLLIT TUNNEL

 

 
 
 

jalan-jalan dekat depan sikit jumpa ayam besar dekat bawah tu ha
lepas tu apa lagi gambar and grab cepat-cepat sebelum ramai orang datang serbu.
:)

"tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu"
besar juga taji ayam tu. hehe




BETONG PUBLIC STADIUM


bila jadi budak sport maka tempat sport jugalah dibawanya
bestnya tengok track, macam dekat ranau
tapi kan yang turun jog pun aku tengok orang tua-tua saja
orang  muda cuma beberapa kerat

 

act, aku nak tangkap gambar dekat arca
KATAK & KURA-KURA
tapi budak-budak dan bapa budak
duduk lepaklah pulak
aissshhh !
dari jauh pun jadilah, dah macam budak jugak !


ni bunga kebangsaan
MALAYSIA


TAMAN - TAMAN BETONG
bagi nama sendiri :D


gambar suka-suka hokay, takda kaitan dengan apa-apa


memaksa cousin untuk bergambar bersama
tetiba pula dia malas nak bergambar


inilah dia budak Thai
sangat sporting. hormat orang tua *eh tua kah ?
siap salam cium tangan dekat member kita


still dekat area stadium, was just near the taman-taman betong
alaa sebelah-sebelah gitulah
alright, sampai disini sahaja diari bergambar for today.


thanks kepada bestfriend and the family yang bawa saya and cousin
pergi berjalan-jalan ke luar negara.
(^_____^)

keep in touch, DiyanaTjuman
*sangat lemah & nak tidur*

Monday, October 14, 2013

Hari Kantin & Hari Kokurikulum 2013

Assalamualaikum, Hi
My Dear Super Duper Diary

hey diary ! aku rasa nak tulis cerita tentang hari kantin and hari koku dekat sekolah hari itu. takut terlupa kalau ditangguh - tangguhkan. anyway aku berkesempatan nak join hari kantin and the most aku tunggu - tunggu was the hari kokurikulum. but the sad things was aku diletakkan di bawah jawatankuasa pengacara majlis. haihhh ! sungguh memberontak you know hati ni. andai saja bukan hari kokurikulum takda lah aku gila meroyan. ahaa. apakah ? nak buat macam mana hari kantin dan hari ko selalunya ditetapkan pada hari yang sama. arghhhh ! tapi kan tapi kan. aku follow semua aktiviti - aktiviti sukan hokay ! aku bukan jenis duduk diam. lagi - lagi bila ada orang nak minta tolong tapi syaratnya kena minta elok - eloklah. kenalah minta dengan cara yang beradab. jangan jadi egois. bukan aku yang cakap, member aku yang sorang lagi  tu cakap macam tu. ehh motif aku cakap macam ni. abaikan.

okay, cuba perhatikan gambar dibawah. hoyeh. hoyeh. jom ikut saya buat line padang ! ukur, tanda, angkat tong, tuang minyak, gelek jangan tak gelek. best juga main kereta sorong beroda berminyak tu. ehee. mahu je aku buat nama dekat padang tu, nak bagi tahu. hehehe. tak payah nak show-off lah diyana weyh. akhirnya terciptalah dua court futsal padang di smkg. weee. muka, tangan gelap aku tak kesah tapi yang aku kesah kasut kesayangan hamba terpercik dek minyak hitam tu. ouchh ! basuh sental dan sental pun tak tanggal. nampaknya biarlah ia menjadi tanda kenangan cikgu ehhh. 

cuba tengok. serabai tak serabai aku hari tu.
kalau bukan cikgu pj bolehlah cakap senang saja jadi cikgu pj ni.
cuba try meyh. nak tengok senang tak senang.
fyi, padang futsal juga merupakan salah satu bbm yang digunakan dalam pnp.
haha.
oh ya, encik baju turqouise dekat sebelah aku tuh adalah encik guru pembimbing.

TEACHING SOFTBALL =)
before


siapa tahu apa itu sukan sofbol?
"tak tahu cikgu"
pernah tengok kartun doraemon tak? *sambil angkat gambar kartun doraemon size A4*
"ohhhhhhh ! yang giant, sunio, nobita selalu main dekat padang petang - petang tu ke cikgu?"
*cikgu tanya siapa pernah tengok kartun doraemon*
anyway, dalam kartun doraemon tu diorang main besbol bukan sofbol.


untuk memudahkan murid-murid ni faham tentang permainan sofbol bukan mudah. perlu start from zero and of course I have to start from the history, how, when, where and so on. kau ingat senang. main bagi bola terus main pukul-pukul. keselamatan perlu diutamakan. I have to start from how to wear that weird glove. ya, weirdo for the beginner. nampak macam kau boleh cakap, alaa kacang goreng je. aku tahu ada yang berkata sedemikian. tipulah takda. so aku kena bermula dengan cara nak pakai glove, teknik pegang bola, teknik pass and catch, teknik pitching and last but not least the rules. kesian dekat students banyak benda kena catch up. apa yang aku perlu buat ialah bawa bbm agar mereka lebih mudah untuk faham. jadinya, amat mustahil pula bila ada students yang langsung tak dapat catch up pnp hari itu because every time three to five mins before tamat pnp aku akan buat reflection of what they have learn that day. most of them sporting, kalau faham diorang akan cakap faham dan kalau tak faham diorang akan cakap tak faham. kalau kelas tak best pun diorang akan cakap okay ! 

TEACHING FUTSAL =)


samalah ceritanya dengan cerita mengajar sofbol tadi. everything kena start from zero. kosong, kosong. sejarah, bola futsal, gelanggang, teknik hantar, teknik terima, peraturan dan undang-undang and so on. biar skema asalkan murid-murid dapat apa yang diajar hari itu. bukan 100% yang dikejar. tapi aku pasti almost of the tnl diorang dapat. kebanyakkan diorang minat main futsal cuma malu dan takda orang nak ajar. jadi aku pun menjadi cicakman yang datang membantu mereka untuk minat dengan sukan. hehe. takda kaitan langsung. oh ya, gambar diatas diambil sewaktu dalam perjalanan balik jalan kaki. yang kepala besar gedabak tu bergambar dengan students form one. yang saiz badan lebih kurang tu bergambar dengan students form four. memang nampak lebih kurang saja kan ? *ada pekerja restoran tanya, baru lepas ambil paper pmr ke ni adik ? bhahaha*

HARI KANTIN & HARI KOKURIKULUM SMKG 2013

sebelum acara bermula, haruslah masuk kelas. pot pet pot pet. "cikgu, kami kena ambil kupon sekarang." laa, kenapa tak cerita kat cikgu awal - awal. sat na nak ambil gambar dulu. tambah tolak campur. habis waktu pnp tepat pada masanya. hahaha. cikgu sorang lagi tu join sekaki. malu murid-murid aku hang tahu dak.

 


emcee of the day. pengacara majlis. deejay. yang tak berapa nak menjadi. bhahaha. tapi aku sahut cabaran. takda hal lah. dari padang ke protokol gua okay babe. kalau dia suruh nyanyi ke menari ke gua takda hal. gua on zumba babe. hihihihi. millions thank kepada teacher savina, akak yati, cikgu - cikgu yang membantu serta mengajar secara langsung dan tak langsung juga tak ketinggalan kepada murid - murid cikgu yang sporting habis tu. best juga melayan karenah students dekat khemah urusetia. hehe. btw, dear junior yang datang buat kajian dekat sekolah kita hari itu. good luck, dear ! :)

first - gila gila korea song
second - my junior of the sport science and coaching faculty
third - lovely teacher savina <3

my team kecik
JOHAN
tahniah anak-anak!

team futsal form 4


terima kasih juga kepada murid -murid yang bagi cikgu diorang ni macam - macam makanan and minuman. yang dekat bawah ni makanan dibawa balik ke rumah. lain-lain dah makan semasa sedang bertugas. hehe. thanks u'olls. love you ! penulisan diary kali ni, sangat panjang lagi lebar.



keep in touch, DiyanaTjuman
*mengantuk, pengsan, zzzz*

Sunday, October 13, 2013

Cuti & Tak Balik Kampung

Assalamualaikum, Hi =)
My Dear Super Duper Diary


yeah ! cuti sekolah dan aku tak balik kampung. weyh aku tak balik kampung weyh. maka duduklah aku di pekan combi ini ditemani cicak, burung pipit, sang kelawar dan pacik jam tiga pagi. *sigh* takda sapa nak bawa aku jalan - jalan ke weyh. okay ! tidur sajalah. night !

keep in touch, DiyanaTjuman

Sunday, October 06, 2013

Roadshow SPEKKTRA & PRIDE FOUNDATION

Assalamualaikum, Hi
Dear My Super Duper Diary


sudah tiba di kota bharu, kelantan. aku datang ni bukan untuk suka suka but dengan satu tujuan iaitu menjadi leader for pride volunteers. bukan mudah untuk jadi leader. bagi aku, kerja is kerja. bila kerja no malas malas. siapa malas kena ketuk. bila kerja aku perlukan komitmen daripada semua yang terlibat. bukannya nak mengelat ja. so, the next day aku bangun seawal yang mungkin. motif tak nak berebut shower. guess what ? suddenly, spider sebesar penampar keluar. !*&$^)! memang penyapulah jawabnya !



nak ambil gambar dengan datin tapi segan padahal dah dekat weyh
its okay, miss r kata next roadshow bagi tau dia
jangan diam malu-malu. ehehe
*saya memang pemalu*

 

kepada ibu ibu, bapa bapa
macik macik, pacik pacik
kakak abang adik
mencegah itu lebih baik daripada merawat.
dont forget ! lakukan pemeriksaan sendiri payudara
or famous as, Breast Self-Examination


okay, seterusnya gambar-gambar dengan mereka-mereka volunteers pride foundation

all of us !





to conclude, belajar dari pengalaman. next roadshow akan berada dinegeri Kedah. jumpa disana! pengakhiran gambar yang aku dapat capture sebelum phone jatuh pecah berderai. but still boleh senyum seperti biasa sebabnya aku tahu everythings gonna be okay. tak dapat nak ambil gambar dekat hotel, kb mall, rantau panjang and etc. apa pun, see ! dah boleh update post. duit pun melayang juga. 

big thanks to Camera360 and PhotoGrid apps
Keep in touch, DiyanaTjuman