Monday, December 16, 2013

Kenapa Dia Pandai. Aku Tak Pandai.




sometimes tengok ada kawan-kawan yang lebih pandai siap ber-text, main facebook, keluar dating jalan-jalan tapi masih dapat ranking pertama dalam kelas sedangkan yang belajar bersungguh-sungguh pun belum tentu dapat mengatasi kawan kita sendiri tu kan?

pernah juga terlintas. kenapa ada pelajar yang tak pernah datang kelas masih boleh dapat A sedangkan kita ni terpaksa berhujan-hujan berpanas terik datang kelas semata-mata tak nak terlepas pembelajaran tetap dapat B or C? sampaikan kadang-kadang terfikir adil ke semua ini? kita perlu usaha untuk dapat A sedangkan orang lain cuma usaha sikit sudah boleh dapat A. aku mengaku ada sedikit cemburu dengan orang yang macam ini sebab aku pun nak jadi macam dia.

tapi biasanya kalau yang dah pandai ni mesti kawan dengan orang pandai-pandai juga. kalau orang yang kurang pandai minta tolong, diorang selalu pandang rendah lepas tu tak nak sharing-sharing. bukan maksud aku sharing jawapan ke apa. rekod aku tak pernah lagi meniru or minta sharing jawapan dalam test or exam. apa pun, kepada sesiapa yang pandai jangalah kedekut ilmu. kalau yang kurang pandai macam aku ni sharing-sharinglah sikit ilmu tu. hihi

bila fikir-fikir balik, kenapa sibuk-sibuk nak bersaing dengan orang yang lebih pandai daripada kita? makin buat sakit hati adalah. Tuhan jadikan manusia itu berlainan supaya kita boleh jadi unik. kenapa tak bersaing dengan diri sendiri? have to think about it...

Saturday, December 14, 2013

Alhamdulillah. Ku Syukuri NikmatMu Ya Allah.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Terima kasih Ya Allah diatas nikmat yang Engkau berikan ini.
do the action, barakah is from Allah SWT
never lose hope. jangan pernah berhenti berdoa.
Allah sentiasa bersama kita.


 dear mummy daddy
again this is for both of you
 i love both of you so much
(^__^)

Thursday, December 12, 2013

Lesen Memandu Baru. Lesen Memandu Hilang.

Assalamualaikum, Hi

okay simple entry. for those yang kehilangan lesen memandu. keragutan. kecurian. and of course lah uolls kena buat lesen baru kan. make sure tahu buat report polis. sama macam entry lepas fasal mykad tu. kalau report tu mengatakan kehilangan or kelalaian diri sendiri maka uolls kena bayar untuk buat lesen. macam saya hari tu dapat free sebabnya saya kena ragut. entry MyKad Baru

KAUNTER JPJ MALAYSIA
klik sini untuk ke laman web jpj

dokumen - dokumen yang perlu disediakan;


 MyKad or MyKad sementara berserta (satu) salinan
 Salinan Report Polis berserta (satu) salinan @ kalau ada dapat tak perlu bayar denda
 Gambar Passport (sekeping) if tiada kena tangkap gambar dekat sana RM12


senang uolls sediakan semua tu siap-siap nanti datang dekat kaunter tinggal ambil nombor giliran. tak perlu nak bersusah beratur nak fotostat mykad ke apa. tak perlu nak beratur tangkap gambar. seperkara lagi silalah datang awal untuk mengelakkan emosi terganggu or tekanan jiwa. hehe.

oh ya, hari tu saya buat lesen dekat perak. but bila dah ada kes ragut tu, saya buat lesen baru dekat shah alam, selangor. and seriously, beratur yang teramat panjang. tapi apa yang uolls boleh buat keep bersabar. :) lesen akan siap dalam masa 15 minit selepas berurusan borang - borang di kaunter dengan pegawai.

that's all. sekian.


Friday, December 06, 2013