Sunday, December 21, 2014

Segmen GA Jalan-Jalan Tambah Kenalan by Ema Hasan

Assalamualaikum, Hi
My Dear Super Duper Diary Online

http://chenta-shima.blogspot.com/2014/12/segmen-jalan-jalan-tambah-kenalan.html

click banner untuk join

motif: semenjak dua menjak ni tertarik pula aku dengan giveaway-giveaway tambah kenalan sejak menang GA dua bulan lepas. bukan hadiah yang dicari, itu sebagai bonus dan terima kasih pada yang anjurkan giveaway tu. aku entah bia nak buat segmen macam ni. apa yang bestnya join GA ni sebab bolehlah tambah kenalan satu dua orang dekat blog aku yang tak berapa nak diary sangat ni. ahahaha.

kali ni nak join, Segmen Jalan-Jalan Tambah Kenalan by Ema Hasan. syarat-syarat dia simple je. nak join kenalah click dekat banner. cute je lebah hitam kuning tu. teringat pula dekat maskot batch vitex fakulti sains sukan dan kejurulatihan. oh rindunya mereka... ok fine, abaikan. :)

p/s: anyway good luck engineer's to be.


Tuesday, December 16, 2014

Sakit itu Penghapus Dosa

bila sakit mulalah nak ingat mamy dekat sabah. eyalah, kalau aku sakit mamy lah yang selalu suruh makan ubat, tolong picit-picitkan kepala, jaga makan, letak kain basah kat kepala. rindu. rindu. rindu. takkan lah dah besar panjang ni aku homesick lagi.

anyway, perasan atau tidak. kita selalu mengeluh bila kita ada masalah. kita selalu merungut bila kita sakit. kadang sedar dan kadang tak sedar. dan hakikatnya kita jarang ingat, kenapa kita diuji dengan sakit.



get well soon untuk diri sendiri

keep in touch

Sunday, November 02, 2014

1st Segmen: Blogwalking bersama-sama by Khairunnisa Hassan

Assalamualaikum, Hi
My Dear Super Duper Diary Online


CLICK BANNER UNTUK JOIN

motif aku join segmen sebab suka banner flower pink tu
macam vintage-vintage gitu
and plus, its pink!!
:)

Saturday, November 01, 2014

[Superkasual] JD Hijabs & Apparels Product

Assalamualaikum, Hi
My Dear Super Duper Diary Online

kali ni nak buat entry produk JDHA yang semakin mendapat tempat dihati ini. bagi mereka yang masih tak tahu lagi, produk JDHA merupakan inspirasi Jazrina Jasni yang baru sahaja ditubuhkan pada tahun ini 2014. JDHA stand for Jazrina Design Hijab and Apparels. slogan "Kreativiti itu Abadi" menjadi asas kepada setiap rekaan yang dihasilkan oleh Jaz. kepada mereka yang berkeingnan untuk mendapatkan koleksi dari JDHA, bolehlah singgah ke butik "JD HIjab and Apparels" di Uptown Avenue Seremban 2, Cheras Kuala Lumpur dan juga agen-agen JDHA di seluruh Malaysia. Antara produk yang telah dikeluarkan ialah hijab, hijabands, dress, skirt dan yang terkini superkasual t-shirt.

SUPERKASUAL T-SHIRT
by
got five different colors and all size still available
Blood Red | Deep Purple | Wood Brown | Black | Navy Blue

bagi mereka yang suka menggayakan fesyen berhood. rekaan superkasual tshirt juga terdapat dalam fesyen berhood atau lebih senang nak faham macam pakai jaket yang ada cover kepala tu. untuk rekaan ni hanya dua warna yang dikeluarkan iaitu navy blue dan black. apa yang bestnya bila pakai tshirt ni dekat rumah, kalau tetiba ada orang datang rumah tak perlu nak berlari-lari cari towel, kain etc. just use the hood buat macam tudung. alaa senang cerita, kalau-kalau barang pos laju sampai ke, bil elektrik, bil air, gas masak, orang nak buat banci, tak pun jiran sebelah rumah hantar makanan. tak perlu lagi buat aksi lari pecut sampai boleh tergolek kan. contohnya lah. lagi satu baju ni tak panas and wudhu friendly. pendapat saya sendiri. seriusly tak tipu. 

all size also available.
Navy Blue | Black

sila click page dibawah untuk more information produk JDHA dan sebarang promosi


pesanan : jangan malu jangan segan pasti dilayan.

sekian. keep in touch.

Friday, October 31, 2014

Saya Menang Giveaway

Assalamualaikum, Hi
My Dear Super Duper Juper Diary Online

entry orang first time menang giveaway. hari tu kan, saya menang 1st Giveaway by Melangkau Garisan with Love. excited sangat-sangat. bukan nak mengada ke apa tau. rasa dah lama tak buat entry. sajalah nak buat point story. biasalah first time join giveaway. masih kebaru-baruan. lepas tu menang. dia punya excited senyum sorang-sorang. Alhamdulillah, dapat second prize. pastu kan, tetiba terasa macam blogger MG bagi hadiah sempena convo haritu. hehe. punnn boleh. alahai kecoh betul minah ni. first time menang GA punya pasai. 

babies blink biasa
tapi perasaannya luar biasa

hadiah ni, aku dapat masa pagi raya haji dekat penang. terkejut gak time tu. buka-buka tengok dia siap balut lagi. wahhh. rajin tau blogger ni. anyway, thanks to blogger MG for the hadiah. saya siap bagi pula hadiah tu dekat aunty. hehe. penghujung cerita ni, saya happy, aunty pun happy. 

feel free untuk melawat, follow, and like page Melangkau Garisan


sekian, keep in touch :)

Thursday, August 21, 2014

MALAM FAKULTI SAINS SUKAN NURI

Assalamualaikum, Hi
My Dear Super Duper Diary Online


wah kalau dulu we'olls panggil "malam fakulti" but today 'memoir of generations night'. kemah. tepuk tepuk tangan. hidup mesti mau tambah maju plus kelas kau kan. hehe. anyway selesai program pra graduasi bersama rakan-rakan batch may lepas, keesokkan harinya program dengan fakulti. prom night okay! prom night! aku membayangkan lah juga ada tak yang akan pakai dress alaa-alaa macam princess. hehe. lama simpan cerita ni.

selfie. selfie. selfie lagi
kesian mok. aku monopoly dia punya mini ipad.
tak malu betui. kesana kesini aku bawa.
ala ala, bawa aku pergi ... zizan ft kaka. haha

vitex in the house uolls

VITEX BAND

beraksi di pentas
sekali lagi for the last time
"The Vitex Band"
mulalah nak terkenang first time live band masa sem lima dulu
first batch yang buat live band time malam fakulti. oh bangga. bangga.
band gempak dah. vocalist pompuan tuk suara entah ke laut ke apa. haha.

sebaik tirai dibuka
wah meriahnya. gembiranya. sukanya.
nape acap sorang je pandang belakang. ko tak happy ke acap?

macam-macam face reaction ada
memang credit to the photographer. rasanya dia ajk pdi kot. banyak juga gambar dia tangkap.
good job adik. good job. adik?? junior. hehe

i caught you!
saja nak buat lawak untuk diri sendiri

betul-betul menjiwai lagu ke apa aku ni


at the back stage, selepas selesai persembahan
banyak-banyak gambar, ni ajelah yang nampak jelas sikit
biar tangan blur, jangan muka blur kan.
nak marah orang yang ambik gambar ni tak boleh jugak, dia je ada kat situ.
thanks adik.

gambar aku terang, sebab kebetulan ligthing cantik.
hehe.
sport science teacher girls corner.


DALAM KENANGAN

semester 5 vs semester 8


yang ni pula tema emcee vitex
ehh emcee pun ada team juga
hahaha

last but not least (sebenarnya part ni tertinggal)
baru terperasan. baru teredit.
hey adik !
NURI
welcome to the new generation.
yeah tepuk tepuk tangan. dah ada nama sekarang.

pesanan akak,

dengarlah dik bongsu pesan kami
nama itu pentinglah sekali
walau ke mana pun kau pergi
namamu kan tetap diingati


sekian cerita malam fakulti sains sukan batch nuri
&
malam perpisahan batch vitex

credit to the pictures Aeman Abdullah & Muhammad Nafis Mohd Noor
atas sumbangan beberapa keping gambar yang aku cilok dari facebook

keep in touch, with love

Tuesday, August 19, 2014

Eid Mubarak 2014

Assalamualaikum, Hi
My Dear Super Duper Diary Online

raya dah nak masuk sebulan baru nak taip entri raya. 
Alhamdullillah hari ini syawal ke-22 baru dapat menaip pasal raya. 
bukan apa actually, tertarik tengok gambar raya kawan-kawan dekat facebook, instagram and etc.
macam syok je raya diorang (^^,)
so aku pun nak share dekat dalam diary online aku ni jugalah ...

this year aku beraya dekat ranau, sabah
plannya nak balik semporna, tapi macam-macam pula jadinya
last minitnya beraya dekat ranau. kesian dekat family yang menunggu di semporna
kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan semua perancangan
siapa tahu mungkin ada hikmahnya disebalik semua tu kan
insyaAllah next year balik semporna
mudah-mudahan dipanjangkan umur dimurahkan rezeki

alright! masa untuk photo raya ...

beloved daddy and mammy

this is my siblings

Open House Raya ke-3


menu special dihari raya
laksa penang
satu family hantu laksa 
:)

menu lain: tomyam seafood, satay ayam, ayam masak kurma, buras, etc

cak cak cak
bersama jiran yang banyak gak tolong time open house hari tu
dialah tetamu paling awal sampai. ahaks
dia ni pun boleh dikatakan sudah mula menggilai makan laksa
tahniah ya Bel!

ramai orang cakap kami kembar
kadang tu layankan je kami ni kembar. haha
and like always, aku akan cakap dia abang dan aku adik

ha kalau dengan dia ni lagi lah nampak macam abang long
hehehehe

meet my bestfriend till jannah
alhamdulillah masih bff since 2006
thanks eqah (purple dress) & nanie (pink dress)
kawan menangis, kawan gosip, kawan jalan pekan, macam-macam lah
and now kawan luah masalah cinta
ehh ada ke? haha

petang tu aku berjaya diculik dan memboloskan diri daripada membasuh pinggan
menambah lauk pauk dan hidangan lain
keluar beraya dengan bff memandangkan aku jarang-jarang beraya dekat ranau
mammy kata okay, kami pun apa lagi yeah!
(^___^)v

beraya di puncak bukit
memang rare nanie drive saga sampai menuju puncak
laju denyutan jantung dup dap dup dap
tapi aku buat relax buat cool

next we'olls beraya dekat rumah aweyn si panda
cute macam panda gak. ehehe.
next lagi beraya dekat ruma ebby tapi lupa nak transfer picture
tak habis-habis nak bergambar je
al-maklumlah macam aku cakap tadi jarang sangat beraya dekat ranau ni

baiklah akhir kata daripada saya,
dalam kita bergembira menyambut aidilfitri, 
ada insan yang berduka bersedih diatas apa jua yang menimpa mereka
sama-sama kita mendoakan saudara muslimin dan muslimat
sama-sama kita mendoakan keselamatan penduduk gaza, kesejahteraan mereka dan sebagainya
kerana doa itu adalah senjata umat Islam
#pray4gaza

Selamat Hari Raya Aidilftri
Maaf Zahir dan Batin

keep in touch, with love

Thursday, August 14, 2014

1st Giveaway by Melangkau Garisan With Love

Assalamualaikum, Hi
My Dear Super Duper Diary Online



setelah sekian lama, update update blog dengan join contest. seriusly, ini buat kali pertamanya aku join giveaway. sebab rasa macam simple je, macam best je tengok orang lain join giveaway. hehe. 

1st Giveaway by Melangkau Garisan akan berlangsung di melangkaugarisan.blogspot.com sehingga 13 september 2014. syarat-syarat nak join bolehlah ke blog MG.

1. perfume bvlgari jasmine nor x 1 pemenang
2. babies blink biasa x 1 pemenang
3. face serum by SAVEE x 1 pemenang
4. pink urban tshirt x 1 pemenang

anyway, dapat info tentang giveaway ni dari blog kak mia. thanks kak mia. ;)

eh yang ni takda dalam syarat
saja saja nak letak gambar with kesayangan


keep in touch

Tuesday, July 15, 2014

Alahai, orang busuk hati

Assalamualaikum, Hi
My Dear Super Duper Diary

im talking about some kind of ppl yang busuk hatinya. ya, type orang yang hatinya tak bahagia. for me, semua orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. contohnya, kalau aku lebih cantik mungkin orang tu lebih pandai dari aku. kalau aku lebih kurus, orang tu mesti lebih gemuk dari aku. kalau aku punya family sederhana, mungkin orang tu punya family kaya raya. mentality manusia. janganlah tengok pada kesempurnaan orang lain, sebab itu akan buat kita jadi tak bersyukur. tapi cuba kau tengok pada kekurangan orang, mesti kita akan rasa bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi.


Alhamdulillah, aku masih diberi rasa bersyukur oleh Allah. cumanya aku selalu di saiko dengan orang-orang sekeliling. ramai sangat yang mendengki. ramai sangat iri hati. ramai sangat busuk hati.

bila difikir-fikir orang yang mendengki tu, nak busuk hati tu memang tak akan pernah habis. sebab hati diorang sebenarnya kotor dan tak bahagia. bagi aku tak perlu nak dilayan sangat orang-orang macam tu, nanti kita pun naik sama bodoh. nampak sangat tak educated.

biarlah orang yang busuk hati tu terus dengan busuk dia. kita bukan rugi apa-apa pun. hidup ni jadi best kalau kita buat dia jadi best even ada mangkuk mangkuk or orang asli yang datang buat onar sekali pun. maybe hidup kita ni bawa effect dalam hidup dia. padahal, kita tak ingin nak tahu pun pasal life dia. biarkan saja. kadang-kadang penat layan orang yang busuk hati ni. diam tu jalan terbaik. semoga aku boleh belajar untuk lebih sabar.

biarlah dia tak suka aku pun, ramai lagi yang sayangkan aku. peace (^_^)v

keep in touch

Wednesday, July 09, 2014

Bila tiada lagi cinta di hati


kisah seorang teman. bila hati dah tawar perasaan dia lain macam. buat apa pun serba tak kena. tapi bila time bercinta, lautan api sanggup direnangi, hujan panas sanggup diredahi. alih-alih kasih putus ditengah jalan. entahlah tak faham. untuk faham jiwa kita, tiada sesiapa yang faham. baiklah, cuba untuk memahamkan.


cinta itu milik Allah. cinta datang tanpa diundang juga pergi tanpa dihalau. cinta boleh datang dalam sesaat, tapi juga boleh hilang sekelip mata. sebabnya Allah yang bagi rasa cinta dalam setiap hati kita, dan Dia juga berhak untuk tarik perasaan cinta itu dari hati-hati kita. this kind of entry was like sangat kecewa dan jiwang kan. for those yang masih ada perasaan cinta itu, bersyukurlah. sekian..

#prayforgaza
keep in touch

Thursday, July 03, 2014

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Assalamualaikum, Hi
My Dear Super Duper Diary Online



Marhaban Ya Ramadhan
1435H

selamat menunaikan ibadah puasa kepada muslimin dan muslimat
semoga setiap ibadah kita diberi kelancaran dan keberkatan

keep in touch

Friday, June 20, 2014

Hari Jadi Yang Ke 22

Assalamualaikum, Hi
My Super Duper Diary Online


maka genaplah sudah empat bulan dari tarikh ulang tahun kelahiran tahun ini. baru berkesempatan untuk membuat entri hari jadi yang ke 22. alhamdulillah atas doa-doa yang didoakan untuk saya. ucapan semakin tahun semakin naik usia. semakin ramai yang ucap, doa yang baik-baik untuk saya. terima kasih, hanya Allah saja yang dapat membalas jasa kalian itu. jasa mendoakan saya.

terima kasih buat mammy and all of the family members yang wish for my birthday. dear buddies eqah and nanie, kita buddies takkan terpisah. terima kasih. buat kesayangan, terima kasih walaupun bukan yang pertama =) and last but not least buat teman-teman di facebook baik melayu, india, cina, sabah dan sarawak a million of thanks for the wishes.


terima kasih atas hadiah-hadiah. kek cawan. sukaneka tradisional dan macam-macam jenis pemberian. tak lupa juga thanks to the suprise laptop, pecah masuk bilik, puan pejabat seri harmoni, encik afiq serta pejabat polis (nyaris-nyaris). apa kes pula tetiba nak call polis time tu? baru tahu cuak? 

   

"tidak pernah ku rasa perasaan yang begini..."

sebenarnya saya kurang suka sambutan ulang tahun hari lahir untuk saya sendiri tapi saya suka buat kejutan untuk orang. this is the last birthday celebration as degree student. InsyaAllah master menyusul jika diberi peluang. doakan saya dapat ptptn free and got scholarship for my futher study ya kawan-kawan.

keep in touch

Sunday, June 15, 2014

Air Terjun Gunung Ledang (Part 3)

Assalamualaikum, Hi
Dear My Super Duper Diary Online


Hari ketiga, Hari terakhir
perjalanan sst vacation diteruskan lagi ke tenpat rekreasi,  air terjun gunung ledang, sagil. I thought it was in Melaka, rupa-rupanya masuk johor. memang jauh kembara vacation kami dari perak ke johor. we are here for bbq and mandi manda of course. tapi aku tak join pun mandi manda, sebabnya tak dapat mood nak mandi air terjun masa tu. act, semua yang aku buat perlu berada dalam mood baik kalau tak huru hara nanti. macam apa entah. hikhik.




perangai apa lah. asyik mengunyah je. 
bakar sendiri makan sendiri.
hehehe



jyeah. seronok aku nak amek gambar adalah sorang tu hadiahkan labah-labah air. perghh memang tak lah aku nak stay dekat situ kat. seriously, aku sangat sangat fobia dengan labah-labah. (T_T) so sad.


dengan hati yang bercelaru aku pun angkat kaki dari situ. selamat tinggal semua.
maaflah aku upload semua gambar-gambar aku. hehe.
nama pun blog aku. nama pun syok sendiri.

keep in touch

Saturday, June 14, 2014

Bandaraya Melaka Part 2

Assalamualaikum, Hi
My Dear Super Duper Diary Online


Hari Kedua 
sambungan penceritaan hari pertama semalam. memandangkan hari tu hari jumaat. semua pergerakan perlu dilakukan selepas solat jumaat. cuti cuti juga, solat jangan lupa. around 3pm barulah bergerak keleuar rumah ke Mahkota Parade and Dataran Pahlawan. dekat sini just jalan pusing-pusing mall. I have no comment here sebabnya aku kalau melancong tak berapa nak suka sangat masuk mall. hehe. selepas memaksa mereka we'olls pun keluarlah dari mall berkenaan dan menghala ke arah Bangunan Merah, Kota A Famosa, Malacca River Cruise dan Menara Taming Sari.



Sekitar Bangunan Merah
...bagi nama sendiri ('',)




Kota A'Famosa

terasa seperti bukan berpijak dibumi nyata. hehe. okay tamapr muka sikit. since I was a kid, aku menaruh harapan yang sangat tinggi untuk datang ke tempat ini. ini semua kesan daripada subjek kajian tempatan dan sejarah. gila eh bila diingat-ingat balik cita-cita ingin menjadi ahli arkeologi tu. oh tak boleh tak boleh. now, bidang fokus ke arah lain. 






Malacca River Cruise

menarik. lihat panorama bandaraya melaka yang unik. tak dapat nak cerita. perlu lalui sendiri keadaannya. for those yang yang suka aktiviti macam ni or yang dah pernah naik cruise, mungkin akan cakap like 'hurm biasa-biasa je'. but for me, its was like ohsem. sebabnya aku betul-betul menghargai keunikan kota melaka waktu tu.



takda gambar masa naik cruise sebabnya, seperti yang aku cakap diatas. sangat menghargai keunikan pemandangan kota melaka waktu tu. hehehe. cuma sedikit kecewa sebabnya tak dapat nak naik Menara Taming Sari. okaylah, sampai disini sahaja berita untuk hari kedua sst vacation. balik rumah. siap-siap barang untuk bbq last day. 

to be continue.. ('',)