Sunday, February 23, 2014

Saya Pelajar Tahun Akhir UPSI


Assalamualaikum & Hi


rasa sekejap je dah nak habis study. tahun ni adalah tahun terakhir aku berada di UPSI. ini bermakna tahun terakhir untuk aku habiskan study aku. teringat masa mula-mula interview, fitness test, register and masuk kolej. tahun pertama bukan tahun yang mudah untuk dilalui. second year, third year, internship and now in 2014, I'm Final Year Student in Sport Science Education. Alhamdulillah. 

this year is one of the most challenging year for me. banyak perkara yang harus diaturkan. banyak perkara yang harus difikirkan. bukan macam semester lepas lepas. not sure how to face it, but I'm sure I can do it. InsyaAllah. aku yakin aku tidak keseorangan. Kau sentiasa dihati. Kau sentiasa di sanubari. Moga Kau pimpin aku dijalan-Mu. Ya Allah.

Monday, February 10, 2014

Kolej Matrikulasi Labuan & Saya


rindu. rinduan jadi kenang-kenangan. omg macam mana nak cakap ya. tetiba terasa rindu zaman-zaman skema. budak biologi skema katanya. banyak kenangan manis dan pahit semasa menuntut ilmu di kolej matrikulasi labuan aka kml. sepahit-pahit kenangan itulah yang manis bila dikenang. 

gambar ini diambil beberapa hari sekembalinya dari labuan
berazam untuk pakai tudung
officially graduated from kml

aku suka sangat selfie depan cermin bilik
selalu kelas pagi, kami se'dormate' akan beratur mengikut ketinggian
haha. always like that. tapi kite duduk depan sekali. sebab boleh tengok kekalau ada jerawat tumbuh.
rindu. rindu. rindu.

We are Dorm-mate
kami penghuni Blok Madani D
DT2.12
*if not mistaken*
veronica, hayati, me and wawai
(^__^)
paling payah nak cari gambar aku. sebabnya time matrik aku tak pakai tudung.
pakai pun time kelas PI je. aish malu kalau diingat-ingat.

Rakan Sekelas. Rakan Seperjuangan. H6T39

ya, aku budak skema. budak biologi yang skema. 
this is my classmates. Hayat 6 Tutoran 39. simple as H6T39. 
we are the best student in biology. miss uolls friend.

Sahabat-Sahabat Musolah
Alhamdulillah dapat kenal dengan diorang yang banyak beri tunjuk ajar. 
barulah rasa tenang after change. Alhamdulillah for this feeling Ya Allah. 


Jom Ronda-Ronda Matrikulasi Labuan


sewaktu ketika dahulu dan aku rasa pasti dah banyak perubahan dekat sana sekarang ini.
1. Laluan Pejalan Kaki. kira laluan utama nak ke dk, bt and etc.
2. Menara Pentadbiran. kitaorang selalu panggil MP je.
3. Dewan Kuliah, Makmal Sains & Bilik Tutoran.
4. Track Kolej Matrikulasi Labuan.
5. Pusat Sumber Kolej Matrikulasi Labuan
6. Dewan Mutiara. *oh compress, compress*

View from Tingkat 4 Madani D


aku ada satu habit yang mana aku suka naik tingkat 4 blok madani d. semata-mata nak tengok matahari terbit. kira aktiviti hujung minggu. awal-awal pagi weekend kebanyakkan student tidur. takda sapa nak kacau kalau duduk melepak situ. anyway, seriously, i really love it. hijau dan sejuk mata memandang pepohon. kalau perasan ada bangunan nun jauh disana. ya, jauh. yang bangunan tu blok luhur e kolej lelaki tapi takda maknanya aku nak teropong diorang.

View from My Study Table


DT2.12. kedudukan blok aku betul-betul berada dilaluan utama kebanyakkan aktviti berlangsung. aku suka juga duduk lepak tepi tingkap tengok gelagat pelajar. terutama sekali time puasa. bazar ramadhan betul betul dekat bawah blok. best je tengok orang yang pelbagai ragam. oh ya, pkok bunga korea tu dulu kecik je masa mula-mula masuk kml. nampak tak dua orang lelaki kat bawah tu. encik felo blok madani d, tengah cek tangki air. yang pasti memang takda air sebabnya tangki tu baru sampai dari ladang.

Belajar Cara Belajar. Experiences is the Best Learning.


aku belajar duduk jauh dengan family. aku belajar tinggal kolej yang sememangnya aku tak biasa. aku belajar rawat diri sendiri bila sakit. aku belajar hidup serba kekurangan. tinggal kolej dengan terputus bekalan air betul-betul menguji kesabaran aku. tiap-tiap hari kena workout angkat air. kalau malas maka sendiri mahu tahu lah kalau nak membuang takda air. aku belajar untuk berjimat. berjimat guna duit elaun. berjimat menggunakan air. berjimat guna topup. aku belajar untuk jadi berani dan kuat seperti harimau. dan yang pasti aku belajar untuk menjauhkan diri daripada perasaan cinta. setakat curi-curi suka orang tu adalah. :)

aku juga belajar buat muka tebal. pernah sekali tu, aku tak buat kerja tutorial math. then kena denda siap bawa kerusi meja duduk luar tepi parit. perhh best giler. memang havoc kau. famous pun ada gak. nak nak time tu ada kelas-kelas yang dah habis and change class. padanlah dekat muka sendiri. confident lecturer tak check homework. anyway, thanks madam. kalau dia tak buat macam tu mesti aku tak sedar diri lagi.
aidiladha diperantauan

i just call her kak yati then she call me, dian.
she was very motivated. selalu bagi advice dekat aku.

MPI stand for Minggu Penghayatan Islam
have fun with team Halus Manissss


banyak benda yang aku belajar secara langsung dan tak langsung. to conclude, experiences is the best learning. pengalaman adalah guru yang terbaik. pengalaman yang baik dan buruk yang aku lalui akan dijadikan pelajaran untuk hari-hari mendatang. I can take the next thing that comes along. kekuatan. keberanian dan keyakinan. semoga pengalaman yang mahal dan tak terbeli itu dapat mendewasakan aku dan berfikiran lebih positif.

keep in touch.

Saturday, February 08, 2014

DIY: Projek Mini Katil Putih

Assalamualaikum, Hi Diary

setelah sekian lama mengidam katil berwarna putih. finally, dapatlah juga merasa. hehe. projek diy dari kebanyakkan blog banyak membantu dalam proses mengecat katil. from 700 harga jatuh 100 maybe. lagi guna baki cat from renovation rumah. takdalah nak beli cat bagai. jimat bebeh.

antara bahan-bahan yang digunakan seperti dibawah
*macam program masakan*

hijau - Hi-Gloss Paint / Cat Minyak
light choc - White Undercoat
berus cat
sandpaper grit 220


cara-cara nak mengecat just follow mereka yang berpengalaman.

(thanks for the information kakak & abang)


Alhamdulillah siap jugak dan puas hati. harus berani untuk mengambil risiko. tak cuba mana nak tahu. hehe. struggle aku mengecat. siap cat plaster ceiling lagi, mau kram juga kepala asyik dongak atas, kanan, kiri then naik turun tangga. owh ya, bau cat and mengecat plaster ceiling boleh membuatkan tekak menjadi kering. so dinasihatkan minum air dengan banyak. :)

keep in touch, DiyanaTjuman

Thursday, February 06, 2014

Tree Top Walk Sungai Sedim, Kedah


Assalamualaikum, Salam Sejahtera

throwback again and again. yeah another place that I have visited. mood sekarang nak buat diari bergambar si kaki penjalan. nak jalan gi shopping, bajet tak cukup. serius ini bukan main-main. tengok badan keding je tu. bhahaha. ^__^



welcome foreigner. biasalah fefeeling pelancong itu harus.
motif sangat. motif sangat.




tiket masuk per seorang. rasanya tak rugi pun. mungkin kos sebegitu sebab diorang nak pusing duit for pembersihan, baik pulih the jambatan and apa-apa yang patut. hehe.


muka sangat bersemangat. suka and minat dengan tempat-tempat rekreasi macam ni. :)


suka flora dan fauna yang ada dekat sini.
paling suka udara yang segar. bau pokok-pokok rasa nyaman.


selepas meronda. harap berpeluang datang sini lagi sebabnya kepingin nak main rafting.
for more infomation tentang pakej aktiviti dekat sini just click here, Sungai Sedim, Kulim, Kedah.
banyak pakej yang disediakan especially for student macam aku.
so then, aku pun bolehlah jadikan rujukan untuk kumpul bajet berpiknik dekat sana nanti.
insyaAllah.


Wednesday, February 05, 2014

Nur Lembah Lenggong Training Village

Assalamualaikum, Salam Sejahtera

selamat datang ke dunia cabaran
ada bran??


throwback. berkesempatan melawat Perkampungan Latihan Rekreasi Nur Lembah Lenggong. what can I say. this place was so natural. persekitaran yang mendamaikan dan mampu menenangkan fikiran. suasana damai seperti inilah yang aku idamkan, jauh dari kesibukkan kota. I wish someday dapat datang sekali lagi for satu dua malam. nak juga rasa overnight dekat tempat ni. memang betullah sekali pergi rasa nak lagi umpama melekat dihati. 


"Dekat di Mata, Lekat di Hati"
Team Building, Training, Motivation and Recreation

seketika berada di tapak kem Nur Lembah Lenggong Training Village. perjalanan mengambil masa 30 minit dari Kuala Kangsar untuk sampai ke destinasi. boleh google map. kedudukannya agak tersorok yang mana berada didalam ladang kelapa sawit dan ditepi sungai perak. tapi siapa sangka, tempat ini terletak dipinggiran kota yang dikelilingi oleh hutan hujan tropika, sungai perak dan suasana kehijauan. sejuk mata memandang. tak rugi datang singgah apalagi kalau bercuti disini.


kononnya aku nak seberang ke pulau sebelah tapi memandangkan aku tengok keadaan sungai yang macam laju arusnya tak jadilah nak seberang. plus, masuk tanpa izin pula tu. silap haribulan boleh kena tembak main terjah sesuka hati. sorry, hari tu masa kitaorang datang tak nampak sorang pun dekat situ. mungkin sebab timing datang tu bulan puasa kot. 

focus pulau dekat seberang tu. nak pergi situ sebenarnya. :(

yang ini my cousin. hehe.
asyik. asyik yang keluar gambar aku je dari tadi.

baiklah daripada pembacaan yang aku buat, boleh tahan banyak juga aktiviti yang boleh dilakukan dekat sini like berkayak, berakit, jungle trekking, obstacles, aktiviti tali flying fox *love it, love it*, menyusuri jambatan gantung, main perang-perang and more... 

for those yang meminati kedamaian dan kesegaran suasana kampung dan hutan hujan tropika ini bolehlah ke websites diorang just click, Nur Lembah Lenggong. penggemar rekreasi luar juga boleh buat aktiviti-aktiviti dekat sini. beside, dekat tempat ini juga menawarkan macam-macam pakej yang menarik, kemudahan-kemudahan untuk pengunjung dan pelanggan dan banyak lagi. 

i wish someday, aku dapat berkunjung lagi dekat tempat ni. i wish.