Friday, June 20, 2014

Hari Jadi Yang Ke 22

Assalamualaikum, Hi
My Super Duper Diary Online


maka genaplah sudah empat bulan dari tarikh ulang tahun kelahiran tahun ini. baru berkesempatan untuk membuat entri hari jadi yang ke 22. alhamdulillah atas doa-doa yang didoakan untuk saya. ucapan semakin tahun semakin naik usia. semakin ramai yang ucap, doa yang baik-baik untuk saya. terima kasih, hanya Allah saja yang dapat membalas jasa kalian itu. jasa mendoakan saya.

terima kasih buat mammy and all of the family members yang wish for my birthday. dear buddies eqah and nanie, kita buddies takkan terpisah. terima kasih. buat kesayangan, terima kasih walaupun bukan yang pertama =) and last but not least buat teman-teman di facebook baik melayu, india, cina, sabah dan sarawak a million of thanks for the wishes.


terima kasih atas hadiah-hadiah. kek cawan. sukaneka tradisional dan macam-macam jenis pemberian. tak lupa juga thanks to the suprise laptop, pecah masuk bilik, puan pejabat seri harmoni, encik afiq serta pejabat polis (nyaris-nyaris). apa kes pula tetiba nak call polis time tu? baru tahu cuak? 

   

"tidak pernah ku rasa perasaan yang begini..."

sebenarnya saya kurang suka sambutan ulang tahun hari lahir untuk saya sendiri tapi saya suka buat kejutan untuk orang. this is the last birthday celebration as degree student. InsyaAllah master menyusul jika diberi peluang. doakan saya dapat ptptn free and got scholarship for my futher study ya kawan-kawan.

keep in touch

Sunday, June 15, 2014

Air Terjun Gunung Ledang (Part 3)

Assalamualaikum, Hi
Dear My Super Duper Diary Online


Hari ketiga, Hari terakhir
perjalanan sst vacation diteruskan lagi ke tenpat rekreasi,  air terjun gunung ledang, sagil. I thought it was in Melaka, rupa-rupanya masuk johor. memang jauh kembara vacation kami dari perak ke johor. we are here for bbq and mandi manda of course. tapi aku tak join pun mandi manda, sebabnya tak dapat mood nak mandi air terjun masa tu. act, semua yang aku buat perlu berada dalam mood baik kalau tak huru hara nanti. macam apa entah. hikhik.




perangai apa lah. asyik mengunyah je. 
bakar sendiri makan sendiri.
hehehe



jyeah. seronok aku nak amek gambar adalah sorang tu hadiahkan labah-labah air. perghh memang tak lah aku nak stay dekat situ kat. seriously, aku sangat sangat fobia dengan labah-labah. (T_T) so sad.


dengan hati yang bercelaru aku pun angkat kaki dari situ. selamat tinggal semua.
maaflah aku upload semua gambar-gambar aku. hehe.
nama pun blog aku. nama pun syok sendiri.

keep in touch

Saturday, June 14, 2014

Bandaraya Melaka Part 2

Assalamualaikum, Hi
My Dear Super Duper Diary Online


Hari Kedua 
sambungan penceritaan hari pertama semalam. memandangkan hari tu hari jumaat. semua pergerakan perlu dilakukan selepas solat jumaat. cuti cuti juga, solat jangan lupa. around 3pm barulah bergerak keleuar rumah ke Mahkota Parade and Dataran Pahlawan. dekat sini just jalan pusing-pusing mall. I have no comment here sebabnya aku kalau melancong tak berapa nak suka sangat masuk mall. hehe. selepas memaksa mereka we'olls pun keluarlah dari mall berkenaan dan menghala ke arah Bangunan Merah, Kota A Famosa, Malacca River Cruise dan Menara Taming Sari.



Sekitar Bangunan Merah
...bagi nama sendiri ('',)




Kota A'Famosa

terasa seperti bukan berpijak dibumi nyata. hehe. okay tamapr muka sikit. since I was a kid, aku menaruh harapan yang sangat tinggi untuk datang ke tempat ini. ini semua kesan daripada subjek kajian tempatan dan sejarah. gila eh bila diingat-ingat balik cita-cita ingin menjadi ahli arkeologi tu. oh tak boleh tak boleh. now, bidang fokus ke arah lain. 






Malacca River Cruise

menarik. lihat panorama bandaraya melaka yang unik. tak dapat nak cerita. perlu lalui sendiri keadaannya. for those yang yang suka aktiviti macam ni or yang dah pernah naik cruise, mungkin akan cakap like 'hurm biasa-biasa je'. but for me, its was like ohsem. sebabnya aku betul-betul menghargai keunikan kota melaka waktu tu.



takda gambar masa naik cruise sebabnya, seperti yang aku cakap diatas. sangat menghargai keunikan pemandangan kota melaka waktu tu. hehehe. cuma sedikit kecewa sebabnya tak dapat nak naik Menara Taming Sari. okaylah, sampai disini sahaja berita untuk hari kedua sst vacation. balik rumah. siap-siap barang untuk bbq last day. 

to be continue.. ('',)

Friday, June 13, 2014

Bandaraya Melaka Part 1

Assalamualaikum, Hi
My Dear Super Duper Diary Online

Alhamdulillah perjalanan percutian ke Melaka bersama-sama teman course sains sukan education berjalan dengan lancar seperti yang dirancang oleh pengarah program. Actually dah lama plan nak melancong jalan-jalan dekat Melaka. Tapi itulah, kita hanya mampu merancang. Kali ni, bercuti ke Melaka dengan 19 orang budak sport science education simple as 'sst'. sorang lagi tak dapat nak join, sebabnya terlibat dengan game bola sepak. so sad (T.T) anyway, this is the story of the vacation untuk kenangan di hari tua.

SST Vacation
3Hari 3Malam
12 June 2014 - 14 June 2014
Tentatif program sila klik sini

Hari Pertama
We'olls bergerak dari Tanjung Malim sekitar jam 10 pagi dan sampai Melaka around jam 2 petang. Sampai lewat sikit nama pun konvoi beramai-ramai, kena tunggu itu ini semua kan. 

inilah tempat we'olls menginap. it was infront of Aeon and Tesco Melaka. siap boleh jalan kaki tak sampai sepuluh minit. tapi memandangkan cuaca yang sangatlah panas memang sah-sah takkan jalan kaki. homestay ni pengarah program yang booking, RM150 per night. sangat berbaloi dengan 3 bilik and 4 katil queen size. full furnished.


Klebang Original Coconut Shake

mandi, solat dan rehat sebentar. 5pm we'olls keluar cari makan. seperti dalam perancangan we'olls makan dekat klebang orignal coconut shake. ya, aku pun tertanya-tanya juga apa yang specialnya minuman ni kan. selalu tengok dekat facebook orang post macam-macam pasal keenakkan minuman ni. then, comment aku tentang minuman ni, bila dah minum rasa nak minum lagi. hehe.  



Pantai Klebang

tenangkan fikiran dengan angin laut yang oh sangat membuai. Sila fokus kepada Bas Merah dekat belakang. Bas bukan sebarang bas. It was a hotel. Omg! Ini adalah inovasi terbaru. Thats great. RM80 per night. Condition service tip top. Mungkin someday, aku kena try spend one night in the bustel. 

betulkan apa yang aku cakap, see mereka semuanya menenangkan fikiran. petang itu we'olls just lihat-lihat keindahan pantai. then some of them yang main apa entah aku pun tak tahu nama kenderaan empat roda itu. hehehe.


sebelah malamnya pula makan dekat kedai chicken chop murah dan sedap katanya. RM7. aku sajalah try makan eventhough aku tak suka pun makanan western. saja nak mengada makan pakai garfu pisau. padahal boleh je makan pakai tangan. bhahaha. then after dinner bergerak ke Pantai Eye On.


sekian for the first day. to be continue. gambar update dari masa ke semasa.. :)