Tuesday, June 28, 2016

Pintu kegembiraan



Lambat laun kamu akan sedar,
yang mampu menggembrakan kamu sebenarnya adalah diri kamu sendiri.
Fikiran kamu acuan emosi. Dekatkan diri dengan Ilahi.
Itu kunci pembuka semua pintu kegembiraan & kelapangan hati.

#drafl
#motivation
#dearself

Lots of love, Dee 



Monday, June 27, 2016

Biar apa orang kata




Biar apa "orang kata", kamu sabar dan tenang-tenang sahaja. Lambat laun mereka akan penat, berhenti dan lupa. Pahala mereka jadi kamu punya.

#drafl

lots of love, Dee


Saturday, June 18, 2016

60 hari selepas Lapor Diri


Assalamualaikum, Hello
My Super Duper Diary Online 


Haritu iolls ada janji nak update diari selalu. Itu semua tipu dan janji-janji manis semata. Act, takda apapun yang nak dikemaskini tentang life sekarang. cuma nak cakap memang sibuk tahap dewa seperti yang telah dijangkakan. Oh ya, picture diatas diambil semasa hari orentasi guru-guru baharu di Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. Masih cerah lagi time tu. Hehe. Sekarang ? MAsih mengekalkan hitam-hitam manis gittew.

Cerita lapor diri


Debaran memang terasa time nak buka that surat. and, hello sandakan! akan bertugas di SM St. Mary Sandakan, one of the top school suatu ketika dulu. bekas sekolah arwah atok. bekas sekolah top student math. time ni tak tahu lagi sekolah tu, sekolah lelaki. Hahaha. 

Hari Melapor Diri - SM St Mary


cerita perjalanan tidak perlu diceritakan cuma loike always mammy and daddy yang akan hantar anak kesayangan diorang ni. after tiga jam di jalanan, maka sampailah teacher ke sekolah tersebut. seperti yang sedia maklum, sekolah tu memang all boys. I repeat it, all boys. masa lapor diri berjumpalah teacher dengan pengetua. maka terkejutlah puan pengetua, katanya takkan amoi cantik mau ajar subjek pj since i'm major in sport science. on the spot dia puan pengetua call ppd, maklumkan tak nak terima teacher kat sekolah tu dan minta dipindahkan ke sekolah lain. maka terlepaslah peluang teacher untuk berkhidmat disekolah arwah datuk. the best student in sabah suatu ketika dulu. dan serius? dimana agaknya teacher akan dicampak?

berkejaranlah pula ke ppd untuk proses pindah sekolah. belum sampai setahun uolls, dah dapat pindah. susahlah teacher nak mohon pindah lepas ni. malangnya masalah tak dapat diselesaikan on that day. kebetulan terjumpa dengan kawan daddy mammy, so then he sponsored us hotel and so on. thanks uncle. 


keep in touch,
Teacher Dee




Friday, June 17, 2016

Improving yourself





Dear D,

Life is about balance

Be kind but don't let people abuse you

Trust, but don't be deceived.

Be content, but never stop.

Be improving yourself.




*kualiti gambar laptop memang terbaik :)

Thursday, June 16, 2016

Normallah kalau aku marah



Manusia akan marah bila mereka dimarah. Masing-masing sibuk mengatakan diri mereka betul. Kadang-kadang mereka akan pura-pura berdoa, bersembahyang atau sengaja berdiri di belakang nama Tuhan untuk membuktikan kepada orang lain bahawa mereka naif serta sekaligus untuk melegakan hati mereka sendiri.

Sungguh memalukan bila kita sebenarnya bukan mempertahankan kebenaran tapi mempertahankan ego kita. Memang normal bila kita rasa ingin marah malahan normal bila kita berkata kotor untuk meluahkan rasa marah kita cuma kalau kita marah pada sesuatu yang kita tahu kita salah namun kita menafikan hanyalah membuatkan kelihatan kurang rasional.

Yes, itulah ugly truth. Kita tak mahu percaya benda betul yang pahit bagi kita. Tidak akan ada pengampunan yang ikhlas, yang ada cuma ego dan ego.

Bagaimana dengan aku?

Mengingatkan diri sendiri.