Pages

Tuesday, December 06, 2016

Kadang


Ada kadang, kau tak perlu cerita semua masalah kau pada manusia. Sebab tak semua manusia suka cerita kau, tak semua manusia faham kau, tak semua manusia nak tahu kisah kau. Tak semua. Banyak dari mereka semua pura-pura. Yelah, hanya untuk jaga hati kau saja. Bukan beriya mahu dengar pun.

Lagipun, kalau kau sendiri tak faham diri kau, kau sendiri tak faham hati kau. Jangan harap untuk orang lain faham kau. Selepas Dia. Ya, diri kau sendiri. Jadi, kalau kau sendiri tak faham diri kau, macam mana kau nak orang faham kau?

Manusia hanya kata dia faham, dia faham. Tapi sebenar benarnya dia tak pernah faham atau tak nak pun faham. Dia hanya “pura-pura” faham. Tak sedar? Ya, lakonan manusia ini hebat.

Kau ada Dia. Dia jauh lebih memahami, jauh lebih setia mendengar walau Dia sudah tahu apa yang kau ingin katakana. Ya, memang sahabat itu perlu ada. Tapi tak semua kau perlu cerita pada dia, melebihi Dia. Dahulukan Dia dalam setiap hal termasuk bercerita masalah, jangan dahulukan manusia.

Manusia hanya mendengar, tapi tak boleh membantu malah tak boleh bawa kau keluar pun dari masalah itu tanpa izin Dia. Dan yang paling penting, tak semua kau perlu cerita kat manusia. Ada kadang kau lebih baik diam dan pendam cerita hanya pada Dia.

Inspirasi Allysabdul

Ada betulnya. Ya, sangat betul.


No comments:

Post a Comment