Tuesday, December 27, 2011

Exam Uih! Musim Exam Kembali



Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan Hello Readers :)


Kehadapan blogku yang dicintai,
Maaf kerana agak lama mendiamkan diri. Mengambil masa untuk diri sendiri. Menghayati zaman kejatuhan untuk redha menerima kenyataan. Oh, lupakan itu semua. Sekarang aku sudah kembali normal. Sudah mampu tersenyum. Sudah mampu untuk bergurau senda. Alhamdulillah. *wink :)


Rindunya saya nak bercerita dengan bloggy tentang aktiviti kehidupan sekarang. Betapa saya rindu nak menaip dekat sini. oh rindu. oh rindu. oh rindu.

Okay my baby bloggy, kali ini Cik Diyana Tjuman cuma ingin mencoretkan ucapan "Selamat Menghadapi Peperiksaan" kepada semua pelajar universiti khususnya kepada pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris juga buat mahasiswa mahasiswi Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan. Didoakan semoga kita semua mampu untuk buat yang terbaik dengan usaha yang telah kita usahakan disamping memajukan sukan untuk negara. Semoga berjaya buat semua. Allah sentiasa bersama kita.


Teruskan usaha kawan-kawan, jangan stres dengan coursemark dan sama-samalah kita lakukan terbaik pada final exam ini. InsyaAllah. =)


Akhir kata,
Selamat Menghadapi Musim Peperiksaan nanti. Wish me luck ya.. :]

Yang rindu,
Si Sepet.
p/s: someone, somewhere is praying for you.

Sunday, December 04, 2011

Saya & Dia Tak Sama

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh and Hello

Talking about SPECIAL
Yeah, I'm Special.

Im special. In all the world there's nobody like me.
Since the beginning of time, there has never been another person like me. 
Nobody has my smile. Nobody has my eyes, my nose, my hair, my hands, my voice.
I'm special.
No one can found who has my handwriting.
Nobody anywhere has my taste for food or music or art.
No one else sees things just as I do.

*siyes, ily this pashmina*

In all of time there's been no one who laughs like me, no one who cries like me, and what makes me laugh and cry will never provoke identical laughter and tears from anybody else, ever.
No one reacts to any situation just as I would react. I'm special.
I'm the only one in all of creation who has my set of abilities.
Oh, there will always be somebody who is better at one of things I'm good at, but no one in the universe can reach the quality of my combination of talents, ideas, abilities and feelings.
Like a room full of musical instruments, some may excel alone but none can match the symphony sound when all are played together.
I'm a symphony.
Through all of eternity no one will ever look, talk, walk, think or do like me.
I'm special. I'm rare.
And in all rarity there is great value.
Because of my great rare value, I need not attempt to imitate others. 
I will accept - celebrate - my differences.

I'm special. And I'm beginning to realize it's no accident that I'm special.
I'm beginning to see that Allah made me special for a very special purpose.
He must have a job for me that no one else can do as well as I.
Out of all the billions of applicants, only one is qualified, only one has the right combination of what it takes.

That one is me.
because
I'M SPECIAL...


Sunday, November 27, 2011

Assignment Status : Almost Done !

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan Hello readers,

Yuuhuu macam tak percaya lah pula. Only in two days, beberapa assignment sudah disiapkan. Selalunya tidur  saja memanjang. But from now on, tak mau tidur tidur. Baik pergi dating macam itu. Tak ada jugalah buang masa sangat. Ehee. Tapi rasanya tak terlambat lagi kalau baru sedar diri.


Bila assignment dah siap, I had to prepared myself for next week coming microteaching of handball and hockey, forum of sport psychology, presentation for biomechanics major project and ujian kemahiran silat serimau hitam. Zasss.. Memartabatkan Kesenian Warisan Bangsa. Perlu bersiap sedia.

:))

Sukan Pelajar UPSI

Assalamualaikum w.b.t dan Hello

SUKAN PELAJAR UPSI
Majulah Sukan Untuk Negara & Sihatkan Badan dengan Bersukan
: )


sebenarnya entry ni tak nak tulis panjang - panjang

Hope karnival ini berjalan dengan lancar, mendapat sambutan dan meriah memandangkan kelas saya yang membantu dalam menganjurkan this karnival. Oleh itu, saya menyeru kepada mahasiwa dan mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan Idris serlahkanlah bakat anda !

KAWAN-KAWAN
Datanglah beramai-ramai untuk memberi sokongan :))


'Bersama Meningkatkan Mutu Sukan UPSI'

Sunday, November 06, 2011

#1 Futsal

Assalamualaikum dan Hello,

Futsal. Yeah it's Futsal. Ini kali ketiga team kami, sst or Sport Science Team join tournament futsal dan hasilnya sangat memberansangkan. Kamilah Juara. 

the sport science team

The Sport Science Team & The Vitex Pac Man



Last but not least, saya sokong dia. Dan dia juga sokong saya. 
Photographer of the day.
Terima Kasih Awak !







Sudah Terlalu Lama Saya Tidak Menulis

Assalamualaikum dan Hello

Entahlah. Seperti sudah terlalu lama saya tidak menulis. Maafkanlah saya. Saya terlalu kecewa dan bermasalah hingga begitu lama tidak menulis. Hakikatnya, saya sungguh sedih. Baru saya berazam mahu kembali berusaha, bersungguh-sungguh, saya sudah dituduh, dimaki dan yang sama maksud dengannya. Oh, jatuh standard saya dibuatnya. Entah mana menghilangnya semangat saya dulu. Mana perginya positive thinking. Dimana perginya kekuatan emosi, spiritual, minda yang telah lama saya ada dulu? Dimana ? Dimana ?

Ada perkara yang berlaku, menambah lagi duka dalam hati. Sesungguhnya ini semua tidak adil. Sangat tidak adil. Tapi siapa aku untuk berkata sedemikian. SubahanAllah. Keliru bukan? Tidak faham apa yang saya marahkan? Nampak macam saya mempersoalkan ketentuan-Nya. 

Biasanya, waktu waktu kritikal macam inilah perkataan kurang elok mudah saje keluar daripada mulut. Aksi-aksi kurang menyenangkan dan tidak sedap dipandang orang. *menjeling dan buat muka masam*  Maaf dari hati kepada mereka yang sudah terkena.


Before You Ask ALLAH For What You Want
First Thank HIM for What You Have


Okay, dah buntu mengarang ayat. Kesimpulannya, saya kena sentiasa senyum walau dimana jua saya berada. Tak kesah lah, kau bermasalah ke, saya bermasalah ke. Kena senyum juga ! Like :


Saturday, August 13, 2011

Keperluan Masuk Kolej / Universiti

Assalamualaikum warah matullah hiwabarakatuh dan Hello kawan-kawan :))

Tiba-tiba teringat masa dulu-dulu sebelum masuk kolej. kolej? Bukan universiti? Hurm kalau dekat uni kita tak panggil asrama, kita panggil kolej kediaman. Samalah juga kalau dekat matrikulasi. 


Hah, first time masuk university nih, mesti arh gembira tak terkata. Kalau boleh nak bagi tahu saja dekat orang ramai like : 

“woii korang semua, saya dapat masuk university” 

Tapi bila first juga lah banyak benda yang perlu diuruskan like:
Medical Check-up
Buka akaun Bank Islam ptptn
Bayar yuran Bank Islam resit pembayaran SIMPAN
Photostat segala ic 
Sahkan segala ic dan dokumen
Gambar passport
Lengkapkan segala borang
Beli barang keperluan

*mesti korang rasa sangat terseksa. Tapi kenalah bersabar, kata nak jadi budak universiti*
Anyway pendekkan cerita, saya just nak bantu korang memilih seterusnya membeli barang keperluan
...list disediakan dibawah...

klik and zoom!








Macam mana kawan-kawan.
Tak kisahah macam mana pun yang penting saya memang nak share benda nih.
Tapi, tadalah semua pun korang nak beli like gadjet rumah (photo4)
Beli yang wajib dulu. Yang itu nanti korang settle sesama dengan budak rumah.
slow talk sesama sendiri.
sharing is caring ma.
Anyway yang baik diambil, yang tak baik tu abaikan.

.......

Sekian daripada saya, 

Tuesday, August 09, 2011

Bila Dah Tiada, Baru Rasa Kehilangan



Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan Hello teman-teman 
=)

Post kali ini mengandungi ayat-ayat yang gramatis, romantis dan gratis. 
*tolong jangan _______ dihadapan komputer anda"

"SAYA SAYANG AWAK, AWAK SAYANG SAYA TAK"


Kadang-kadang kita tidak menghargai orang yang  mencintai kita sepenuh hati, sehingga kita kehilangannya.  Pada saat itu, tiada guna penyesalan kerana perginya tanpa berkata lagi.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kita bertemu seseorang yang sangat bererti, hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Oleh itu, jangan simpan kata-kata cinta pada orang tersayang sehingga dia meninggal dunia lantaran akhirnya terpaksa catatkan kata-kata cinta itu dipusaranya.
Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya. 

So, tunggu apalagi. Hehe. Sekian.

Thursday, August 04, 2011

Senangnya Menyalahkan Orang Lain

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan Hello 
:)

Tiba-tiba teringat dengan perbuatan orang itu.
Sebab itu saya nak tulis, bukan nak mengata tapi kekadang saya pun sama juga. Itulah manusia.
Suka tengok salah orang lain dulu sebelum tengok salah sendiri.
Bila ada sesuatu berlaku. Orang lain juga yang dipersalahkan.



Nak mengarah orang lain senang saja.
Nak yang macam ini, nak yang macam tu. Semuanya mesti sempurna!
Tapi tak pernah nak bagi tunjuk ajar. Betul tak?
Bila kita tanya marah. Bila tak tanya pun marah.
Bila buat salah mulalah nak menengking.
Apa-apa pun sabar saja.


Sekian. 

……….

Monday, August 01, 2011

Tiada Siapa Yang Tak Cantik ! Saya Cantik :)


Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan Hello :))

Pertama tama sekali saya ingin mengucapkan SELAMAT  MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK
kepada semua muslimin dan muslimat.
Semoga kita semua berusaha merebut sebanyak mungkin pahala. InsyaAllah.

Semalam dah siap buat post nih. Tapi boleh saja perpustakaan itu tutup wifi awal awal. Tak bagi tahu pun
So, terpaksalah taip semula.




.......

Oh, kami cantik! 
*hehe*

Orang yang cantik tidak semestinya dia cantik hidup diorang tidak semestinya tenang.
Sentiasa beringat dan setkan dekat kepala korang hargailah diri korang.
Kerana dirimu begitu berharga. 
*iklan apa entah. terlupa*
Buangkan mentality dalam diri yang selalu merasakan diri tak cantik, tak hensem, tak menarik.
Setiap orang ada keistimewaan sendiri.
Jangan rasa rendah diri dengan apa yang korang dapat.
Kadang-kadang kita fikir, aku nih tak cantik. Tak macam dia. 
Kulit putih, hidung mancung, macam macam lah yang nak dibandingkan.
But take this, syukur Allah tak jadikan aku cacat.
Alhamdulillah.

Ingat! Kita tak hodoh. Semua orang fikir ada yang tak kena dengan diri sendiri. Kita rasa orang lain lagi cantik daripada kita. Kita tak tahu diorang sanggup bersakit sakit supaya jadi cantik.

Abaikan apa yang orang cakap pasal diri kita. Kadang-kadang orang selalu kritik kita nih ada agenda lain. 
Mungkin saja diorang cemburu dengan kita. Dorang saja nak buat kita down.
Biarlah orang nak cakap apa pun. Yang penting jadi diri sendiri.

Sekian.
.......

Friday, July 22, 2011

Sumpah aku Tak Cari Yang Lain


Assalamualaikum dan Hello readers.
*Kalau adalah. Ehe.*

Sekarang ini saya agak sibuk dengan pelbagai macam kerja. Cuti semester lah katakan. So, tak mau cakap banyak, this is my entry for today.

......

"Wah, cantik gila awek tu. Kalau dapat sumpah tak cari yang lain."

Ingat lagi peryataan yang dikeluarkan oleh lelaki tu. Masa tu saya keluar dengan aunty, uncle dan kak jes. Kita selalu dengar lelaki cakap camtu bila nampak perempuan cantik, comel comel dan keayuan. Ya la kan, nama pun lelaki. Teruja bila tengok gadis macam tu.

Itu yang siap nak bersumpah segala. Lelaki tu berangan kalau dapat perempuan cantik itu maka beruntunglah.

Alahai lelaki sekalian...

Tolonglah jangan memper____kan diri korang dengan keluarkan pernyataan cinta lagi. Hari ini tengok dia bolehlah cakap macam bidadari. Esok-esok biasa saja pula. Tak ada beza dengan yang lain. 

.............

Monday, July 04, 2011

Sesuatu Yang Mampu Merubah Hidup

 
Assalamualaikum dan Hello :))

Tak tahu nak tulis apa untuk intro. Terus kepada isi or body saja kay. Kita kena pelajari sesuatu dalam hidup kita. Betul, semua orang akan belajar serta mempelajari sesuatu yang akan merubah hidup kepada yang lebih sempurna. 

Apa yang perlu kita pelajari? Itu semua terpulang kepada mereka yang memilihnya. So, bacalah post kat bawah ni.


Pandanglah segala sesuatu daripada kacamata orang lain. Apabila hal itu menyakitkan hatimu, ia mungkin menyakitkan hati orang lain.

Kadang kadang bila kita nak cakap sesuatu itu, kita kena fikir level orang lain juga. Jangan kita fikir semua orang sama standard dengan kita.

Jangan kerana kau itu, seorang yang kaya, berpelajaran tinggi, kau nak cakap ikut suka saja. Lecturer pernah pesan dulu kalau korang jadi doktor tak payahlah nak berlagak sangat. Jangan sampai patient pun korang nak hentam dengan teori teori sains korang. *sama waktu dengannya lah*

Kita kena letak diri kita sama dengan orang itu. Jangan sampai terkata apa apa yang menyakitkan hati. Orang selalu nak tengok sesuatu bagi pandangan dia saja means pandangan sendiri. Macam mana pula dengan orang lain? Kalau kita sakit hati, kita bising bising. Tapi kalau sakit hati orang pula macam mana pula?

Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergi ke tempat tempat yang kamu ingin pergi. Jadilah seperti yang kamu inginkan, kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal hal yang ingin kamu lakukan.

Manusia kadang kadang selalu takut untuk mengambil risiko. Takut pada kata kata negative orang. Kalau korang nak tahu, kadang kadang kita tak dapat jadi diri sendiri kerana kita takut pada orang lain. Kita takut kita malu. Apabila kita buat sesuatu, selalu fikir orang lain akan ketawakan kita. Lepas itu kita pula jadi down, dan itu sebenarnya salah sama sekali. Kita hidup sekali, peluang kadang kadang tak datang selalu. So apa salahnya kan? Jadilah apa yang kita nak jadi.

Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalunya memiliki hal-hal yang terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.

Sungguh benar, nak jadikan hidup kita ni happy. Tak semestinya kita kena kaya raya, dapat husband handsome gila, naik kereta force, lepas study pula first class and apa apa sajalah.Semua orang semestinya nak yang terbaik tapi tak semua kita dapat. Walau apa pun, itu tak bermakna kita tak dapat nak bahagia.

Orang naik basikal pun kadang kadang hidup lebih bahagia daripada mereka yang naik bmw. Kadang kadang orang cacat lebih bahagia daripada orang yang sempurna segalanya. Sebab dia pandai dan bijak gunakan peluang yang ada.

Saya mengaku. Saya orang susah. Semua nak tak dapat. Walaupun parents saya.. Saya tak macam anak anak orang kaya yang selalu dapat yang terbaik. Saya biasa biasa saja. Tapi setiap orang ada kelebihannya yang tersendiri, begitu juga dengan saya. Kita adalah kita. Jangan pernah kita fikir susah. Kalau kita fikir bodoh, maka bodohlah kita. Bukan susah nak jadi susah kalau kita tak fikir sebaiknya, tapi bukan juga senang nak jadi senang kalau kita tak pandai gunakan setiap peluang.

Kebahagiaan tersedia bagi mereka yang menangis, mereka yang disakiti hatinya, mereka yang mencari dan mereka yang mencuba.

Dulu saya selalu menangis. Saya takut untuk menghadapi masa hadapan. Tapi kita kena kuatkan semangat. Sebab itu dalam hidup ni, kita jangan pernah putus asa. Kadang kadang bila kita putus cinta, kita rasa dunia dah tak ada. Kita mengamuk, kita jadi macam orang gila, tapi sebenarnya kita kena yakin bahawa semua yang terjadi ada hikmah disebaliknya.

Kenapa kita perlu menangis? Kenapa kita rasa susah pada hari ini? Kenapa? Itu kita kena fikir..

Mungkin bila suatu hari kita dah hidup senang, kita akan jadi lebih bersyukur. Dan bila kita tengok orang susah macam kita dulu, kita pun fikir. Patutlah tuhan bagi kita susah dulu. Sekurang kurangnya kita faham keadaan orang itu.

Bila kita jatuh, kita bangun. Biar berjuta kali, kita kena bangun. Jangan pernah putus asa. Selagi diberikan kudrat, kita harus mencuba dan terus mencuba. Kalau gagal, kita kena cuba juga. Sebab, kekadang kebahagiaan yang kita dapat itu selepas kita gagal berkali kali.

Kesimpulannya,
Setiap benda yang berlaku, kita belajar, belajar dan terus belajar. Belajar daripada kesilapan kita juga kesilapan orang lain. Belajar sampai puas. Jangan pernah fikir kita tidak mampu nak lakukan sesuatu hanya kerana ada orang cakap kita tidak mampu.

Dan tak menjadi satu kesalahan kita fikirkan diri kita. Tapi tak salah juga kalau kita fikirkan orang lain.

Terima kasih kerana membaca.
Nak komen pun boleh. :)) 
*post share from Kak N*

Saturday, July 02, 2011

Saya mengaku, Saya Salah


Sejak kebelakangan nih saya selalu buat salah. Bercakap tentang kesalahan, totally semua manusia pun suka buat salah kan.? *saya saja* Dan lagi salah bila ada yang tak suka minta maaf. Tapi belum lagi sebut pasal masalah untuk memaafkan yang salah. 

Saya sebenarnya tergolong dalam kalangan yang tak suka minta maaf dengan orang. Bukan apa, kadang kadang saya rasa bila minta maaf ada sesetangah orang tu ketawa kat belakang kita. *bersangka buruk nih* Cuma beberapa perkara saja saya buat kalau nak minta maaf.

  • saya akan perhatikan kalau irang tu masih marah atau tidak. Kalau tak, saya buat buat bodoh like nothing happened before. 
  • Mendiamkan diri. 
  • Kalau still marah, saya akan guna pelbagai medium like message, facebook or skype. erk? As long saya tak jumpa orang tu.
Tapi serius bila saya rasa saya buat salah, saya tak boleh tidur lena. Asyik nangis saja. Saya tak tahu macam mana nak bercakap. Jangankan cakap, tegur pun tidak. 

And lagi satu, kalau ada kawan kawan yang lambat balas mesej sampai berjam jam, berhari hari. Jangan sesekali think bad about them. *pandai saja bagi tips, padahal saya sendiri* Just find out what really happen.

Bila sudah bermaafan memang normallah dah tak macam dulu. Tapi usah bimbang, lambat laun semuanya akan jadi seperti sediakala. InsyaAllah. :)


Tuesday, June 14, 2011

Nampak sangat kau jealous


Assalamualaikum dan Hello :)

Hai semua. Aha sekali lagi nak greet. Setelah sekian lama saya tak post khabar, cerita, tips ataupun sebagainya dekat blog saya yang tak famous macam blog dia. Yalah, bukan ada orang yang nak baca pun. Sekarang ni saya tengok dah ramai yang nak berblog. Bagus bagus, ada jugak yang boleh dibaca untuk hari tua nanti. Macam Si Pencinta Panda. Hehe. Okaylah, ni ada cerita sikit, cerita kelakar, situasi  sesetengah orang Malaysia, orang Melayu. Ya! orang kita.



Nak jealous, jealous lah kome. Ada aku kesah!


Saya bukan nak kutuk lah, tapi
Dulu dia tak cantik. Sekarang nampak cantik sikit, dah pakai produk mahal-mahal, memang lah.

Saya bukan nak kutuk lah, tapi
Kau ingat muka dia tu licin sangatkah? Cantik sangatkah? Cuba kalau dia tak pakai make-up. Entah entah buruk daripada hantu lagi.

Saya bukan nak kutuk lah, tapi
Tak kan tak tahu. Dia tu bukannya anak orang kaya. Tapi boleh pakai baju cantik cantik. Boleh pakai tudung cantik cantik. Ni mesti ada orang bela kan. 

Saya bukan nak kutuk lah, tapi
Kenapa banyak sangat yang dok usha dia hah? Saya tengok dia takda lah cantik mana pun. 

Saya bukan nak kutuk lah, tapi
Dia tu tak belajar pun. Tapi boleh dapat keputusan gempak. Kau tak rasa pelikkah?

Saya bukan nak kutuk lah, tapi
Dia tu dulu bukannya pandai sangat pun. Tengok tengok dapat kerja best. Alah pakai kabel lah tu. Tak hairan pun.

Saya bukan nak kutuk lah, tapi
Saya selalu nampak dia keluar dengan lelaki. Mesti ada yang tak kena ni.

Saya bukan nak kutuk lah, tapi
Dia tu perasan bagus, perasan lawa. Kalau dia tak perasan takkan lah dia letak banyak banyak gambar dia.

Saya bukan nak kutuk lah, tapi
Saya memang tak suka dia. Tak tahulah kenapa, tapi aku meluat tengok muka dia. Meluat tengok gaya dia. Saya meluat tengok blog dia. Harap muka tapi macam haram.

Saya bukan nak kutuk lah, tapi
Ya! Memang kau bukan nak kutuk. Kau sedang puji kan?
Tengok orang lain happy. Mulalah kau nak jeles kan. You jeles, admit it. Ahaha. Gembiranya saya.

Korang, Pernah tak korang dengar ayat ayat di atas. Pernah kan? atau selalu kan? atau korang pernah kan? atau korang pernah jadi seperti orang-orang diatas? So, cuba korang bagi tahu saya. Kenapa mesti ada: Saya bukan nak kutuk lah, tapi. Sebenarnya memang nak kutukkan? Tapi kalau nak cakap kutuk nampak sangatlah jealous dekat orang tuh. Sajalah korang guna saya bukan nak kutuk. Biar cover sikit. Takda lah orang perasan situasi korang sebenarnya.

Come on lah guys. Stop talking bullshits about others. Wasting your time. 
Kenapa nak susah susah fikir fasal orang lain? Kau tak penatkah hah?

Kadang kadang memang kelakarkan orang macam ni. Saja nak serabutkan otak. Ada sesetengah orang tu, hari hari cakap fasal orang lain. Hari hari kutuk orang lain. Kadang kadang orang yang dia kutuk tu lah dia akan minta tolong. Kadang kadang orang yang dia kutuk tu langsung tak kenal dia atau langsung tak kesah fasal dia. Orang yang dikutuk tu lah jauh ke depan tapi orang yang mengutuk tu, tak berubah pun. Situ situ jugak. Huh. Whatever. 

Terinspirasi daripada blog Kakak Nurul.

Tuesday, May 31, 2011

Gadis : Tanda Kau Dah Terlalu Lama Single




Hari itu saya ada baca tentang entri ni. Agak kelakar juga tapi mungkin ada betulnya. Siapa tahu kan. Hihi.
okay, jom baca !

1) Kau rasa sedikit jealous bila kawan kau dapat sms/call daripada pakwe.
Saya tahu. Kau mesti cakap tidak kan? Kan? Mesti kau cakap kau tak kesah. Kau boleh hidup sorang-sorang. Takda lelaki pun kau boleh jalan dengan hidup kau. Pastu kau bagi alasan kau ada family, ada kawan-kawan. Hello itu lain tahu? Tapi taka pa, saya tahu jauh di sudut hati kecil kau tu mesti terselit perasaan nak ada pakwe juga kan? Cuma kau ego tak nak orang tahu, tapi awas kadang-kadang orang boleh detect  jugak bila tengok dari tingkah laku kau tu.
2) Mula menjinakkan diri untuk berhias
Alahai, bila kau dah terlalu lama single mesti kau aka nada satu perasaan nak berhias. Alah nak lawa-lawalah. Bukan apa, nanti sampai satu tahap kau mesti akan rasa tak ada orang yang nak kat kau, then masa tu lah kau mula berhias-hias, pakai make-up, dress up dan segala macam yang kau rasa boleh buat orang tertarik dengan kau. Yalah kau kan dah single, tak salah kalau kau nak test market kau. Semua orang berhak begitu jugak dengan kau.

3) Kau mula berasa tabah dalam kehidupan
Alah maklumlah kau kan hidup menbujang, perempuan pula tu. Mestilah kau akan rasa tabah dalam menghadapi kehidupan yang penuh pancaroba ini. Kau tak kan peduli apa orang cakap sebab kau nak buktikan yang kau singe pun kau boleh hidup kan. Kau akan mula menceritakan ketabahan kau dalam melalui kehidupan single ini. Mana lah tahu ada lelaki yang terharu dengan cerita kau, lalu kau mendapat seorang pakwe. Hehe.
4) Berat badan kau makin naik
Hah, mesti kau tak percaya kan. Tapi tak mustahil boleh terjadi. Kau kan single ap kau kesah. Bukan kena jaga badan. Kau rasa tak perlu pun semua tu.
5) Internet menjadi teman setia kau
Bila dah single nak tengok henpon pun jadi malas. Bukan ada yang nak call ke mesej ke. Jadi kau pun surf lah internet kau mula cari kawan-kawan dekat situ. Kau kan single tak ada sapa nak marah kalau kau nak cari jodoh dekat situ sekali pun. Tapi aku nak ingatkan dekat kau jangan stalk ex-boyfriend kau dah la. Nanti kau yang makan hati tengok dia bahagia dengan awek baru.


Sabah: Dulu kamilah pemenang Unduk Ngadau


Sebelum tu, saya nak bagi ajar sikit.
Maksud saya, nak ajar loghat sabahan.
Hehe. Nak tunjuk dekat kamu semua saya ni pandai.
Yang simple-simple ja. 

limpas
*lalu
A  :bulih sia limpas?
     boleh saya tumpang lalu?
B  :limpas di dapan bah
     lalu kat depanlah.

bah
*sebagai kata penguat dan kadang-kadang bermaksud 'ya'
A  :Tolong beli nasi.
B  :Bah.

tuunaa
*kata arah dan tunjuk menggunakan mulut.(bibir dijuihkan atau dimuncungkan).semakin jauh,semakin panjanglah perkataan tersebut diungkapkan.
A   :Mana bapa kau?
      *Ayah awak katna?
B   :Tuuunaaa..
      *Kat situ/Tu.

limpang
*baring.
A   :sia maw limpang-limpang di sini lah.
      *saya nak baring kat sini.

bubut
*kejar
A   :Sia bubut kau sana.
      *Saya kejar awak kat sana.
B    :Janganlah bubut sia.
      *Janganlah kejar saya.

injak
*pijak
A   :Jangan injak kaki sia
      *Jangan pijak kaki saya

nda
*tidak
A   :kau mau makankah?
      *Awak nak makan ke?
B    :Nda la.
       *Tak nak lah.


Ha, sebenarnya saya nak cerita yang ni. Tak ada kena mengena dengan tajuk post pon. Da agak lama jugak saya tak tengok pesta ni. Kalau dulu masa kecik-kecik tak pernah miss sebab apa? Dulu sekolah kitaorang selalu dijemput untuk buat persembahan tarian sumazau, tarian suku kaum kadazandusun. Memandangkan sekolah saya dulu sangat famous amos dengan tarian ni. Masuk pertandingan ja mesti dapat nombor satu. Sampai sekolah-sekolah lain pun agak gerun join pertandingan. Eya lah, sampai peringkat kebangsaan, kategori sekolah rendah lah. Lima tahun berturut-turut dapat johan since saya darjah dua hinggalah darjah enam. And sambung pula dengan generasi adik saya bertahan selama dua tahun. Memang tak boleh nak tanding dengan akak dia. Kikiki. Hurmm betapa keciknya saya masa tu. So, nampak tak keayuan saya dekat situ? Hihi. Bukan senang tau nak jadi penari ni. Banyak benda yang perlu dipelajari dan saya sangat bertuah kerana pernah belajar tarian tu. Terima kasih Cikgu! Specially to Puan Rosemay Chan Boik (Mantan Guru Besar) and Puan Johana Kong (PK Koku).




Salah satu news yang saya rajin nak scan. Okay untuk menunjukkan saya ingat rakan-rakan penari dulu saya listkan balik nama diorang
Dari kiri : Norjali, Mastina, Fredyster, Diyana (saya), Badri, Rosniza.

Yeah, i remember okay. Ni bermakna daya ingatan or memori jangka masa panjang saya masih berfungsi dengan excellent. 


Nak tahu mana saya. Sila cari budak yang kelihatan sedikit mengada-ada tapi cute. :))
itulah saya.

p/s: Saya bangga kerana pernah mengaharumkan nama sekolah since sekolah rendah. I Love SK Kituntul Ranau.





Aktiviti Saya : Keluar

Assalamualaikum dan Hello 
:)

Aktiviti kelmarin saya keluar jalan-jalan dengan (sebut satu-satulah)
aunty and uncle
abg chacha, alfi and tyra
dan seperti beberapa gambar untuk tatapan.
Haha. Macam ada je orang nak tengok.
Tapi saya tak kesah pon, sebab ini blog saya yang punya.
Saya nak letak apa pun, saya punya suka lah kan.
Hehe. :))




Muka saya nampak tembam. Adoi.


Kepala transformer.

Gambar ni diambik untuk menjeleskan kazen dekat tawau. Adik Mamat.

Budak ni kawaii. Tyra panggil dia taknak layan pon. Tapi bila saya kuarkan kamera terus datng dekat.
Siap peluk-peluk lagi.

 ini cousin saya. badan dia da macam bonzer.





Saya tak nak cerita panjang-panjang. Apa yang penting, aktiviti ni sangat memenatkan sebab sambil keluar berjalan-jalan kitaorang juga bersenam. Untuk mencapai tahap seseorang yang normal dia perlu berjalan ataupun melangkah sebanyak 10K. Tapi rasanya da lebih. Fuhh, serius lenguh kaki. Rasa macam nak pakai selipar jepun pun ada. Konklusinya, objektif kami tercapai. :))



Friday, May 27, 2011

Story: Kalau Perempuan Cantik dengan Tak Cantik. Lelaki?

Assalamualaikum dan Hello :))
Ingat lagi tak entri saya Bila Lelaki Handsome dulu. Kalau nak tahu, ini kesinambungan daripada cerita tu.

Apa pendapat korang?


photo by google

:D

Kalau perempuan cantik pendiam
Lelaki akan kata: Wow! Ciri-ciri isteri idaman.
Kalau perempuan tak cantik pendiam
Lelaki akan kata: Sudah la tak cantik tak reti berkomunikasi agaknya.

Kalau perempuan cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: Mesti ada krisis ni. Kesiannya.
Kalau perempuan tak cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: Sudah la tak lawa,perangai pulak macam sial!

Kalau perempuan cantik menolong lelaki yang kesusahan
Lelaki akan kata: Wow! Heroin sejati.
Kalau perempuan tak cantik menolong lelaki yang kesusahan
Lelaki akan kata: Hmm.. taktik nak ngorat la tu.

Kalau perempuan cantik dapat lelaki handsome
Lelaki akan kata: Ok la bagai pinang di belah dua.
Kalau perempuan tak cantik dapat lelaki handsome
Lelaki akan kata: Kesian, mesti dah kena bomoh lelaki tu.

Kalau perempuan cantik di tinggal kekasih
Lelaki akan kata: Buta kayu betol mamat tu!
Kalau perempuan tak cantik di tinggal kekasih
Lelaki akan kata: Patut pon kena reject.

Kalau perempuan cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: Entah dato' mana bela ni.
Kalau perempuan tak cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: Mesti anak org kaya ni.

Kalau perempuan cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: Wah. Caringnya.
Kalau perempuan tak cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: Eleh, gedik la tu.

Kalau perempuan cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: Don't worry,i will make u happy forever...
Kalau perempuan tak cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: Sikit-sikit nangis! Gembeng betol. Ngada-ngada lah.

Kalau perempuan cantik pandai masak
Lelaki akan kata: Sudah lah lawa, pandai masak pula tu.
Kalau perempuan tak cantik pandai masak
Lelaki akan kata: Entah sedap ke tidak tu.

Kalau perempuan cantik main-main miskol
Lelaki akan kata: Syoknya!! Rindu lah tu.
Kalau perempuan tak cantik main-main miskol
Lelaki akan kata: Ko ni takda keje lain ka??! Sibuk ni tau tak!!

Kalau perempuan cantik hantar email hari-hari
Lelaki akan kata: Sukanya!
Kalau perempuan tak cantik hantar email hari-hari
Lelaki akan kata: Asyik-asyik email dia. Boring!

Kalau perempuan cantik main mata
Lelaki akan kata : Pergh, dia syok kat aku kot.
Kalau perempuan tak cantik main mata
Lelaki akan kata: Eerkk gatalnyer pompuan ni.

Kalau perempuan cantik membebel
Lelaki akan kata: Kenapa nie sayang.? I ada buat salah ke?
Kalau perempuan tak cantik membebel
Lelaki akan kata : You ni membebel jew keje nya? Tak penat ka.

Kalau perempuan cantik merajuk
Lelaki akan kata : Meh sini I pujuk. tadaa!! Ada present untuk you.
Kalau perempuan tak cantik merajuk
Lelaki akan kata: Lantak ko lah. Malas aku nak pujuk.

Bila perempuan cantik takda duit
Lelaki akan kata: Nah, guna duit I nie. Tak payah bayar ok.
Bila perempuan tak cantik takda duit
Lelaki akan kata : Sorry, I pun tengah kering nak bagi pinjam kat you.

Bila perempuan cantik terjatuh
Lelaki akan kata: Sini I tolong angkatkan you.
Bila perempuan tak cantik terjatuh
Lelaki akan kata: Ahh, dah jatuh tak reti-reti nak bangun sendiri.

Bila perempuan cantik pakai seksi
Lelaki akan kata: Perggh! 100% hot! Terbaik dari ladang.
Bila perempuan tak cantik pakai seksi
Lelaki akan kata : Alah, harap body ja lawa. Muka? Hmm…

Kalau perempuan cantik main kayu tiga
Lelaki akan kata: Muka lawa. Patut lah.
Kalau perempuan tak cantik main kayu tiga
Lelaki akan kata: Tak padan dengan muka tak lawa. Jantan nak ramai.

Kalau perempuan cantik rajin buat kerja
Lelaki akan kata : Untung sapa dapat, sejuk perut ibu mengandung
Kalau perempuan tak cantik rajin buat kerja
Lelaki akan kata: Nak tunjuk rajin lah tu, ermm..

Kalau perempuan cantik perpendidikan tinggi
Lelaki akan kata: Entah dia pandang aku ke tak, dah la cantik, pandai pulak tu..
Kalau perempuan tak cantik perpendidikkan tinggi
Lelaki akan kata: Nasib baik ada pelajaran kalau tak.

Nota Si Kecik : Mesti korang fenin-fenin baca entri ni kan. Hihi. Kalau suka jangan segan nak share okay. :)
keep in touch, DiyanaTjuman

Thursday, May 26, 2011

Salah Potong


Teringat Masa Dulu

Kejadian dalam makmal biologi. Suka sangat nak memotong, nak membedah sampai tersalah potong sudah. Kesian kat Mr. Rat. Al-Fatihah. Tapi memang tikus itu akan jadi korban sebab tak ada harapan pun hidup. Serius tak tipu. Tanyalah kat budak-budak yang lain. :))




Tengok berapa banyak jarum aku cucuk. Sampai boleh dengar dan rasa 'crack' tulang mr. rat. Korang nampak tak? Aku tergunting rib cage dia. Excited sangat nak membedah. Hukhukhuk.
Bila sample sudah tak berapa nak lawa juga sidikit rosak, aku pun passing kerja tu dekat orang lain.
So partner aku pun jalankanlah tugas beliau. :)




Semua organ mr.rat perlu dikeluarkan. Sebelum tu kita orang sempat rasa jantung dia still berdegup-degup.
Ada jantung, ada hati, ada intestines. Ingat lagi tau! Lepas tu, kena kupas pula kulit dia. Hek3. Bila tangan aku masuk campur balik. Agak-agak korang apa akan jadi?




:(




Si tukang bedah. 


Dulu Belajar Saja


Assalamualaikum dan Hello 


Dulu masa belajar dekat Kolej Matrikulasi Labuan, saya study saja. Tapi macam tak pandai-pandai juga. Haha. Adakah patut kau cakap macam itu. Astagfirullah.
Biarlah gambar menceritakan segalanya.



Ha itu dia. Buku makmal kimia bersama kalkulator tercinta. Tanpa kau tak pandailah aku dalam matematik. Tapi kalau aku salah tekan pun kau bukan reti nak bagi tahu. Lepas tu, buku tutorial matematik. Aku suka kira-kira. Dalam fail pink tu, semua soalan-soalan matematik. Aku selalu kena denda gara-gara subjek ni, ya lah macam mana tak kena denda tak siapkan kerja tutorial. Memang tebal mukalah. Tak boleh kira da berapa kali kena denda. Hihi. Gambar ke-3, gambar buku teks matematik yang aku beli. Tak baca pun tengok-tengok saja.



Tengoklah betapa malasnya aku sekarang ni, nak rotate gambar pun susah. *Macam penting sangat. Okay, first, Revive dan Jam. Kalau nak study saja mesti ada minuman dan makanan. Tak bestlah kalau tak makan-makan. Second, suppliments aku. Masa nak exam barulah aku sibuk nak makan. Bukannya nak amalkan pun. Last, kertas kajang dan juga pen. Mestilah untuk aku menulis.