Thursday, March 10, 2011

Kita Suka Menbandingkan Diri Dengan Orang Lain

Assalamualaikum & Hello
buat blogger-blogger yang dihormati

Hurmm satu lagi persoalan yang hendak dipertikaikan.
Kemana sahaja kita pergi.
Pasti dan pasti kita akan berjumpa ramai orang.
Dan kadang kala kita terfikir.

Alamak..
Kenapa dia lagi cantik dari aku?
Kenapa dia lagi hensem dari aku?
Kenapa orang itu gaji dia lebih besar dari aku?
Kenapa kereta dia lebih besar dari aku?
Kenapa dia tinggi aku pendek?
Kenapa gaji aku lagi kecik dari dia?
Kenapa.. kenapa.. kenapa?

Kita merasakan orang lain lebih beruntung dari kita.
Hidup rupanya bertambah resah gelisah.
Sering melihatkan apa yang dimiliki orang lain daripada apa yang dimiliki sendiri.
Tidak merasakan apa yang Allah beri itu adalah terbaik untuk diri.

Dan mulalah
Bedah sana, bedah sini.
Yang penyek dimuncungkan.
Yang gelap di putihkan.
Nak lawa dari orang lain
Akhirnya diri merana.
Oleh sebab tidak bersyukur dengan apa yang ada..

Cerita 

Seorang ibu terapung di laut kerana kapalnya karam.
Tapi yang pelik.
Makcik ni bahagia sahaja.
Kenapa ya??

“Mak cik mempunyai 2 org anak lelaki. Yang pertama sudah meninggal, dan yang kedua hidup lagi dan tinggal di Johor. Kalau makcik terselamat, makcik bahagia kerana dapat berjumpa anak kedua makcik di Johor. Tetapi jika ditakdirkan makcik meninggal, makcik juga bahagia kerana akan berjumpa anak mak cik yang pertama di syurga”

Hidup akan lebih bahagia kelau kita menikmati apa yang kita ada..

"ubah dirimu.. maka Allah ubah yang lain-lain"

rujukan : Tarbiyah Dzatiyah
Paradigma Sukses
Menjadi sebaik-baik manusia
m/s 43 - 44

share from one of blogger in Malaysia.
forgot to save the link.
sorry for that. :)

No comments:

Post a Comment