Friday, April 27, 2012

TaeKwonDo Tour: UNISZA, TERENGGANU (part 1)

MAJLIS SUKAN UNIVERSITI MALAYSIA
MASUM SIRI III
TAEKWONDO/RAGBI/SEPAK TAKRAW
27 - 29 APRIL 2012
UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN, TERENGGANU.



Bismillahirrahmanirrahim. In The Name Of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers.

******
Alhamdulillah terima kasih pada Allah kerana dengan izin-Nya dapat lagi aku membawa balik medal buat UPSI tercinta. Kalau masum sem lepas boleh bagi perak dan gangsa, masum sem ini pun sama juga. Hihi. Bersyukur. Terima kasih juga buat mammy yang harinya diganggu pada hari kejadian dengan panggilan call anaknya yang yang tak putus-putus nak minta kata-kata semangat. Hehe. itu WAJIB. Apa-apa pun mesti cari mak. Thanks Mom!! Dibawah adalah gambar-gambar kenangan yang dicilok daripada girlfriends dan boyfriends. :)

SILVER MEDAL
FIN WEIGHT CATEGORY
from me for upsi



Ha yang ni dipanggil bout chart individu. Ahaks.
Entah dah macam apa. hancur tapi still tempek dalam diary.
tu aku tak kesah tapi yang aku kesah nama daddy aku tu salah wei.
TJUMAN bukan ijuman.
selalu je macam tu. ni start nak hot ni !
huh ! hampeh. I hope that kind of penulis or penaip kena pakai kanta untuk membaca
tak kan huruf T dengan I tak boleh beza ?
HUH !

breath in breath out
ambil mood balik
(^___^)


jom jogging !
motif turunkan berat badan
kesianlah yang berat belum in
termasuklah aku sekali. rasa mau nangis.
last-last aku buat trick untuk kurangkan berat badan tanpa jogging.
HAHA

mulanya ambil gambar kenangan dulu

jogging tanpa rasa belas kasihan terhadap diri sendiri
dalam hati meraung menyumpah, bila mau habis daa
HAHA

ni aksi nenek nenek si bongkok tua
macam orang tengah tahan sakit perut. macam mau berak kali
aku pun lupa kenapa

apa salah aku, tetiba je si faiz tu jelir lidah kat aku
dah lah sakit perut ni.

lepas tu makan kat kedai ni
ehehe
"Mak Kita Marah Jual Mahal"

yeeehaa! weight gua in dengan jayanya !
hoyeh ! hoyeh !
bolehlah pi makan banyak-banyak lepas ni.

mencari makan di negeri perlis
kena makan sebab esok ada game
tak boleh skip makan hokay !

GET READY FIGHTER !!



bersama Elaine Teo. Malaysia Taekwondo Athlete. 
tapi sayang dia dah bersara dan officially sekarang ni merangkap jurulatih UPM.
Retired atas sebab injured pada lutut dan lengan. 
Dia sempat bagi tengok lagi jahitan opperation tu. Sakit weyh tengok.!

GOOD JOB FIGHTER UPSI !!

yang gambaq besaq kat atas tu coach kitaorang. tak putus-putus bagi semangat dekat kami.
terima kasih coach :)


menang besar masum sirkit iii dekat unisza
pak pak pak, hebat !
aku pasti orang-orang yang ada dekat situ pasti gerun dengan sorakan team taekwondo upsi
inilah zaman kegemilangan upsi taekwondo
upc, upc, upsi, upsi !


oh ya, thanks kepada kakak ct as (kakak pakai inner tudung biru) sesungguhnya dirimu begitu berharga
atas kerajinan beliau maka banyak gambar yang boelh dijadikan kenangan
lepas tu siap edit pula. thanks kak siti

bersambung di entry part 2

with love,
DiyanaTjuman

Sunday, April 08, 2012

Cuti bermula. Jom balik kampung.


Assalamualaikum

Yeppiii!! Cuti bermula. Rehat sekejap sebelum masuk detik terakhir semester depan. Sekarang ni blok blok kolej sudah sunyi. Sudah mulai kosong jam demi jam. Tambah lagi roomate sudah berangkat balik kampung saudara dia. Oh, terasa bilik nombor tiga yang sekecil-kecil ini amat besar untuk aku sorang. Dah tak macam bilik ______ rasa macam bilik master room rumah Aaron Aziz. Ahaa nampak tak hiperbolanya disitu. Nak bagitau semua orang sudah balik kampung, sudah pergi meninggalkan bumi Tanjong Malim. Eyalah, siapa tak seronok kan kalau dapat cuti lagi lagi yang masih belajar macam aku ni. Semua orang berlumba-lumba nak balik kampung. Berebut nak beli tiket. Siapa cepat dia dapat kan. Aku pula beruntung sebab aku ada aunty and uncle yang sayang kat aku datang amik aku dekat kolej ni. Selamatkan aku daripada mangsa kebuluran dekat sini. Love you. Jasamu dikenang :)

tak sabaq nak balik dah ni. tak sabaq nak makan nasi lima pinggan. tak sabaq nak makan ayam. ikan. sotong. udang. ikan masin. sardin. tomato. terung. bendi. dan yang paling penting nak pi gym. pftttt..

cuti cuti juga assignment tak boleh lupa. memang betul, holiday dan assignment tak boleh dipisahkan. so, apa yang aku kena buat. packing bersama assignment yang perlu disiapkan. walaupun aku akui tak semua kerja yang aku plan nak siapkan boleh disiapkan dengan jayanya semasa cuti. wekkk. tapi itu tidak mengapa. abaikan fikiran negatif seperti itu. sekurang-kurangnya aku mencoba bukan. hihi. 

baiklah ucapan kepada semua rakan rakan diluar sana yang dah sampai kampung tu, enjoy your holiday ya. Jaga kesihatan diri. Jaga keselamatan diri. 

Selamat bercuti korang semua.


Friday, April 06, 2012

Taekwondo Tour : Unimap, Perlis

MAJLIS SUKAN UNIVERSITI MALAYSIA
MASUM SIRI II
TAEKWONDO/RAGBI/TAKRAW
29 MAC - 1 APRIL 2012
UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS, PERLIS.

Kali ni aku tak jadi player seperti game game yang lepas. Aku cuma just join tengok and of course support them. and yang besh-nya dapat jadi second manager. Haha. manager-lah sangat kan. Gambar lebih semasa berada di Padang Besar. :)


sorry diary, folder gambar for masum sirkit ii at unimap perlis had gone.
no no no, later check dekat pendrive yang entah mana dah.
all is well
InsyaAllah ada.

update soon.





Taekwondo Tournament : UMP, Pahang

MAJLIS SUKAN UNIVERSITI MALAYSIA
MASUM SIRI 1
TAEKWONDO/TAKRAW/RAGBI
24 - 26 FEB 2012
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

Setelah beberapa hari beberapa minggu dan hampir berbulan baru hari ini mahu mengada mengedik upload gambaq. Simple update saja. Hari itu kan aku diberi peluang mewakili universiti dalam sukan taekwondo.  Kategori paling hengan sekali. Tengoklah badan aku macam mana kan. Alhamdulillah juga aku masih dapat menyumbangkan pingat walaupun pingat gangsa. At least ada juga kan. Yeppi.

Bronze Medal
Fin Category
from me for upsi



Dear Diyana, bukan senang nak mencapai kejayaan dengan usaha yang sedikit. Ya itu aku tahu. Sekian terima kasih. Oleh itu rajin-rajinlah kau turun training. Aku bukan apa, aku malas nak tunggu bas naik bas turun bas tunggu bas naik bas turun bas balik bilik terbabas terus atas katil. Haikk. Siyesh weyh. Letih. Dan ayat sesuai untuk aku, "Hendak seriubu daya tak hendak seribu dalih". Okay!! Haha.


team poomsae
cute tak cute tak (^__^)

Nah ambik kau penyorak penyokong penyaiko. setiap saat setiap minit asyik menjerit. pong pang pong pang. pot pet pot pet. ramai orang tak suka tapi aku suka. biarlah kau tak suka pun. 





nampak tak nampak tak. kegembiraan kitorang masa ini. hampir semua kategori kitorang dapat pingat. nama upsi pun dah naik carta okay :) bangga pengarah pusat sukan kitaorang tau tak. nak nak dia ada dekat atas stage. one of the penyampai hadiah. kalau aku jadi pengarah pusat sukan pun bangga weyh. bertambah-tambah kembang hidung ni.


kenapakah gambar ini bertukar seperti ini? haih. macam burn main dekat pantai je.


" upc ! upc ! upsi ! upsi ! "

Team Taekwondo
Universiti Pendidikan Sultan Idris
keseluruhan Tempat ketiga