Friday, April 06, 2012

Taekwondo Tournament : UMP, Pahang

MAJLIS SUKAN UNIVERSITI MALAYSIA
MASUM SIRI 1
TAEKWONDO/TAKRAW/RAGBI
24 - 26 FEB 2012
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

Setelah beberapa hari beberapa minggu dan hampir berbulan baru hari ini mahu mengada mengedik upload gambaq. Simple update saja. Hari itu kan aku diberi peluang mewakili universiti dalam sukan taekwondo.  Kategori paling hengan sekali. Tengoklah badan aku macam mana kan. Alhamdulillah juga aku masih dapat menyumbangkan pingat walaupun pingat gangsa. At least ada juga kan. Yeppi.

Bronze Medal
Fin Category
from me for upsi



Dear Diyana, bukan senang nak mencapai kejayaan dengan usaha yang sedikit. Ya itu aku tahu. Sekian terima kasih. Oleh itu rajin-rajinlah kau turun training. Aku bukan apa, aku malas nak tunggu bas naik bas turun bas tunggu bas naik bas turun bas balik bilik terbabas terus atas katil. Haikk. Siyesh weyh. Letih. Dan ayat sesuai untuk aku, "Hendak seriubu daya tak hendak seribu dalih". Okay!! Haha.


team poomsae
cute tak cute tak (^__^)

Nah ambik kau penyorak penyokong penyaiko. setiap saat setiap minit asyik menjerit. pong pang pong pang. pot pet pot pet. ramai orang tak suka tapi aku suka. biarlah kau tak suka pun. 





nampak tak nampak tak. kegembiraan kitorang masa ini. hampir semua kategori kitorang dapat pingat. nama upsi pun dah naik carta okay :) bangga pengarah pusat sukan kitaorang tau tak. nak nak dia ada dekat atas stage. one of the penyampai hadiah. kalau aku jadi pengarah pusat sukan pun bangga weyh. bertambah-tambah kembang hidung ni.


kenapakah gambar ini bertukar seperti ini? haih. macam burn main dekat pantai je.


" upc ! upc ! upsi ! upsi ! "

Team Taekwondo
Universiti Pendidikan Sultan Idris
keseluruhan Tempat ketiga

No comments:

Post a Comment