Monday, May 28, 2012

Sebab Kita Kan Kawan


Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.

*******

Minggu ini berjalan dengan pantas. pantas. pantas sekali. Ada yang menggembirakan dan ada juga sebaliknya. Tapi yang sebaliknya tu lagi banyak. Huhu. Nak tahu kenapa? No, no, no. Mana boleh kasi cerita. 

Bukan ni yang aku nak cerita. Sebenaqnya cheq nak habaq dekat u'olls. Hihi. Aritu kan kitaorang outing dekat The Curve. Saja pergi ambik gambar, jalan jalan, ambik gambar, makan makan. Selalu pi lepak dengan aunty, uncle, and my cousin. Kali ni versi bersama kawan kawan sekelas. Dengan menaiki kereta viva silver yang disewa setengah hari RM45. Sumbat saja enam orang dalam kereta tu, muat juga. Pandai-pandailah kan. Ikut jalan darat yang tak berbayar lebih sedap dipanggil takda tol. Because of what, perjalanan perlu dibajet sebaik-baiknya. Kitaorang bukannya banyak duit nak nak pula hujung semester tahu sajalah macam mana kan. Okay, memandangkan aku dah selalu pi situ mestilah tugas aku pandu arah kan. Alaa macam gps gitulah. Tapi hampeh, aku agak pick up sikit kalau lalu jalan yang aku tak biasa. Fuhhh. This is best bro! Sesat, pusing pusing round about, paling best kena hon dengan segala macam kereta. weyh kami sesat okay. tolong faham keadaan kami. kami agak buntu. Kesabaran diuji agak berjam-jam juga. Tapi tak apa yang penting sampai. :))

Misi utama kami adalah untuk bergambar dan search for artis. Ahaa. Dan kami agak bertuah kerana dapat berjumpa dengan Aril Af, Zahid Af, Kilafairy, Adi Fashla and adalah dua tiga orang tu kan. Aku ingatkan adalah adegan nak menjerit nak bergambar or signature. itu cuma dalam tv. yang ni kitaorang buat tak tahu. tengok je lah. misi tercapai ! seterusnya misi untuk bergambar.

*Kedai Haiwan
aku pun tak tahu nama kedai tu. ngee~~








*At The Garden*
tempat ala-ala taman gitu. 
tak kisah lah orang nak cakap apa nak tengok pelik dan menjengkelkan
yang penting kitaorang happy happy


aku suka part ni. lama tak merangkak.
semata-mata nak masuk kat rumah kecik tu ha.

wawa, dah nampak macam gergasi. Oh no!!

cantikkan. siap ada buaian.
cuba tengok ada note "untuk kanak-kanak 20kg kebawah"
tapi yang naik tu double lagi kot. hehe.





terus berjalan

*Restoran Jepun*
????
tak tahu sebenarnya


*Candylicious*
macam macam jenis ceklat ada dekat sini
macam warna macam bentuk. boleh buat buah tangan or hantaran kahwin
tapi fyi aku tak suka makan coklat jadi tak payah buat hantaran ea
owh ya, ceklat tu bukan coklat cadbury ke coklat coklat
tapi gula-gula. okay. :)

muka letih dah ni. tapi still boleh bergambar.



lampu lampu yang menceriakan suasana. erk?
macam tak je an.

*Bandar Utama Toilet*
nama nak gempak je ka
padahal tandas dekat bandar utama
masuk free takda fee pun, so kalau nak membuang hajat ke apa
sama-samalah kita menjaga kebersihan tandas 









ini adalah gadis escalator

terus dan terus berjalan lagi
.
.
.
\/
cari jalan keluar



lepas keluar je kitaorang pergi rumah aunty dekat area area tu jugak.
lebih kurang sejam stay dekat rumah. tunggu aunty balik sebab aku nak ambik aku punya nutrisi tambahan.
ahaha, berat mencecah 44 kilogram meaning berat i around 43 kg something
dah banyak makan hati kot aku ni sampai berat turun dengan mendadaknya
sangat keding okay

dah lah sepet kurus pula kan
whatever lah yang penting bahagia.
*mata pandang atas tangan dekat bahu*

fakta berat ideal aku yang sepatutnya,
162 - 110 = 52 kg
(tinggi) - (aku kurang pasti apa) = berat yang ideal

bermakna aku kena tambah 8 kilogram.
cantik ! makan sajalah kalau macam ni.
makan. tidur. makan. tidur.





hari itu kitaorang sampai kolej around 2 pagi. memang sah sah lah pak guard tahan pastu kena tulis nama. pak guard pula grrrrrr.. bukan garang tapi tegas. tak kesah lah. aku dah mengantuk. jangan dia suruh macam macam sudah. kitaorang tak habis dekat situ, kitaorang kena bungkus pula hadiah untuk friendly sofbol esoknya dengan budak kelas lain. bungkus bungkus balik bilik sangatlah lewat dan berbaki beberapa jam je lagi sebelum matahari terbit. kelas jam lapan pagi.

*******

okay sekarang aku dah betul-betul mengantuk.
selamat malam.


Sunday, May 20, 2012

FINALLY ! SUKMA PAHANG

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. 

*******

Kisah dua puluh orang budak hitam ditolak dua orang maka tinggallah lapan belas orang yang bersama-sama konvoi ke Temerloh, Pahang untuk sesi interview sukarelawan SUKMA, PAHANG. Ahaa macam gempaq. Tanjong Malim --> Temerloh.

muka serabai, pening, nak muntah hijau, mata lebam, mental. semua ada. lebih-lebih lagi lalu jalan genting. hua nak nangis. buat-buat kool je. konfiden weyh. Alhamdulillah sampai destinasi tepat pada waktunya.



fyi, temuduga takda lah susah mana pun. tak payah nak baca sejarah sukma pon, tak payah nak bawa pencil box bagai nak jawab soalan. Ahaa. untunglah siapa yang explore google tu untunglah siapa yang membaca untunglah siapa yang nak exam tuh kan kan. *gelak jahat* Orang yang interview kita pon sporting babe. Best gila. Tengok lah diorang siap nak bergambar dengan kami. hot hot hot..




Perjalanan diteruskan ke rumah seorang rakan sekelas khai,ada makan-makan sikit kat rumah, dia bufday girl. kata orang jauh perjalanan luas pemandangan. tapi perjalanan hari tu terasa amat amatlah jauh. sebabnya perut kami dah berkompang kamping. Acang siap jeling-jeling orang jual ayam golek tepi jalan. Tak habis-habis sebut ayam golek ayam golek. Last lastnya dia terdiam sebab kena marah dengan aku. Tak baik dalam perjalanan dok sebut makanan. *kesian kau bro*

Ha inilah kerja part time aku masa dekat sana. Kumpul kelapa tua. Macam tak pernah nampak kelapa pula. Sanggup weyh berlarian senja-senja tuh semata nak bergambar. Selipar paie pun aku tibai je. macam serabai kaki kecik selipar besar mau lari pon susah. tapi tak apa adidas. :))





aku suka tengok gambar ni. sweet gitu.




Sekian sahaja cerita dihari interview sukma pahang dekat Temerloh hari itu. Dah dekat dua bulan baru upload gambar dekat facebook. Kesian lah kamu-kamu semua. Aku memang camni. Ambik gambar 2,3 bulan baru naik. Kadang-kadang nak ambik gambar pun aku malas. Hihi :DD


Saturday, May 19, 2012

Buat Orang Tak Suka Aku. Kau Berjaya.

Aku selalu jumpa manusia yang suka bermuka-muka. Siapa selalu jumpa? Sila angkat tangan. Manusia jenis ni memang bangsa tak berpendirian. Depan kita dia cakap hal lain, belakang kita lain pula cakapnya. Yang paling best bila mulut dia cakap hal buruk orang pastu canang seluruh alam. Kalau kita betul-betul buat tu boleh terima lagi tapi ni tak. Ini buat aku hangen ok.


Rasa nak sepak je manusia macam ni. Kau ingat kau tu perfect sangatlah. Yarkkkk. Macam ____________ (sila isi tempat kosong dengan ayat yang kamu fikir sesuai). Manusia macam ni takkan berhenti bercakap pasal kita. Dia akan sentiasa cari keburukan kita, salah kita, tambah masalah kita, buat cerita canang sana sini lebih-lebih lagi bila kita ada masalah. Memang tu lah part dia paling suka. Lagi, dia tak suka tengok kita berjaya. Serius aku cakap. Tak suka tengok kita BERJAYA. Nampak tak yang dia jeles dengan kita yang sedikit berjaya. Yes, aku akui kehebatan dia berkata-kata aku akui kehebatan dia pengaruh orang lain. Terbaiklah. What the.? Yang nak dijadikan cerita lagi, manusia macam ni suka minta-minta perhatian orang lain. Tak payahlah weyh, orang tambah menyampah meluat dekat kau. Dengan menggediknya, mengada-ngadanya. Eeeuu. Kesian tak? Aku cukup kasihan 

"kesian kau kan, nah meyh sini ambik sikit femes aku ni". 
*hentak kepala*

Moral of the story, berhati-hatilah bila berkawan. Kadang-kadang ada kawan yang baik depan tapi bila dekat belakang mulut macam longkang, parit, tempat pelupusan sampah, nasi basi, semualah! Kadang-kadang kita tak perasan orang tu ada je dekat-dekat dengan kita. Kita yang tak perasan. Sebab muka dia seakan-akan suci tapi perangai macam haram. Jangan dia fikir aku tak boleh nak bersemuka dengan manusia macam dia lepas semua ni berlaku ok. Aku masih boleh senyum, bergurau senda tapi kurang mesra, makan semeja, bergambar masuk fb dengan manusia tu. Aku boleh ok.

Memang dipenghujung harinya saya akan kecewa dengan perangai kawan macam ni. Tapi, hati saya akan merasa puas sebab dapat luah segala yang nak dimarah dan digeramkan tentang perangai mahkluk macam ni. Sekian terima kasih.


Sunday, May 13, 2012

TaeKwonDo Tour: UNISZA, TERENGGANU (part 2)

part two dipenuhi dengan gambar sahaja. malaslah nak letak ayat-ayat bagai lagi. lepas habis sesi terima medal, mulalah aktiviti bergambar. budak tkd memang macam ni. *senyum sampai telinga*

SESI PHOTOSHOOT TEAM TKD UPSI


i love this picture <3


sayang mereka semua





MAJLIS MAKAN MALAM
SIRKIT III UNISZA TERENGGANU

kalau pernah datang kampus unisza mesti tahu ni dekat mana.
:)







aku pasti waktu tukang ambik gambar tengah gelak sakan




BERSIAR-BERSHOPING DI BANDARAYA
SEKITAR PASAR MAYANG

nak naik beca tapi tak sampai hati tengok acik tu kayuh, kita duduk dalam.






cukuplah. aku pasti lepas ini page aku memang berat.
sekian terima kasih kerana sudi menunggu loading.
terima kasih juga pada yang sudi menggambar.

=]

with love,
Diyana Tjuman