Friday, September 07, 2012

CERITA 3 BULAN LEPAS

flashback
|
|
\/

HOME SWEET HOME


Assalamualaikum my dear online diary.

Alhamdulillah. Sudah kembali ke semananjung tanah air. Sudah dapat balik rumah. Dapat makan free. Tidur atas katil sendiri. Peluk cium si kembar. Gurau manja gurau kasar. Hahaha. Dan macam-macam lagilah. Tapi aku masih belum puas dengan semua tu. Rasanya cuti 3 bulan tidak mencukupi buat diri ini. Nak buat macam mana kan. Hurmm.


Tapi even sekejap, akhirnya terubat juga kerinduan pada kampung halaman tercinta. Dan sejak pulang ke rumah, tiap-tiap hari mamy masak sedap-sedap untuk aku. Bukanlah lauk yang mewah pun. Ikan masin dan lempeng pun sedap untuk aku. Lebih-lebih lagi kalau makan lempeng cecah dengan sambal kicap. Perhhh. 

Mamy memang pandai memasak. Oleh itu, aku kena belajar memasak daripada mamy. Wah! Sudah berangan okay. Apa-apa sajalah aku ini. Sekarang aku dah pandai buat kek coklat ala-ala kek secret recipe itu. Thanks to Aunty Mariana sebab ajar anak buah yang excited nak belajaq ni. Muahhh. Muahhh. Muahhh. Opsss.


Anyway i’ts been a long time tak update dekat blog a.k.a diary pink. Okay, aku sudah mulai meminati dan mencintai warna-warna feminine seperti pink. Tengok header dan background. Hehe. Syabas dan tahniah. Dulu aku menyampah gila dengan colour macam ini. Keep it up sayang.



BERKAWAN BIAR SERIBU



sesampai saja dekat ranau aku roger bff. aku dah sampai! jom keluar. hari first tu just lepak-lepak minum-minum, sembang-sembang biasa lah kan gossip-gossip gitu. pot pet pot pet lama tak jumpa. keesokkannya pula  pergi jalan around kundasang. best gila kot. eyalah kalau dulu jalan sekitar pekan tapi sekarang dah naik kereta. wahh sangat teruja dekat semua ini. nani sekarang dah ada kerjaya sebagai cikgu tinggallah si diyana dengan eqah yang masih belajar. nani dah ada kereta. macam tak percaya dia dah boleh drive. ahaha. hari itu pun dia belanja makan ayam panggang madu. dia oder sepuluh aku rasa aku makan lima bijik. hebat tak? thanks nani. 

aku sayang bff aku sampai bila-bila. sebab itu bila ada orang yang buat diorang tak tentu arah memang sah-sah lah aku akan maki hamun. aku kan jenis yang emosional. that’s why kekadang diorang tak berani nak cerita kalau ada orang buat hal. i know because i notice about that. eh apa aku merepek ini. 



“AMARAN KERAS! JANGAN BUAT BFF SAYA MENANGIS. SEBAB SAYA PUN AKAN NANGIS” 
T__________T



BERCAKAP TENTANG RESULT AKU



seriously result semester keempat ini aku tak berminat nak ambil tahu. biasanya sem-sem lepas, kalau boleh seawal yang mungkin dah menghadap lappy cuba masuk student mysis nak check result. Erk? Macam pernah. Selama ni minta tolong dengan pakwe kot. Aku takda kekuatan nak check-check result ni . Darah rendah la katakan . Ada kaitan ke? Anyway ini bukan cerita hari ini tapi hari-hari lepas. Pagi itu my encik boyfriend call bagitahu yang result sudah keluar. Oh my, rasa berdebar yang tidak terhingga itu memang ada sebab time menjawab exam baru ini, aku memang tak yakin seperti sem-sem lepas. 

TAHNIAH! KEPUTUSAN SAYANG #.&^ 

okay pointer aku turun. but its okay. aku rasa aku turun pointer bukan sebab aku tak pandai or soalan susah cuma aku kurang usaha, malas sangat nak study. Dengar macam nonsense saja kan. Alasan biasa. Dah biasa dengar orang cakap macam ini kan. ye tak? Tak kesah lah ini kisah aku. Hati kata nak study tapi otak langsung tak boleh nak menerima. Bukan hati keras tapi otak ini dah tak lembut macam dulu dah. Siap boleh layan movie padahal esok dah nak exam. Encik bf siap bagi warning lagi belajar, belajar, belajar. Tapi tak, aku sibuk ingatkan orang belajar tapi aku layan 3 idiots nak sepuluh kali aku tengok cerita tuh. 

Alhamdulillah, berkat memaksa mammy suruh buatkan solat sunat akhirnya mendapat keputusan final yang mampu membanggakan ibu bapa sendiri. Walaupun tidak gempak macam korang namun aku bersyukur sebab takda C. Sedaplah sikit mata mamy dady nak pandang kan. Aku tak target tinggi-tinggi, lagi pun aku bukan pandai sangat pun nak aim tinggi-tinggi, setakat boleh buat parents happy & lepas pointer nak dapat ptptn free. Tapi, ada tapi lagi ni, bila difikir-fikirkan balik malu juga dengan diri sendiri. Aku tahu aku boleh buat cuma aku malas sangat nak study. Setiap orang akan ada jatuh bangun dia. Kalau sebelum ni result cemerlang kenapa lepas ni tak boleh cemerlang lagi. The conclusion is never give up and there’s always a hope for person who really want to success. 


Kawan-kawan, 
Doakan kejayaan saya di dunia dan akhirat kelak. 
Saya akan doakan korang semua jugak. Amin.