Friday, November 23, 2012

Sukan IPT Sabah UUM Bola Jaring

Assalamualaikum dan Hello readers.


Ehem. Sebenarnya aku mengantuk sangat tapi entah kenapa time macam ni juga mood nak update belog mendadak tahap maksima. so, aku paksa juga lah kan. 

13 November 2012
Universiti Utara Malaysia

sumber gambar dari si tv plasma
ni gambar masa singgah rnr gurun kalau silap

ya, that day aku terlibat terwakil untuk ke sekian kalinya untuk mewakili SABAHAN + UPSIAN dalam game bola jaring. sejujurnya sebelum bertolak, aku terfikir macam malas nak masuk, tapi disebabkan tak ada orang nak main dan rasa sedikit bertanggungjawab serta terdorong dengan perasaan nak main aku pun join saja. layan. tak best pula kan dah janji buat main tarik tarik diri last minit pula kan. btw, ini kali pertama juga aku join aktiviti ikhsas short form untuk Ikatan Sepadu Anak Jati Sabah. yeah!! you rock bebeh. daripada rasa tak mood mual mual dan nak muntah jadi best gilak pula kan dengan diorang ini. rasa macam berada dikampung pun ada. bila dah kumpul ramai ramai maka keluarlah segala macam bahasa dan budaya bajaunya dusunnya bugisnya. haha. best you. mana mahu cari. (^___^)



wajah ceria dipagi hari. 

pada mulanya aku jadi coach je sebabkan injury masa sukipt tkd hari tu
tapi tetiba jadi beriya pula nak main. kalau dah namanya orang sukan
cuma tu lah aku atlet yang agak emosi sikit. 



Alhamdulillah, Kemenangan Yang Tidak Dijangka


impossible is nothing. sekali lagi aku menekankan ayat ini. tuah ayam nampak dikaki, tuan manusia siapa yang tahu. sungguh, apa yang aku suka tentang sukan adalah keputusan yang tidak dapat dijangka dan semangat untuk tidak mengaku kalah sebelum berjuang. sentiasa ada secebis harapan untuk sang tikus mengalahkan sang gajah. siapa sangka boleh mengalahkan nama nama yang sering digeruni. wahh, macam hebat saja aku berkata-kata semenjak dua menjak ini. ada beberapa perkara terjadi dihari kejadian yang boleh dijadikan tauladan. wekk. 

first, berani kerana benar. bagi aku bila kita berada dipihak yang benar buat apa kita nak takut. ya, memang tidak dinafikan bila kita membuat sesuatu yang salah kita akan mencari pelbagai alasan yang nonsence untuk membela diri. tapi kenalah fikir secara logik benda yang kita nak cakap. sebab dekat sini gak orang boleh tengok tahap pemikiran kita bila sedang bercakap. matured or tak matured. yakkk. jangan main sembur and makan diri sendiri. kata orang, kerana mulut badan binasa. 

second, semua hal kita bawa berbincang. hey guys, dalam hidup ini semua benda kalau boleh kita kena bincang. nak buat apa apa pun kita kena bincang. kita kena fikir sebelum buat sebelum buat keputusan. sebab itu kalau kita tak puas hati kita kena berbincang bukannya nak terpekik terlolong or menyampaikan cerita yang tidak sepatutnya. ehh.

third, pantang landak menyerah kalah. motif. kalau dulu landak sopan santun sekarang versi landak dah boleh berjalan okay. no wonder kalau landak landak semakin berani sekarang ini. aauumm. scene yang paling mencemaskan hari itu, final dua minit sebelum wisel tamat dibunyikan. seorang player jatuh kebumi akibat kekejangan pada bahagian lengan. aku tak pasti sebabnya. mungkin kurang strech pada bahagian itu atau terlalu fatigue akibat game yang berterusan. bila aku tengok muka muka players masa itu almost mentality down. but for me, dalam dua minit macam macam benda boleh jadi. aku yakin dan pasti yang kami boleh. dalam masa itu jugalah, kita sebagai team member kena yakinkan kawan kawan yang kita pasti boleh lakukan. lastly, gold medal. why.? sebenarnya kita boleh tapi mentaliti yang buat kita putus asa. mentaliti kita juga yang buat kita rasa penat. so, kita kena belajar untuk mengawalnya. 


EMAS daripada TEAM NETBALL
























EMAS daripada TEAM FUTSAL
























EMAS daripada TEAM HANDBALL (P)

tahniah team ikhsas upsi. daripada empat sukan yang dipertandingkan kami johan dalam tiga games. ini bermakna kami juara keseluruhan untuk sukan ipt sabah di uum untuk kali yang pertama. sudah pasti orang sekeliling terkejut dan mata terbeliak. teringat kata-kata emcee malam tu, memang team cikgu-cikgu superb power ! apa-apa pun alhamdulillah. hope adik-adik junior lepas ni dapat kekalkan kejuaraan. jangan riak dengan apa yang kita perolehi ye adik-adik sayang.

uolls nampak tak kehitaman kemanisan kami berdua
by the way, penganjur yang macam ni aku nak puji
memang up to date. tengoklah pada papan tanda upsi
the latest !



 tergelak bila tengok muka sendiri. serabai bai.



"kejayaan itu selalunya bermula dengan kesusahan kepayahan dan bermacam jenis dugaan. Patah pensil
boleh diasah, patah semangat anda kalah."


Thanks for reading this. Salam.

Tuesday, November 20, 2012

Cara Membuat Buku Log Sukan

Assalamualaikum dan Hello readers.

kali ini tiba-tiba rasa nak post tips untuk buat buku log especially sport log book. ingat senang ke nak buat. nak kena cari inilah itulah. nama pun belajar. memanglah sekarang ni klik saja dekat internet semua boleh dapat aku sendiri tak nafikan tapi kenalah pandaikan. takkan nak diambil 100%. best ke ehh kalau copy and paste kerja orang. yang itu tak cerita lagi ambik kerja senior mior adior member and what so ever. cuba kalau kerja korang kena tiru bulat bulat. katanya, nak tengok saja tengok tengok dah bawa pergi kedai photocopy and paste terus. yaww, this is best bro. apa yang korang rasa ? kalau tanya aku, memang mendidihlah jawabnya. segan  kot. bukan kedekut ke apa but hurmm next time sajalah story pasal benda ini. tetiba pula teremosi. weee~~

Anyway, apa yang ada dalam post ini bukanlah tips semata mata cuma apa yang korang perlu cari untuk isi / penuhkan / tebalkan buku log korang. katanya, tebal buku log maka tebal jugalah markahnya. hehe. tapi yang ini senarai masa buat log book sofbol semester lepas. tatau lah betulke tak. just nak post and share. good luck!! love ya :)









Thanks for reading :)



Thursday, November 08, 2012

TAEKWONDO SUKIPT PART 2

Assalamualaikum and Hello readers.


rindulah pula nak menaip guna keyboard ni. sudah genap seminggu game dekat usim, nilai hari itu. dengan jayanya layak ke peringkat final. hoyeh, hoyeh. tapi tidak beraksi dengan jayanya untuk mendapatkan gold medal.  (T____T) btw, lebam lebam bengkak bengkak kesan dari game hari tu tak sembuh sembuh lagi. last tuesday dah ke klinik kesihatan universiti then diorang suruh buat x-ray katanya kemungkinan ada kepatahan or keretakan. yang tak boleh nak terima, "sebelum ini ada sakit buah pinggang ke, kencing manis ke?". ha,  motif. okay fine katanya mungkin ini balasannya menyebabkan metacarpal orang patah sampai berbalut hingga ke lutut. im sorry for the young ladies. tak sempat nak minta maaf dekat you sebab tak berkesempatan nak berjumpa. next game lah ya.

semalam pergilah berjumpa dengan doktor dekat ***. aku punyalah baik punya cerita. dia boleh respon, "ok jer. takda apa pun. nanti makan ubat kita tengok perubahan lepas lima hari". what the?? yang ini pun sudah lima hari kot, nak tunggu lagi. aku pun nak jadi doktor kalau macam itu. senang gila. okay fine, abaikan kisah doktor baik nak cerita pasal hari yang tak berapa nak menang tu. 


GAMBAR KENANGAN



just call me didi. glamour sangatlah kan. sebelah itu bout number individu.
signature itu menunjukkan telah menjalankan inspection. 
bout no itu menunjukkan nombor perlawanan. nafas laju macam kuda. game dekata dekat.
side itu menunjukkan warna body protector.

SILVER MEDAL
FLY SENIOR (46KG - 49KG)
from me for upsi


muka suci katanya tapi boleh dapat medal.
encik reporter yang cakap hokay
(^____^)

i forgot your name dear
aku kalah dengan dia masa ni
menang kalah adat permainan, takkan kalah nak masam muka kan
tengok walaupun dalam ring sepak terajang, dekat luar just smile and tegur HI
sebab aku bukan jenis yang banyak cakap. 


kesian tengok logo universiti aku
memang sudah diduga tiap kali game mesti logo tu yang diguna pakai
sila update uolls punya info terkini ya

www.upsi.edu.my

baiklah, yang johan tu abang hashim
we call him kuda kepang
dia ni juara berturut-turut and main untuk team Malaysia
selalu bagi positive motivation kepada players macam aku yang kurang motivated
tahniah bro ! menang lagi !

sesi penyampaian hadiah oleh coach kitaorang pula





alahai nak bergambar dengan maskot punya pasal
kulu kilir tarik telinga dia
bhahahaha

pemenang medal dari kiri: faiz ishak, michelle natalie, diyana tjuman, hashim abbas.

eehh ada jugak gambar team tkd upm
saja tempek. team malaysia ramai dari team diorang ni

 itu team tkd uitm
tengoklah betapa happynya mereka
fakta : coach upsi & coach uitm adalah bestfriend



kecik pula aku tengok si azwan ni. hahaha.

hah tu dia awan nano
hihi first time tengok dia pun terus gelar awan nano
because of dia punya style rambut macam hafiz dalam mv awan nano
yang ni kira ok lah dia ikat kemas, tengok dia lepas rambut bai.
hehehe. anyway, nice hair bro. pandai awok jaga rambut.



DALAM KENANGAN. MASIHKAH KAU INGAT?


 lompatan kegembiraan dari michele

 hanya mampu tergamam dan gelak sakit bila dia landing down dekat kaki aku
tapi takpa yang sakit itu manis bila dikenang
(^___^)




#rindu pula dengan mereka mereka fighter semua. rindu gila gila diorang#
(^___^)