Sunday, September 15, 2013

Tak Perlu Nak Minta Perhatian Sangat

Assalamualaikum, Hi
My Dear Super Duper Diary

long time no write because of the kekeringan idea didalam otak. lepas makan supplement shaklee, sekarang idea bertempek banyak tapi surelah tak dapat nak grab semua. aku bukan typo bijak pandai lagi bergaya. idea ini datang daripada blogwalking dan kisah seorang member yang baru lepas curhat dengan aku. 

you know what diary. aku kekadang tu rasa sedih pun ada bila tengok seseorang tu berusaha betul buat macam-macam. buat itulah buat inilah semata-mata inginkan perhatian daripada orang lain. tak kisahlah perhatian daripada sesiapa pun termasuklah perhatian daripada orang yang tak dikenali. tapi asyik spoil saja maybe sebab tak ikhlaslah kot. biasala kerja buat tak ikhlas mestilah tak berkat. for me. its normal. semua orang inginkan perhatian daripada orang lain. ya, aku tahu ada orang akan nafikan fakta logik ini mungkin sebab dia tak perasan dengan keadaan macam ini.


picture tumblr

wahai si peminta perhatian, disini ada beberapa tips sesuai untuk kau. cadangan sajalah. nak guna, guna. tak nak, sudah.

1. please banyakkan bersabar. keep calm down. jangan cepat marah. jangan cepat merajuk tak tentu pasal dan jangan cepat melatah. reason: kau akan buat orang sekeliling kau meluat, meyampah and etc. sometimes menjauhkan diri daripada kau pun ada. kau ada perasan tak.?

2. situasi ketika bercerita. bila kau tengah rancak bercerita. tiba-tiba si pendengar tukar topiklah, pergi toilet lah. mesti kau rasakan kecewa yang amat. well, it is better kau berhentilah bercerita. full stop ! reason: memang sah-sah orang tu dah tak minat nak dengar cerita kau. nak nak bila kau  sibuk nak show itu ini atau cerita perihal pakwe makwe kau. enough okay!

3. jangan tunjukkan perkara yang orang lain tak minat. tak semua perkara yang kau suka, orang lain pun akan suka. dan tak semua perkara yang kau tak suka, orang lain pun kena tak suka. pandai-pandailah faham sendiri. reason: all people ada different test. tak sama hokay!

4. jangan over acting. maksudnya disini, semata-mata nak kan perhatian dari orang lain, kau sanggup pakai yang bukan-bukan, melampau, bermake-up tebal dan semua pun nak over. kalau setakat nak pergi beli di pasar minggu tak payahlah weyh. reason: orang lain akan pandang kau dari atas sampai bawah lepas tu mulalah kau nak gelabah. "kenapa diorang tengok lain macam?" lepas tu ulang lagi pertanyaan tu "kenapa diorang tengok aku macam tu". dah kau pakai macam tu salahkah pula orang menengok. cukuplah pakai yang kemas, smart, bersih dan sesuai kena tempat. sure orang pandang manis saja. :)

5. jangan nak show-off. semua benda kau nak tunjuk. aku ada ini aku ada itu. pakwe aku handsome, makwe aku cantik macam puteri. iphone? ipad? emas? intan? permata? kalau boleh spender kau jenama victoria secret pun kau nak heboh sekampung. *eh adakah? reason: ya, taktik tu memang berkesan. berkesan untuk orang yang nak mempergunakan duit kau. minta belanja itu ini. okay, duit kau bukan duit aku. tapi kalau orang nak berkawan sebab duit, kawan macam itu tak kan ke mana babe.

6. jangan memperbodohkan diri sendiri semata-mata kerana orang lain. banyak lagi yang lebih menghargai diri kau. ingat, uolls manusia yang ada perasaan. apa salahnya jadi diri sendiri. reason: everything happens for a reason.

peringatan: sekiranya kamu seorang pelajar. entri ini mengandungi ayat-ayat yaang tidak sesuai untuk digunakan dalam karangan bahasa melayu. sekian sampai disini sahaja untuk hari ini. 

keep in touch, DiyanaTjuman

Sunday, September 01, 2013

Salam Eid Mubarak 2013

Assalamualaikum, Hi :)
My Dear Super Duper Diary

its already september. cepatnya masa berlalu. baiklah, hari tu katanya nak update diary raya. so dear, I try to upload gambar sebab until now still can't sleep. haih. kalau ada orang dodoi kan best. hahaha.


this tiga serangkai diawal pagi depan cermin
thanks to uncle beli cermin lepas tu hang dekat ruang tamu
memang sesuai sangat-sangat
lalu tengok cermin, lalu lagi tengok cermin
bercermin sakan
macam tau-tau je uncle kan.
mummy geleng kepala tengok gelagat kitaorang


ajak cousin bergambar sekali
ahaa motif nak ada orang sama katik dengan kite
alaa beza 2,3cm kira jadi lah
:)


daddy, mummy
kite minta ampun. semua salah silap yang kite buat dekat daddy dengan mummy
terkasar bahasa, tertinggi suara, kite minta ampun
halalkan makan minum kite, kite janji jadi anak solehah
doakan kejayaan kite dunia akhirat
kite sayang mummy dengan daddy sangat-sangat
(T_T)
*okay fine, airmata mengalir laju. rinduuuu..*

INILAH FAMILY KITA
LOVE <3









next, lepas tetamu balik, kite cepat cepat panggil orang-orang tersayang dekat picture bawah ni semata-mata nak shoot gambar berdua. sebenarnya ada je tetamu dekat dalam tapi beransur pulang secara berperingkat. hehe. jadinya kite tariklah diorang depan pintu rumah sebabnya lighting cantik. muka pun nampak putih, gebu, shining tambah pula dengan lepas spa muka. lagi menjadilah katanya. antara mereka yang tersayang sempat dipujuk rayu. hahaha. ini sajalah yang sempat. yang lain tengah fokus makan. 


this is my beloved mother
love you mom

 

kami suka buli cousin diatas ni
tapi adik kite suka buat dia nangis.
haha.

baju tema biru adalah cousin mom
merangkap aunty dan uncle
so anak-anaknya dua pupu kite
dulu stay dengan diorang masa belajar kat matrik Labuan
selalu lepaking library. dulu kite budak skema
diorang tanya bila nak datang labuan
kite jawab, InsyaAllah. hurmm got to thing about that for my next holiday


yang ni family sebelah arwah Opah
Al-Fatihah kepada arwah opah
semoga ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman

lelaki yang hensem bermisai tu adalah adik opah kite
sepatutnya panggil atok, but sometimes panggil uncle
sebab dah terbiasa


baiklah mereka diatas adalah generasi kecil kecilan
mereka pula yang mengutip angpau
means kumpul duit raya
kite pun tak terkecuali bagi dekat diorang
dengan family sendiri buat apa nak kedekut kan
ahaa
baiknya kakak didi kan
<3

rasanya sampai sini sajalah tulisan diary kite. disebabkan ter-emo sebentar tadi. 
kepala jadi berat dan hilang idea. gtg. Salam.

keep in touch, DiyanaTjuman