Monday, May 18, 2015

Analisis Data Secara Efisien #spss #statistik

Assalamualaikum, Hi
My Dear Super Duper Diary Online

"Review: Buku Panduan Analisis Data Secara Efisien"


Penulis: Prof Madya Dr Ahmad Hashim

Sinopsis tentang buku ni:

...ditulis bertujuan bagi membantu calon sarjana muda dalam menyiapkan kertas projek tahun akhir, penyelidikan tesis sarjana dan disertasi doktor falsafah. Buku ini diharapkan dapat membimbing calon menyelesaikanb analisis statistik dengan penuh yakin, tenang dan bjaksana tanpa merasa tekanan. Cara penyampaiannya menggunakan bahasa yang ringkas, jelas dan tepat supaya mudah difahami. Buku Panduan Analisis Data Secara Efisien ini mengandungi 14 Bab. Keseluruhan kandungan buku ini boleh membantu para calon ijazah sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah bagi melaksanakan prosedur analisis data dengan menggunakan program SPSS for Windows. Buku ini dapat membimbing calon lebih mudah memahami dan melaksanakan kaedah bagaimana mendapatkan nilai kebolehpercayaan, kesahan dan objektiviti. Membimbing calon tentang prosedur melaksanakan analisis korelasi, Ujian-t, Anova Sehala, analisis faktor, regresi berganda, Anova dua hala, MANOVA dan kaedah ANCOVA...



bagi aku, tak rugi beli buku ni. senang nak faham. siap bagi step masukkan data sebiji-biji tinggal buat dekat program je lagi. lepas tu penulis buku ni ajar cara nak interpretasi data. I means, hasil analisis data yang perlu diambil untuk interpretasi data daripada Anova one-way, t-test and etc. nak tahu, nak belajar, nak mudah, nak siapkan tesis cepat-cepat kenalah beli buku ni. beli yang original tau. hehe. aku dah beli! siap dapat sign lagi tau! jangan jealous (^_^)v

with love, keep in touch

Wednesday, May 13, 2015

Best Friends till Jannah *20th Ed.

Assalamualaikum, Hi
My Dear Super Duper Lover Diary Online

"Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari"


"Persahabatan yang sejati akan membawa kerinduan yang abadi."


Friendship isn't about whom you have known the longest...
It's about who came,
and never left your side...


Sahabat sejati itu juga bukanlah
mereka yang banyak memiliki persamaan
tapi mereka yang memiliki pengertian
terhadap setiap perbezaan...


#deenanieqah

mood rindu sahabat
with love, Dee

Monday, May 11, 2015

Best Friend till Jannah *Form4 Ed.

Assalamualaikum, Hi
My Dear Super Duper Lover Diary Online

presented to uolls, sahabat sampai akhirat saya edisi tingkatan empat
when I was lima belas tahun. yes, when I was fifteen.

Best Friends are people you don't need to talk every single day.
you don't need to talk to each other for weeks, 
but when you do, it's as if you'd never stopped talking.

I was the only one yang super malas pakai baju pengawas
sudahlah siap pakai jaket itu jaket ini *super degil
acah-acah study korea :)

We are not just best friends, we are also sisters!


Another month. Another year.
Another smile. Another tears.
But can never be another friend like you.

I love you BFF!


#deenanieqah

mood rindu kamu
with love, dee.

Tuesday, May 05, 2015

Penyakit pemalas. Tak guna cantik kalau pemalas.

Assalamualaikum, Hi
My Dear Super Duper Diary Online

This entry aku copy from another blog sebab aku rasa nasib kami serupa. so, kepada yang terasa aku malas nak layan. suka hati kau lah nak bermasam muka ke apa. Tak guna jadi cantik kalau pemalas cik kak oiii.

Kadang-kadang bermalasan tu tak apa. Mungkin sibuk dengan assignment dan kerja-kerja yang ada tapi agak-agak lah kan. Sesibuk mana pun aku, aku akan pastikan ada masa untuk buat kerja-kerja dirumah.

Orang yang pengotor dan pemalas and kerja sambil lewa dan tak kemas yang paling aku kurang senang. Especially kalau orang itu ialah seorang perempuan. Kalau lelaki ni, aku rasa macam ada la kelonggaran sikit. But still? Jangan la jadi pengotor sangat. Ingat tu dear future husband.

Kekadang aku terfikir macam mana la mereka ni boleh jadi perempuan? Kalau dah kawen, macam mana nak handle rumah tangga? Dia ok ke dengan keadaan yang macam tu, suami dia macam mana pula?

Aku dah banyak kali jumpa orang-orang yang macam ni. Aku pelik, hairan dan kadang-kadang aku naik menyampah! Antara fenomena yang aku pernah lalu dengan perempuan-perempuan pemalas dan pengotor dalam hidup aku, diantaranya ialah;

  • Aku balik kampung seminggu, sebelum balik, aku dah pastikan keadaan rumah tip top dan balik semula ke kolej, keadaan rumah aku MasyaAllah! sampah tak buang sampai berulat termuntah-muntah. kasut tak bersusun, rumah berpasir, meja makan tak berlap. Yang tu rumah, bilik pula, bau bangkai yang amat sebab roomate tak buang sampah berdarah dia. Seriusly!
  • Ada spesis yang menyapu tapi buang sampah tu dekat depan pintu toilet. Bukan sekali dua dia buat, berkali-kali tahu tak. Dah lah tak pernah nak cuci toilet. Memang toilet tu ada cleaner yang bersihkan. *contoh kakak senior yang tak boleh dijadikan contoh! 
  • Aku terpaksa cuci toilet setiap minggu pasal loya, kerana pengguna-pengguna yang ada tak reti nak cuci toilet. aku pelik sesetengah manusia yang tahu pakai toilet tapi basuh tak reti. boleh pula selesa nak mandi, nak membuang dengan sisa terlekat dekat toilet bowl, sisa hitam dekat dinding-dinding toilet, sinki. yucks! 
  • Aku terpaksa buangkan rambut-rambut yang memenuhi lubang laluan air. Kekadang aku biarkan nak tengok sapa yang ringan tulang nak kutip. Tapi hampeh, kekadang ada yang rajin. Kadang-kadang okay, kadang-kadang. Padahal, kutip pakai kai pun boleh.
  • Ada pula jenis yang suka kumpul sampah berdarah dalam basket toiletries. Dengan tak berbasuh. Apa kau rasa bila kau nak berus gigi, nak basuh muka tengok bendaalah tu terhidang dekat depan sinki. Mau seminggu dia kumpul. Serius talk, yang ni super duper pengotor punya perempuan! *budak junior yang aku rasa nak lempang pun ada!
  • Main tinggal je lepas masak. Aku tak kisah pun nak memasak. apakah jadanhnya tinggal dapur berminyak, sinki berlendir dan berair, pastu sisa-sisa makanan dalam sinki tak reti-reti nak cuci bersih-bersih. 
  • Aku susah payah mengemas dekat rumah, tapi orang lain sekadar tengok je dan bersenang lenang tengok laptop, tanpa ada perasaan nak tolong sama. Tak kan lantai nak biar tak bersapu berminggu-minggu. Orang sapu lantai paling kurang sekali sehari tahu tak? Kalau nak suruh pegang mop, memang harapanlah. Nak cuci toilet lagi hampeh.
  • Makan dalam bilik tapi sisa plastik buang dekat bawah katil. Makan keropok, plastik keropok buang bawah katil. Korek tahi telinga pastu buang bawah katil juga. Padahal plastik sampah dekat je! Aku pula yang terpaksa bersihkan. Dah tu, tak rasa bersalah pula. Budak bahasa melayu yang sangat-sangat no manners.
  • Kasut tak reti nak susun. Aku pantang tengok orang tak susun kasut. Lepas tu siap berumput bagai. Bukannya nak buang ke apa. Biar macam tu je.
  • Lepas duduk dekat meja makan, tak reti-reti nak sorongkan kerusi tu masuk balik. Lepas makan tak reti nak lap meja. Lagi satu, buang sisa atas meja makan kat lantai. 
  • Sidai kain tak kibas dulu and main sidai je kecik besar, lebar panjang. Aku sakit mata sungguh la. Orang lain pun nak sidai baju juga, kau ingat tempat sidai abah kau punya?
Ni antaranya lah. Sebenarnya kalau aku nak tulis, memang banyak. Tapi ini antara perkara-perkara besar yang aku tak suka. Aku cukup benci orang pemalas! Aku pun tak lah sekemas mana, bukanlah pembersih sangat or perfectionist, tapi entahlah. Payah aku nak cerita macam mana. Bagi aku, rumah tu kecik, rumah tu rumah papan ke batu ke nak roboh ke, tapi mesti kemas dan bersih. Kalau dah pemalas sangat pun, tak payah jadi rajin takpa, janji pandai-pandailah handle barang-barang sendiri. Lepas makan reti-reti lah lap meja makan. Basuh pinggan mangkuk tu jangan nak buang tinggal sisa dekat sinki.

Aku suka kalau rumah sentiasa bersih dan wangi. Aku sanggup bangun tengah-tengah malam and kemas rumah cuci toilet macam tak ada esok, sedangkan masa tu badan aku memang letih walaupun dah lewat malam. Kadang-kadang aku rasa diri aku ni kakak berbanding mereka. Padahal hakikatnya, aku lah yang paling muda.

Orang yang pemalas ni aku memang payah nak suruh pasal kalau aku minta tolong, buat aku sakit hati je. Sendiri-sendiri kena fahamlah kan. Dari aku sakit hati, baik aku buat sendiri walaupun tak ikhlas. So, cukuplah dulu cerita pasal orang yang bajet cantik tapi pemalas dan pengotor. Pandai-pandailah nak deal dengan hidup mereka. Tapi aku, minta maaf aku sangat benci golongan-golongan ini.

Sekian, terima kasih.