Saturday, October 31, 2015

Let it be no more


"I don't chase people anymore. 
I learned that I'm here, and I'm important.
I'm not going to run after people to prove that I matter."

with love, D

Friday, October 30, 2015

Pernah



"Terima kasih pernah ada walaupun sekejap, pernah singgah walaupun sebentar,
pernah hadir walaupun tak lama, pernah datang lalu pergi."


Thursday, October 29, 2015

Syoknya bahan kawan-kawan



since sekolah rendah kau takkan pernah tak jumpa kawan yang kuat bahan ni
sampai sekarang ada je dekat mana-mana
tapi kan bukan nak cakaplah,
aku kadang agak lampi juga nak membalas balik
sebab aku dah dididik untuk tak membalas kejahatan orang dekat kita

mood emo


Tuesday, October 27, 2015

Sabar dan Doa




"Allah akan berikan kemenangan kepada orang yang sabar. 
Allah juga akan berikan ketabahan kepada orang yang redha. 
Apa yang penting, jangan malu meminta pada-Nya"

Monday, October 26, 2015

Jangan Pernah Kau Putus Asa


Eh kau tahu tak, yang kita selalu rasa hidup ni tidak adil dan tidak selamat. Sebab itu agaknya, kita selalu complain itu complain ini. semua benda tak kena. semua nak salahkan kita, semua nak buat kita rasa sedih. tapi kita kena ingat akan sentiasa ada pihak yang sengaja menunjukkan kebaikkan mereka hanya untuk membuatkan kita rasa berdosa. meraka tak akan berpuas hati selagi kita tak menangis. 

kita selalu dengar orang cakap, sayangilah sesama manusia sampai ke akhir hayat dan jangan pernah menyimpan dendam. biarpun ada yang membenci kita, mengata dibelakang kita, menikam, memfitnah dan sebagainya. memang itu semua diluar bidang kuasa kita sebagai manusia. namun aku adalah orang yang kuat menyimpan perasaan dan berdendam dalam diam. serius aku sangat berdendam. tapi mungkin itu dulu. aku cuba untuk tidak berdendam dengan sesiapa. bukan sebab aku mahu berlagak baik bukan juga alim. tapi apa yang aku mahukan adalah ketenangan dengan melepaskan dendam yang terpendam didalam hati. 

aku juga tidak harapkan kesusahan ini dapat dielakkan sebab itu adalah ujian Tuhan dan Tuhan menguji kita dari bermacam-macam cara. Aku ingiinkan hati dan diri aku kuat dari yang sebelum ini. aku belajar untuk menerima dengan hati yang terbuka. semoga kesusahan yang diberi membuatkan aku belajar dalam hidup dan memperbaiki diri di hari lain. sesungguhnya kesusahan itu mendorong kita ke arah kebaikan lebih banyak dari kesenangan.



Friday, October 23, 2015

Kau tahu apa itu istidraj?


"Kau tahu apa itu istidraj?"

Tak. Apa dia?

"Dia buat dosa, tapi dia berjaya.
Dia tak solat, tapi cemerlang dalam pelajaran."


semoga kita semua istiqomah dalam melakukan kebaikan
perbaiki diri dan bertaubat dengan dosa-dosa lalu
T.T

Thursday, October 22, 2015

Last-last kena tinggal


Tapi kan kalau yang beriya-riya support siang malam,
susah senang harungi sama-sama,
Dari mula sampailah berjaya
Pastu kena tinggal ni macam mana pula?

Moral of the story
Jadikan pengajaran untuk diri sendiri
Jadikan pengajaran untuk adik-adik
Juga untuk kawan-kawan
Belajar untuk dapatkan redha dan terima redha Allah
InshaAllah



Tuesday, October 20, 2015

Kebesaran Mu #quotes



Apa pun yang telah terjadi
kemarin, semalam mahupun hari ini
ingatlah bahawa Allah sedang
menyaksikan kita

Sabarkanlah diri 
walaupun sakit
telanlah kesakitan hati dan kekecewaan
dan jadikanlah diri kita
sebuah pemandangan yang indah bagi Allah

Mudah-mudahan semuanya segera dibaikkan untuk 
kesejahteraan dan kebahagiaan kita

Monday, October 19, 2015

Menghapus Jejakmu



"Adakalanya kita perlu terima kenyataan bahawa ada orang diciptakan hanya untuk ada dalam hati dan ingatan. 
Tetapi bukan dalam hidup kita."


Aku Tak Benci Punnn...


sekian terima kasih.

Sunday, October 18, 2015

Terburu-buru




kita manusia selalu terburu-buru untuk mendapatkan sesuatu
kita manusia selalu nak semuanya cepat-cepat

tidak salah kiranya kita nak segerakan perkara yang baik
tapi, kadang kita lupa matlamat kita yang sebenar
kadang kita lupa janji-janji masa dulu

sampaikan kita lupa yang kita telah menyakiti hati yang lain
sampaikan kita lupa siapa yang ada dengan kita masa susah
sampaikan kita lupa bila dah senang mudahnya membuang yang lama
sampaikan kita lupa yang kita mudah diperdaya
sampaikan kita lupa untuk bertahan
sampaikan kita lupa, apa itu bersabar.


Saturday, October 17, 2015

Sometimes sabar itu perit



Tersenyum saat gembira itu biasa
tapi tersenyum saat ujian bertimpa-timpa itu luar biasa

Setiap ujian yang datang darii Allah, 
adalah satu Rahsia Besar yang Allah nak 
kita ambil pengajaran daripada-Nya. 
Sabar itu perit namun hikmahnya paling terindah.


Wednesday, October 14, 2015

Travelog Taman Negara Pahang: Visiting Orang Asli


my first time visiting orang asli yang betul-betul melawat. selalunya tengok sipi-sipi je masa buat rafting dekat sungkai and gopeng. dear uolls next time kalau nak datang, awak awak bolehlah bawa makanan or jajan bagi dekat budak-budak kat sini. cuma terkilan haritu bagi coklat ****** dia boleh makan dan buang balik. tak kesahlah, kita pun macam tu juga bila orang bagi makanan kalau tak suka, kita telan je sebab nak jaga hati member. hipokrit betul. tapi diorang ni jenis direct. hahaha. next time bawa jajan lain pula.

berjaya buat dia senyum dalam gambar :)


it just, I wonder how can orang asli hidup, membesar dengan sihatnya dalam hutan. sedangkan aku yang tinggal dengan kemudahan yang lengkap selalunya sakit (dewasa kini). looking at this boy (terngat zaman kecik-kecik dulu), berlari-lari tanpa kasut, korek tanah, lompat sana lompat sini. kalau budak sekarang, depan gajetlah jawabnya. kena hujan sikit dah sakit. nasib baiklah aku generasi 90's, sempat juga merasa lari kaki ayam, main dalam parit longkang time hujan, curi-curi mandi sungai masuk kolam orang. ehhh banyak sangat, warna warni tak zaman kanak-kanak aku.



dengan dua kali percubaan sahaja berjaya menyumpit dengan perfecto. ahaha. angin perut hokay. serius laju je dart tu keluar. 




sempat belajar cara nak hidupkan api dalam hutan wihtout using batu or buluh, macam yang kena ajar dalam kem. selalu kena ajar je tapi demo and praktikalnya tak buat pun. last-last hidupkan api dengan tiga batang mancis. kalau tak berjaya, pakai spek pun boleh. jangan buat taktahu pula. masa darjah empat or lima dulu pernah kan dalam kelas sains cikgu suruh kita nyalakan api using kanta pembesar. sometimes you hv to use and apply apa yang kau belajar belasan tahun lepas. untunglah for those yang ada spek. kalau takda tu pandai-pandailah korang nak buat spek. hahaha. 

oh ya, haritu dia ajar hidupkan api guna kayu daripada pokok yang aku sendiri dah lupa nama kayu tu. caranya sangat menarik dan boleh diaplikasikan dalam kelas kem. cumanya nak mengenal pokok tu yang payah. maka dengan tak malunya kitaorang minta kayu tu buat sourvenier buat main api-api nanti. holiday, melawat dan belajar trip. 

Besides, diorang juga akan cerita the way they live in the jungle yang berpindah randah. Macam mana proses itu proses ini. Pantang-pantang larang dalam hidup masyarakat diorang. Nak tahu cerita apa, kenalah datang dan dengar sendiri. Barulah syok! Hehe

Hahaha. Aku kurang pasti why was my reaction be like that. Btw, thanks for all the best moments. Bagi korang yang datang Taman Negara Pahang, jangan lupa melawat orang asli dekat sini tau. Lain tempat, lain. Tak sama hokay.

Note: Sesetengah mentaliti orang akan ingat yang orang asli masih berpakaian like cawat and something like that. Mentaliti yang sama terhadap orang-orang yang duduk Borneo. Mohon buang pemikiran kolot korang tu ye. Dunia semakin maju tapi aku terkejut masih ramai berfikiran macam tu. Kesiannnnnn.

Lots of love, D.

Tuesday, October 13, 2015

Travelog Taman Negara Pahang




sweet escape to Taman Negara Pahang. habis kelas exercise physiology terus bergegas balik rumah pack barang. nampak macam sikit je barang aku bawa. tapi kalau unpack beg tu macam-macam ada. haha.



bertolak seawal lapan pagi. takdelah awal sangat pun. singgah sebentar ke majlis perkahwinan. thats why pakai kebaya tu ha. sampai resort terus ambil selfie. oh ya, haritu stay di Xcape Resort Taman Negara. serba sedikit tentang Xcape Resort. jarak dengan jeti Kuala Tahan iaitu pintu masuk utama Taman Negara lebih kurang 500 meter, jalan kaki pun boleh. Xcape Resort menyediakan banyak kemudahan, bilik pun selesa. swimming pool pun ada. balik-balik dari rapid shooting terus terjun masuk swimming pool. kebetulan jarak pool dengan bilik cuma beberapa langkah je.

 

cuma harga bilik dan semua aktiviti dalam trip ni aku kurang pasti sebab semuanya disponsor.

Lots of love, D

Part 1
Part 2
Part 3

Friday, October 09, 2015

Ada lebih baik


Tidak salah untuk memberi komen ke atas sesuatu isu,
tetapi lebih baik kita memberi cadangan untuk penambahbaikan.

bukan dicaci
bukan dimaki
bukan dihina

apa yang aku lihat kini
lebih bersifat menjatuhkan




Tuesday, October 06, 2015

Mungkin Tuhan...


Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dgn orang yg salah sebelum menemui insan yg betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yg betul, kita akan tahu bagaimana utk bersyukur dgn pemberian dan hikmah disebalik pemberian tersebut.


Monday, October 05, 2015

Pesan pada diri



Pesan pada diri:

Wahai aku. 
Tolong, tolong, tolong
jangan cepat terjatuh hati pada manusia yang salah lagi.
Kesianlah pada hati tu.


Sunday, October 04, 2015

Bila jatuh




Selalu bila jatuh. 
Kita terduduk.
Menangis sepuas-puasnya.
Berdoa.

Tiba-tiba kita dapat kekuatan untuk bangun semula.
Kita sendiri kurang faham.
It was like a magic.

Allah SWT does listen to our prayer.





Source: Google

Saturday, October 03, 2015

Do you love me?











Someday, someone is going to look at you
like you're the best thing in the world

Seriously, big dream but less pray
Someday...

Friday, October 02, 2015

Thursday, October 01, 2015

Hello October



Don’t overthink.

It was the Qadr of Allah SWT and it was best for you, that’s all you need to know.

Overthinking is from Shaytaan.

I needed this.