Monday, February 29, 2016

Saya percaya kat awak



Kadang orang lain lebih percaya dengan diri kita
Kita?
Entah bila nak percaya akan kemampuan diri

Anyway, terima kasih atas kepercayaan yang diberikan
Saya akan cuba buat yang terbaik

Doakan kejayaan saya kawan-kawan

Lots of love, D.


Kesiannya budak sukan




budak sukan dalam diilema. hahaha. 
sedihnya jadi budak sukan. 
muka hitam kena bahan. 
muka berpanau kena bahan.
muka tak flawles lagi kena bahan. 
btw, saya budak sport science.
saya main sukan indoor *taekwondo
but sometimes I play netball, futsal and I love outdoor too.
maaf kulit kite tak flawles macam bukan budak sukan.

krik. krik. krik.


Thursday, February 11, 2016

Lu pahal bro? Ni adik gua!



Aku takde kakak. Aku takde abang. Aku kakak! Haha. Semestinya mulut puaka kakak pernah cakap macam ni. Lagi kalau kau nak something tak dapat, tapi adik kau pula dapat. Memang puaka juga lah mulut. Mungkin aku sorang je lah kakak puaka. Hahaha.

Tapi cuba orang lain cari pasal dengan adik-adik kau. Terus kau rasa satu kekuatan jumpa orang tu face to face, dan berkata, lu apa hal?? Ni adik gua! Lu tau ka?? Maka bermulalah scene maki memaki, tumbuk menumbuk dan sebagainya. But tarik-tarik rambut not in my list okay! Hahaha. Malu woi bila teringat balik. Ustazah pun masih ingat sampai sekarang. Sampai budak-budak pun scary, tak berani nak kacau adik aku. Maka adik aku pun hanya berkawan dengan budak perempuan sahaja. Nasib baik kau tak jadi au au kan. Kikikiki. Cerita zaman sekolah agama. Kisah budak darjah tiga. Kisah budak acah gangster tapi sayang akan adiknya. Hahaha.

Lots of love, D.



Wednesday, February 10, 2016

I sayang you sorang je



Why so cute Lara?
You made my night yang tak mengantuk lagi sayang...

Aunty pun sayang awak sorang je.
Ehhh tipu. tipu. tipu.
Aunty sayang ramai orang.

p/s: acah-acah aunty. aunty yang tak dikenali. maka berhuhuhu lah acah aunty sampai tidur.

Lots of love, D.

Tuesday, February 09, 2016

Tumpang kereta member



Bagi pendapat aku lah kan,

No 1 tu aku still boleh kompromi lagi as long as tak melampaui batas. Kalau dah minta hantar ke sana ke sini ke sinun sitok memang sendiri mau beringat. Kekadang tu kawan ada hal lain nak buat tapi sebab nak jaga hati kawan plus ada juga sayang sikit kat kawan kenalah juga hantar kau ke sitok sinun tu. So pandai-pandailah cover.

No 2, pun aku okay selagi kau tak bangun tidur dan merungut, ehh tak sampai lagi ke? tak sampai lagi ke?. Kau sepatutnya beruntung sebab aku tak tertidur masa drive dan buat kau tidur untuk selamanya. Pastu jangan berani kau tinggalkan sisa-sisa air basi tu. 

No 3, yang ni aku paling sentap. Aku bawa kereta cenonet murah je. Hormatilah harta kawan. Berdiri bulu-bulu roma aku dengar kau tutup pintu dengan bersungguh-sungguh tu. Bergegar taik-taik telinga aku. 

No 4, hmm yang ni jarang jadi kat aku. But I still consider don't ever do that to my car.

Sebagai penambahan;

No 5, jangan buat kereta aku macam stor. Nak nangis tau aku tengok bila orang dok baling-baling barang kat dalam kereta. Kot ye pun nak letak barang, mohonlah kemas elok-elok. Biar sedap mata memandang.

No 6, jangan tinggalkan sampah dalam kereta aku. Dah sampai rumah angkutlah sekali sampah kau buang. Takkan aku pula kena mengutipnya. Tu tak kira yang sisip kat tepi kerusi. Hadoiii.

No 7, last but not least jangan merokok dalam kereta aku.!!!

Hahaha. Aku syak lepas ni takda orang nak tumpang kereta aku. Sorry guys, kalau kau memang kawan masa aku jatuh masa aku naik, aku tak kesah tapi kalau tetiba bila orang dah maju sedikiiit saja kau tetiba nak mengaku kawan, lu pehal bro? Ehehe. Sekadar peringatan dan pendapat je. Kekadang kita tak perasan kita buat sedemikian rupa. Aku pun pernah tumpang kereta member juga sepanjang aku study. Jangan marah tau :)

Lots of love, D.

Monday, February 08, 2016

Perempuan berlawa. Jangan nak perasan sangat



You know what, some girls pakai make up sebab nak tambah keyakinan diri, untuk diri sendiri & i don't think itu satu masalah? Tak semua pakai make up to attract boys 😊

So you don't have to perasan sangat boleh? or dengki sangat bila orang lain pakai dan kau tak pakai. suka sangat lahai nak bash orang bermake-up. Ehehe. Lek lek je sudah.

Lots of love, D.



Tuesday, February 02, 2016

Jangan menambah-nambah



Kalau kau tak mampu untuk menggembirakan orang lain, jangan pula kau nak menambah dukanya. Takda manusia yang bergembira sepanjang masa tapi bukanlah suatu alasan untuk hidup sengsara. Kita tak boleh jamin kita boleh gembira, bahagia selamanya. and thanks for those yang membuat kita masih mampu tertawa seperti sediakala and give me a lil bit more time to make a decision.

Lots of love, D.




Monday, February 01, 2016