Saturday, April 04, 2020

Diari Pregnant : First Check Up di Klinik Kesihatan

Assalamualaikum, Hi
my super duper diari online

first check up selepas tahun baru. untuk buat check up ni kena datang awal pagi. Tapi disebabkan awal pagi tu ada kelas, lepas habis kelas cepat cepat aku pecut pergi klinik. nasib baik sempat tau.

nak berklinik ni bukan semudah yang disangka okay. banyak steps kena buat and follow everytime or setiap kali ada appointment.

Steps appointment KKIA (untuk klinik desa batu 7 sandakan)
  1. Letak buku putih dalam kotak dekat depan kaunter untuk pendaftaran. Dan tunggu sehingga nama dipanggil.
  2. Bila nama dah dipanggil. Bawa buku tadi ke bilik makmal which is betul-betul depan kaunter pendaftaran tadi. Yang ni kena urine test ataupun bahasa lainnya ‘sambut air kencing’. Ambil cup dekat tepi bilik makmal pastu pergilah sambut air kencing dekat toilet. adalah lebih baik sambut dipertengahan air kencing. Bukan yang awal tu tau (ehhh faham ke ekk aku cakap apa. hahaha)
  3. Bawa cup tu ke makmal semula then ambil strip dekat tepi pintu tu juga, rendam dalam cup. Resultnya bagi tunjuk dekat nurse yang bertugas kat situ ye. Pastu barulah pergi buang specimen-specimen tu semua. Dah buang air tu jangan lupa flush mangkuk tandas tau. Ini ada aku tengok buang air kencing pastu tinggal macam tu je. Sedihhh mama tengok.
  4. Balik ke bilik makmal semula untuk buat test Hb. Ambil darah sikit je mama.
  5. Nurse bertugas akan isi semua data dalam buku putih kita. (Urine, Albumin, Hb)
  6. Bawa buku putih dan jumpa dengan nurse yang assist kita.
  7. Oh terlupa, ambil bacaan berat badan sekali tau. Mesin penimbang tu ada dekat depan bilik nurse.
hari yang sangat panjang berada di klinik masa ni. sebab kena datang jumpa doctor petangnya. dengan pening, loya nak termuntah semua ada. gagahkan diri juga untuk baby.

Steps untuk temujanji doctor (untuk Klinik Desa Batu 7 Sandakan)
  1. Letak buku putih dalam kotak dekat depan kaunter untuk pendaftaran. Dan tunggu sehingga nama dipanggil.
  2. Follow step 1 hingga 7. tapi untuk kes aku sebab dah datang sebelah pagi tak perlu dah buat prosedur tu. 
  3. Ambil buku pink dekat bilik nurse yang assist kita.
  4. Pergi ke bilik doctor (ketuk dan buka je pintu tu) dan letak buku putih dan pink dalam rak tepi pintu.
  5. Then tunggu nama dipanggil.
  6. Jumpa doctor dan tanyalah apa sahaja yang mama nak tanya. 
Step-step ni kena follow everytime ada temujanji sama ada dengan nurse ataupun dengan doctor. So jangan tertinggal pula nanti kena beratur lagi semula.

Alhamdulillah selesai dalam jam 3 petang macam tu. Next appointment on next month.

Friday, April 03, 2020

Diari Pregnant : Buka Buku Pink di Sandakan


Assalamualaikum, Hi 
my super duper diari online 



Selepas buat scan haritu, adalah cari info pasal buka buku pink. Tapi bila buat research prosedur setiap klinik kesihatan tak sama. Untuk saya sendiri buka buku pink di Klinik Desa Batu 7 Sandakan. Reason sebab dekat dengan tempat tinggal and memang kena buka buku pink ikut kawasan tempat tinggal. 

[gambar klinik] 


Petang balik dari kolej aku cuba singgah di KK untuk tanya prosedur nak buka buku pink. So next time aku tak lupa cerita buka buku pink ni aku catat step by step. 


Step 1 :  Kaunter klinik
Tanya nurse yang bertugas dekat kaunter. Nurse akan tanya details dan tempat tinggal kita. Pastu dia akan refer kepada nurse yang assist untuk kawasan tu. Masa tu dapat bilik hujung sekali. 


Step II : Jumpa Nurse
Masa jumpa dengan nurse, dia akan tanya maklumat tentang tarikh first last datang haid (macam dekat post sebelum ni). Then dia tanya macam mana tahu pregnant. Pastu dia akan minta dokumen-dokumen seperti kad pengenalan mama to be, kad pengenalan daddy to be, salinan sijil nikah, gambar passport mama dan daddy to be. (yang ni aku memang tak bawa langsung sebab niat nak tanya je dulu) Sebenarnya untuk kes aku ni masih awal lagi pergi buka buku pink. hehehe. Tapi nurse tu cakap, takpa sebab dah alang-alang sampai dia terus lengkapkan butiran diri dan suami sekali dengan cek perut dan breast examination.

...

Nurse akan isi dua buah buku. Satu warna putih untuk simpanan mama dan satu lagi warna pink untuk simpanan pihak klinik. Tapi masa ni aku tak dapat lagi buku putih tu sebab dokumen-dokumen tak bawa. So nurse tu suruh singgah esok untuk hantar dokumen-dokumen semua tu. Sekejap je, mungkin sebab time pergi kk tu dah lewat petang. 

Alhamdulillah dipermudahkan selesai satu perkara walaupun sebenarnya datang just nak tanya je dulu. 

Dokumen perlu disediakan:
1. Kad pengenalan Mama (disahkan di JPN)
2. Kad Pengenalan Daddy (disahkan di JPN)
3. Salinan Sijil Nikah (disahkan di Pejabat MUIS)
4. Gambar Passport Mama dan Daddy (2 keping)

Ingat tau, semula dokumen perlu disahkan dan buat 2 salinan ya. Kalau nak lebih pun boleh untuk simpanan sendiri.


Thursday, April 02, 2020

Diari Pregnant : Scan di Klinik Dr Syifa Sandakan

Assalamualaikum, Hi
my super duper diary online

FIRST TIME PREGNANCY SCAN


so we decided pergi klinik untuk check and confirmkan. masa ni pergi Klinik Dr Syifa sebab sebelum ni selalu temankan housemate buat scan kat situ. sampai sampai tu ramai orang jugalah tapi bertabah je lah tunggu. berdebar juga first time ke klinik untuk scan pregnant. sambil sambil tunggu giliran, aku siap practice dengan husband nak cakap apa dengan doctor. kalut sangatlah diyana. hehe

tibalah masa yang dinanti masuk bilik doctor. first bila kita bagitahu nak buat pregnant test. dia akan tanya bila tarikh first day last period. sebab dengan itu je boleh kira usia kandungan. nasib baik aku memang sejenis download apps untuk period tracker. Tengah kira-kira tu dia bagitahu kalau ikutkan kandungan dah __ minggu dan due date pada sekian-sekian. then, dia cakap scan ja lah. dia cakap lagi kalau ikut tarikh memang nampak dah kantung baby. 

[usg picture here, tak transfer lagi]

Alhamdulillah. doctor scan je terus nampak baby sac. lagi laju jantung aku berdegup masa ni. hahaha. doctor buat pengukuran pastu cakap usia kandungan dengan tarikh yang aku bagi sama. kira lebih kurang macam tu lah. doctor ada bagitahu juga kantung berada dalam rahim and macam-macam lagi dia explained. Alhamdulillah, semua sihat.

Doctor tanya dah start makan folic acid ke? Ya saya memang dah start makan folic acid. Teruskan makan folic acid tu ye. Pastu dia pun bagi free sample susu untuk ibu mengandung dan bagi nasihat. Next month jumpa lagi katanya. =)


Kos untuk normal scan 2D masa tu RM25 ke RM35.
Maaflah tak ingat. Tapi berbaloi dan affordable.
Terima kasih doctor :)

Keep in touch,
Diyana
*A story to remember.


Wednesday, April 01, 2020

Diari Pregnant: Alhamdulillah I'm Pregnant

Assalamualaikum, Hi
my super duper diari online

sekian lama menyepi. Lama sangat rasanya malas nak update. cerita lama dah draf. asyik draf melambak. cerita tunang tak habis lagi, kahwin, sambut menantu, honeymoon. hehehe. tak apalah nanti backdated ja semua tu dalam diari ni.

okay, back to the story =)

Alhamdulillah dapat tahu positif pregnant since november 2019. syukur, rezeki Allah nak bagi awal, syukur Alhamdulillah. awal-awal kahwin haritu adalah nitizen tu baru dua tiga minggu dah ada yang dah tanya pregnant ke?  Ya ampun, apakah? hahaha tapi buat tak tahu je. teruskan life macam biasa. malas nak layan. hahaha. ehh sebenarnya segan juga nak cerita dalam blog but its okay. aku sorang juga yang baca nanti. hahaha. 

CERITA PREGNANCY TEST
dua tiga hari miss period. tapi okay lagi kot sebab memang kadang-kadang period datang lewat. tapi bila dah hari kelima tak datang-datang juga. hmmm nampaknya kena beli UPT kit agaknya ni. part ini paling lawak sebab tak tahu nak beli yang mana satu. macam-macam brand ada. dari yang belasan ringgit sampailah ratusan weyh. tengok orang post review beli yang mahal tu macam best ja. hehe. last last beli je lah yang murah pun dua set tapi jenama lain-lain. fungsi sama juga kan.

dua dua beli jenis cassette

balik rumah, belek belek kotak baca prosedur tapi tak buat test pun. tunggu dululah lima hari macam tu. dah lima hari tak buat juga. sampailah hari kelapan. hehe. okay, pagi tu encik husband tengah siap-siap nak pergi training budak akademi tunas. sajalah nak try guna test kit tu. orang cakaplah, kalau nak buat UPT elok buat awal pagi. then bila buat pregnancy test, double linepositif !  reaksi diri sendiri tak tahu macam mana nak gambarkan. terkejut ada, bersyukur, tak sangka, tak percaya semua adaaaa. pastu keluar dari toilet nangis bagi tunjuk dekat husband. hahaha. pastu masuk toilet lagi, buat test kali kedua, positif ! keluar toilet nangis lagi. hahaha. yang penting menangis masa dapat tahu positive pregnant.

[upt picture here, tak transfer lagi]

hmm reaksi husband ? tak nak ceritalah. ehhh hehehe. sebab semestinyalah dia jadi pakar motivasi. thank you sayang. dan sejak dari itu bermulalah segala research kami from uncle google.

keep in touch,
*maaflah penulisan kelaut sebab lama tak mengarang