Tuesday, September 23, 2025

Kembali Update Selepas Setahun

 Assalamualaikum, Hi

my dear super duper diary online


Rasanya sudah terlalu lama blog ini sepi. Banyak kali terfikir nak menulis, tapi itulah selalu tertangguh. Kadang sibuk dengan kerja, kadang tiada idea dan kadang terlalu pernat kot dengan rutih harian. Namun hari ini, aku cuba putuskan untuk update juga blog ni. Bukan sebab dah ada masa, tapi sebab rindu + kita guna laptop baru. Hahaha.

Btw, banyak yang berlaku dalam tempoh setahun ini. Ada pengalaman yang mengahar erti sabar, ada kisah yang mengajar erti syukur.; Ada juga moment kecil yang mungkin nampak biasa, tapi sebenarnya meninggalkan kesan besar dalam diri. Sebab itulah rasa sayang pula kalau tidak ditulis dan disimpan sebagai kenangan. Menulis bukan untuk sesiapa, tetapi untuk diri sendiri. Supaya nanti bila aku kembali membaca, aku akan ingat perjalanan hidup ini dengan senyuman. Walaupun ada yang terpaksa dihadapi dengan senyuman.

Semoga catatan ini menjadi permulaan semula untuk banyak tulisan selepas ini, insyaAllah. 

with love, Dee.

No comments:

Post a Comment