Tuesday, September 23, 2025

Kembali Update Selepas Setahun

 Assalamualaikum, Hi

my dear super duper diary online


Rasanya sudah terlalu lama blog ini sepi. Banyak kali terfikir nak menulis, tapi itulah selalu tertangguh. Kadang sibuk dengan kerja, kadang tiada idea dan kadang terlalu pernat kot dengan rutih harian. Namun hari ini, aku cuba putuskan untuk update juga blog ni. Bukan sebab dah ada masa, tapi sebab rindu + kita guna laptop baru. Hahaha.

Btw, banyak yang berlaku dalam tempoh setahun ini. Ada pengalaman yang mengahar erti sabar, ada kisah yang mengajar erti syukur.; Ada juga moment kecil yang mungkin nampak biasa, tapi sebenarnya meninggalkan kesan besar dalam diri. Sebab itulah rasa sayang pula kalau tidak ditulis dan disimpan sebagai kenangan. Menulis bukan untuk sesiapa, tetapi untuk diri sendiri. Supaya nanti bila aku kembali membaca, aku akan ingat perjalanan hidup ini dengan senyuman. Walaupun ada yang terpaksa dihadapi dengan senyuman.

Semoga catatan ini menjadi permulaan semula untuk banyak tulisan selepas ini, insyaAllah. 

with love, Dee.

Wednesday, February 14, 2024

Salam Februari 2023A

 Assalamualaikum, Hi

Well its february. Suddenly teringat akan blogspot. So kira jadilah ye sambil sambil lipat kain. Sesungguhnya diyana dan kain berpisah tiada. Mana taknya, semua kain pun nak di sterika. Weyhhh pleaselah macam mana nak buat ehhh lipat kain tanpa lipat. Hmmm...

Until next post. Semoga bukan tahun depan :)


Wednesday, July 20, 2022

Nak Update Apa Hari Ni?

Selalu sangat tiada idea nak tulis apa dalam blog sendiri ni. Walaupun tiada orang baca but at least untuk diri sendiri. Bolehlah kot baca and gelak sorang diri mengenangkan tulisan dalam blog. Banyak dah ditulis tapi status draft terus menerus. Entah bila agaknya nak publish. Cerita 2 tahun lepas pun masih diperam. 

Semoga diri ini cepat-cepatlah update diary online yang dah lama diperam. Wish me luck!

With love, Dee ❤️

Monday, April 04, 2022

PERTUKARAN EGTUKAR DILULUSKAN !!

 Alhamdulillah

PUSAT TINGKATAN ENAM SMK KUNDASANG, RANAU

doa untuk diri sendiri, semoga lebih sukses dan cemerlang di tempat baru

Aaaminn



Monday, January 17, 2022

TWENTY TWENTY TWO

Assalamualaikum, Hi
My super duper diary online

2022

Agaknya memang trend mama Raisha update belog setahun sekali. Entah apa yang sibuk sangat kan. Hahaha. Currently life pjj. Its not easy hokay. Semoga terus tabah dan semua urusan dipermudahkan. 

Till next post
With love, Dee