Wednesday, May 26, 2010

Perkara Yang Kita Tidak Perasan Atau Tidak Terfikir Langsung


Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi kamu dan sanggup mati kerana kamu.

Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi kamu dalam beberapa cara.

Sebab utama seseorang membenci kamu adalah kerana dia ingin menjadi seperti kamu.

Senyuman daripada kamu boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai kamu.

Setiap malam ada seseorang yang mengingati kamu sebelum dia tidur.

Kamu seorang istimewa dan unik.

Seseorang yang kamu tidak ketahui menyayangi kamu.


Apabila kamu membuat kesilapan yan sangat besar, ada hikmah disebaliknya.

Sekiranya kamu merasakan kamu dipinggirkan, fikirlah semula,
mungkin kamu yang meminggirkan mereka.

Apabila kamu terfikir kamu tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang kamu inginkan,
mungkin kamu tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya kamu percaya pada diri sendiri lambat laun kamu akan memperolehinya.

Kenangilah segala pujian yang kamu terima. Lupakan segala maki hamun, caci dan cela.

Jangan takut untuk meluahkan perasaan kamu kerana kamu akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

Sekiranya kamu mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahu dia yang dia adalah yang terbaik.

No comments:

Post a Comment