Thursday, March 31, 2011

VITEX

Assalamualaikum & Hello
=)


Kenapa Vitex?
That's was the name for our batch. 22th batch of the Faculty Sport Science and Coaching.
but please okay, pronoun its right.
Not Vitagen. 
Not Kotex.
Not Carltex.
dan apa-apa nama yang sama sekali tidak sepatutnya.
Saya sangatlah marah, tak suka dan sebagainya kalau kamu tak sebut elok-elok.

Peringatan penting buat kalian yang berada di luar sana.!!

Seperti biasa saya akan titipkan gambar-gambar di hari kejadian.
March, 30.
Perjalanan Photograph.


Mestilah capture gambar diri sendiri dulu.

Sedang menanti mereka-mereka yang disolek.

Aha. Dia ni lah 'mak andam' berjaya dan akan terus berkarier menjadi tukang make-up sampai abis semester. *wah, berharap sajalah aku ni.

Bagi peace yang sangat menawan. Haizzz.. :)


Selagi boleh control, selagi itulah juga boleh control.
Kecelaruan ayat.

Sangat jelas disitu orang yang sedang membuka bekas makanan.
Lapar mungkin. Ambil bau pun jadilah.
We are The New Generation :)

Saturday, March 12, 2011

Ceklah! Ada Aku Kesah!

     Assalamualaikum & Hello :)

Memang best kalau masa-masa tension boleh tembak orang. Boleh juga lepaskan geram. Haha. Kebetulan pula bilik kitaorang kena buat checking. Aha ! Cantik !

Stiker mana?

Tukang cek  : tok. tok. *ketuk pintu.
Roomate 1  : sapa pula datang malam-malam ni.
Roomate 2  : Berdiri buka pintu. *Macam malas nak buka. Tengah buat assignment.

Tukang cek  : Boleh tengok borang barangan elektrik?
Roomate 1   : ??? *blurr..
Roomate 2   : Ada-ada. Ini kan?
Tukang cek  : Ya. Semua stiker ada kan? 
Roomate 1   : Memang ada, tapi tak lekat lagi.
Tukang cek  : Napa tak lekat? Mana stiker?
Roomate 2   : Kejap, ada ni. Stiker kau pun ada kat aku. 
                     *Cakap kat roomate 1. Pastu bagi tengok kat tukang cek. Muka tak puas hati. 
Tukang cek  : Heater kat luar sapa punya? Napa tak ada stiker?
Roomate 1   : Ada, cuma tak lekat.
Tukang cek  : Mesti lekat.
Roomate 1   : Aiya, aku nda suka lah lekat-lekat stiker ni. 
Roomate 2   : Tu lahh. Nanti ada kesan lekat stiker.
Roomate 1   : Eya bah. Eish, bala-bala. Menyibuk jak! Sambil jalan p tengok heater.

Kami Terpaksa saman!
Roomate 2   : Kami cuci lah. Tapi tak tanggal.
Housemate   : Tiap minggu kami cuci. Macam tu jugak.
Tukang cek  : Macam mana pula tak boleh tanggal. Kamu cuci guna penyapu ke tak?
Roomate 1   : Kami guna berus tangan lagi. 
Tukang cek  : Kalau saya buat boleh tanggal, macam mana?
Roomate 2   : Kami guna sabun ni. ***. Okay, kalau kakak maw try, cucilah kalau tanggal.
                      blablabla~~

Banyak songeh. Tengok lahh rumah siapa.

Friday, March 11, 2011

Open Day Sana Sini :)

Assalamualaikum & Hello :)

Last open day kat Kolej Aminuddin Baki. Sempat juga aku sampai dari UTM, Skudai ke kolej kediaman aku. Bukan KAB tapi Kolej Z. Misi utama balik bukan sebab rindu dengan bantal busuk, tilam bahkan juga kolej. Tapi rindu dekat kawan-kawan aku yang ada kat kolej ini. Sampai-sampai depan pintu pagar disambut oleh  Ayin Awg sahabat se'course. Hahahaha. Macam ada yang tak kena saja kalau disambut, padahal kebetulan terjumpa kat depan tu. So, apalagi aku pun followlah dia merayau kat booth-booth yang ada pada hari itu. 

Malam pun aku jalan juga, nak raihkan kemenangan dengan makan aiskrim. Tapi tak apa aku hargai dibelanja aiskrim oleh Ayin and makan oleh Nick Darial Darius. Thanks.

credit to Nekman.

Thursday, March 10, 2011

The Reality


The most difficult person to FACE in life is yourself.

A GRATEFUL heart is the cure for loneliness.

Do not judge the FUTURE by the past.

Never stop reaching for the GOAL in front.

Hold on to your BELIEF, then you will overcome difficulties.
TRIVIALITIES* can accumulate to an important episode.

Kind DEEDS can bring good returns.

DREAM is our motivation in life.

WISDOM is to understand that the world is ever-changing.

SINCERITY is a natural spring of water.

Danger brings us TRUE friends.

SMILE is the first step of a new life.

So, go on with your life with a new spirit. Everyday is a new day.
:)


Take from iLuvIslam.com


Kita Suka Menbandingkan Diri Dengan Orang Lain

Assalamualaikum & Hello
buat blogger-blogger yang dihormati

Hurmm satu lagi persoalan yang hendak dipertikaikan.
Kemana sahaja kita pergi.
Pasti dan pasti kita akan berjumpa ramai orang.
Dan kadang kala kita terfikir.

Alamak..
Kenapa dia lagi cantik dari aku?
Kenapa dia lagi hensem dari aku?
Kenapa orang itu gaji dia lebih besar dari aku?
Kenapa kereta dia lebih besar dari aku?
Kenapa dia tinggi aku pendek?
Kenapa gaji aku lagi kecik dari dia?
Kenapa.. kenapa.. kenapa?

Kita merasakan orang lain lebih beruntung dari kita.
Hidup rupanya bertambah resah gelisah.
Sering melihatkan apa yang dimiliki orang lain daripada apa yang dimiliki sendiri.
Tidak merasakan apa yang Allah beri itu adalah terbaik untuk diri.

Dan mulalah
Bedah sana, bedah sini.
Yang penyek dimuncungkan.
Yang gelap di putihkan.
Nak lawa dari orang lain
Akhirnya diri merana.
Oleh sebab tidak bersyukur dengan apa yang ada..

Cerita 

Seorang ibu terapung di laut kerana kapalnya karam.
Tapi yang pelik.
Makcik ni bahagia sahaja.
Kenapa ya??

“Mak cik mempunyai 2 org anak lelaki. Yang pertama sudah meninggal, dan yang kedua hidup lagi dan tinggal di Johor. Kalau makcik terselamat, makcik bahagia kerana dapat berjumpa anak kedua makcik di Johor. Tetapi jika ditakdirkan makcik meninggal, makcik juga bahagia kerana akan berjumpa anak mak cik yang pertama di syurga”

Hidup akan lebih bahagia kelau kita menikmati apa yang kita ada..

"ubah dirimu.. maka Allah ubah yang lain-lain"

rujukan : Tarbiyah Dzatiyah
Paradigma Sukses
Menjadi sebaik-baik manusia
m/s 43 - 44

share from one of blogger in Malaysia.
forgot to save the link.
sorry for that. :)

Tak Cukup Lagikah??

Assalamualaikum & Hello
Sekadar buat renungan aku dan sesiapa sahaja yang merasakan ianya berkaitan

Katakanlah
Kita sudah memiliki rumah, sudah ada kereta
Pekerjaan yang tetap
Dan pasangan yang baik.
Tapi masih ada yang tak best, masih ada yang kurang
Sampai terfikir
Apa lagi yang tak cukup dalam hidup ini ya?

Fikiran kita sememangnya banyak berangan-angan
Sudah ada rumah, tapi tak cukup besar
Nak lagi besar dan lagi besar
Sudah ada kereta, tapi tak cukup mewah
Nak lagi mewah dan lagi mewah
Kita nak itu, nak ini..
Kadang-kadang nak capai apa yang dingini itu
Sampai sanggup menipu, membuat kerja-kerja yang salah disisi agama
Rasuah, menipu, peras ugut
Sebab apa?
Sebab nak kejar apa yang diingini..

Tapi yang peliknya
Walau sudah dapat apa yang diingini itu, sudah kaya
Ada lagi keinginan nak tambah lagi
Tak puas hati lagi
Tambah lagi. Tambah lagi.
Hati juga bukan bahagia
Tidak tenang
Semakin besar rumah, semakin kereta mewah
Semakin tak tenang rupanya
Kenapa pula ya?
Sebab hutang berderet.

Mengutamakan keinginan melebihi apa yang dimiliki
Tidak perasan apa yang dimiliki itu sudah cukup membahagiakan
Bukankah itu tandanya kita tidak bersyukur?

SubahanAllah..


Tuesday, March 08, 2011

Tak Suka Bila d'Psiko


ingin meluahkan sesuatu pada insan-insan itu
tapi tak kesampaian
arghhh ada kena mengenakah dengan tajuk ini.

Sungguh aku tak sabar semester ini habis
selagi tak habis selagi itu aku tak tenang
*i guest.
tak sukanya dengan semua ini
mungkin memang ini rasanya bila dikelilingi or berada dalam persekitaran yang tak seiring ni. 
sangat-sangat tak faham berhadapan ini.
aku sudah agak perkara macam ni mesti ada dan jadi kat aku.
Ya, mungkin sebab aku masih berperangai macam budak-budak
janganlah nak dengki pun.
satu perkara yang paling aku tak suka, and termasuklah kalian semua.
Bila di psiko dengan kata-kata dan yang sama waktu dengannya
tapi kalau aku menjawab, mulalah korang cakap aku 
aku cakap pedaslahh
sakit hatilah dengar aku cakap
suka menyindirlah
tak nak kawan dengan aku lagi
inilah itulah
blablabla
apa ni babe? please lahh? korang boleh buat, apsal aku tak boleh.
jangan nak berlagak lahh weyh.
takkan aku nak biar diri ini sentiasa ditindas oleh orang-orang itu
sejak dari dulu lagi sentiasa jumpa orang seperti itu
nasib baiklah aku ada perasaan and tahu hormat orang tua
bukan macam korang. Ya kan?
  
So buat orang-orang yang kuat psiko tu, meyh dengar sini,
aku takkan tunduk kat korang,
malah aku anggap korang tu sebagai satu b------, dan ujian buat aku
mungkin juga ada hikmah disebalik kejadian ini,
dan pertemuan dengan korang.


Last but not least, terima kasih buat keluarga, boyfriend and rakan-rakan yang ada dan 
bagi semangat kat aku. Thanks for everything.


Nota Buat Kalian

Kepada sesiapa yang terasa akan kata-kata atau yang agak tak sopan ini nak buat macam mana
aku tak tulis pun nama sapa-sapa kan
so, jangan nak pandai-pandai buat konklusi sendiri.
Anggap saja ianya tak ada kaitan dengan yang masih hidup atau sebaliknya.


Saturday, March 05, 2011

Agak Konfiden Sudah



Confidence Quotes from Dolliecrave.com


Jangan pernah tunduk dan menyerah kalah. Walaupun banyak halangan yang kau mesti tempuh.
Tidak susah untuk menjadi susah, dan tidak senang untuk menjadi senang.

Confidence Quotes from Dolliecrave.com


Jadilah diri sendiri, kerana disitulah terdapatnya keunikan tersendiri. 


Nota Buat Kalian


Confidence Quotes from Dolliecrave.com




Karnival MASUM Siri II UTM, Skudai

...Assalamualaikum & Hello...

Selepas Festival Combat hari itu, aku join pula tournament taekwondo dekat Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. 
Majlis Sukan Universiti Malaysia Siri II
first tu rasa takut juga nak bertanding
lebih-lebih lagi bawa nama universiti
apa-apa pun kena kuatkan semangat walaupun ada banyak masalah masa tu
masalah-masalah tolak tepi dulu
yang penting fight

Pagi itu, gerak dari kampus Suluh Budiman dalam pukul 8. Sudahlah pagi tu aku bangun lewat. Baju pun tak packing lagi. Fuhh, apa lagi macam full speed lahh mengemas. Nasib baik tiada barang yang terlupa. Kalau cerita details sangat pun tak ada maknanya. Haha. Perasan betul. Macam lahh orang nak tahu sangat fasal kau, diyana. Hehe.

Seperti kebiasaannya aku main kategori FIN. Agak kecewa sebab tak dapat emas. Sikit lagi untuk itu.
Huk3.
Tapi aku kena bersyukur atas apa yang aku terima. Buat apa nak merungut kan? 
And last sekali, terima kasih buat mummy and daddy yang bagi support serta semangat sebelum fight.
buat NDD juga. :)
serta rakan-rakan.

SILVER MEDAL FOR UPSI



diari bergambar terpilih untuk kenangan peribadi



abang faiz nyek budiman
dia ini orang kuat taekwondo upsi
thanks for support bro !


abang brahim
dia ni pelawak dalam team taekwondo
kalau dia turun training, confirm gelak tak habis

call her kak paih
but sometimes I forgot to call 'kak'
hahaha

this is ima
batchmate aku
we are vitex



team poomsae lelaki
cute je tengok diorang
sama sama saiz
hihihihi :)


gadis-gadis taekwondo upsi


berjalan-jalan di mall
JOHOR BHARU



-the end-



Nota Si Kecik : Akan terus berjuang.

Bina Insan Guru Latest

Assalamualaikum & Hello

Di hari kelapangan ini, terdapat sedikit mood untuk mengupdate blog yang agak kusam ini.
HAHA!


Tapak Perkhemahan

khemah induk yang didirikan sendiri oleh para fasilitator

khemah itu adalah khemah peserta-peserta kem


Birthday Party & Jom Ronggeng

bersama Dr Amin

tak ketinggalan senior-senior fasilitator, mereka sanggup datang. ERUDITE.









Survival BUKAN Masak-Masak


cek keadaan survival. sambil-sambil itu snap picture juga. ngee~~





Tubing Bermandi - Manda



Okay, cukup sampai disini. Agak banyak gambar yang di'upload', nanti lambat loading pula page ini.
HIHI.
Tak tahu nak tulis apa. Cukuplah sekadar melihat kepada gambar-gambar diatas.



Nota Si Kecik : Ada banyak lagi gambar, kalau nak minta boleh saja.
Hantar email.