Assalamualaikum dan Hello :))
Tak tahu nak tulis apa untuk intro. Terus kepada isi or body saja kay. Kita kena pelajari sesuatu dalam hidup kita. Betul, semua orang akan belajar serta mempelajari sesuatu yang akan merubah hidup kepada yang lebih sempurna.
Apa yang perlu kita pelajari? Itu semua terpulang kepada mereka yang memilihnya. So, bacalah post kat bawah ni.
Pandanglah segala sesuatu daripada kacamata orang lain. Apabila hal itu menyakitkan hatimu, ia mungkin menyakitkan hati orang lain.
Kadang kadang bila kita nak cakap sesuatu itu, kita kena fikir level orang lain juga. Jangan kita fikir semua orang sama standard dengan kita.
Jangan kerana kau itu, seorang yang kaya, berpelajaran tinggi, kau nak cakap ikut suka saja. Lecturer pernah pesan dulu kalau korang jadi doktor tak payahlah nak berlagak sangat. Jangan sampai patient pun korang nak hentam dengan teori teori sains korang. *sama waktu dengannya lah*
Kita kena letak diri kita sama dengan orang itu. Jangan sampai terkata apa apa yang menyakitkan hati. Orang selalu nak tengok sesuatu bagi pandangan dia saja means pandangan sendiri. Macam mana pula dengan orang lain? Kalau kita sakit hati, kita bising bising. Tapi kalau sakit hati orang pula macam mana pula?
Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergi ke tempat tempat yang kamu ingin pergi. Jadilah seperti yang kamu inginkan, kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal hal yang ingin kamu lakukan.
Manusia kadang kadang selalu takut untuk mengambil risiko. Takut pada kata kata negative orang. Kalau korang nak tahu, kadang kadang kita tak dapat jadi diri sendiri kerana kita takut pada orang lain. Kita takut kita malu. Apabila kita buat sesuatu, selalu fikir orang lain akan ketawakan kita. Lepas itu kita pula jadi down, dan itu sebenarnya salah sama sekali. Kita hidup sekali, peluang kadang kadang tak datang selalu. So apa salahnya kan? Jadilah apa yang kita nak jadi.
Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalunya memiliki hal-hal yang terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.
Sungguh benar, nak jadikan hidup kita ni happy. Tak semestinya kita kena kaya raya, dapat husband handsome gila, naik kereta force, lepas study pula first class and apa apa sajalah.Semua orang semestinya nak yang terbaik tapi tak semua kita dapat. Walau apa pun, itu tak bermakna kita tak dapat nak bahagia.
Orang naik basikal pun kadang kadang hidup lebih bahagia daripada mereka yang naik bmw. Kadang kadang orang cacat lebih bahagia daripada orang yang sempurna segalanya. Sebab dia pandai dan bijak gunakan peluang yang ada.
Saya mengaku. Saya orang susah. Semua nak tak dapat. Walaupun parents saya.. Saya tak macam anak anak orang kaya yang selalu dapat yang terbaik. Saya biasa biasa saja. Tapi setiap orang ada kelebihannya yang tersendiri, begitu juga dengan saya. Kita adalah kita. Jangan pernah kita fikir susah. Kalau kita fikir bodoh, maka bodohlah kita. Bukan susah nak jadi susah kalau kita tak fikir sebaiknya, tapi bukan juga senang nak jadi senang kalau kita tak pandai gunakan setiap peluang.
Kebahagiaan tersedia bagi mereka yang menangis, mereka yang disakiti hatinya, mereka yang mencari dan mereka yang mencuba.
Dulu saya selalu menangis. Saya takut untuk menghadapi masa hadapan. Tapi kita kena kuatkan semangat. Sebab itu dalam hidup ni, kita jangan pernah putus asa. Kadang kadang bila kita putus cinta, kita rasa dunia dah tak ada. Kita mengamuk, kita jadi macam orang gila, tapi sebenarnya kita kena yakin bahawa semua yang terjadi ada hikmah disebaliknya.
Kenapa kita perlu menangis? Kenapa kita rasa susah pada hari ini? Kenapa? Itu kita kena fikir..
Mungkin bila suatu hari kita dah hidup senang, kita akan jadi lebih bersyukur. Dan bila kita tengok orang susah macam kita dulu, kita pun fikir. Patutlah tuhan bagi kita susah dulu. Sekurang kurangnya kita faham keadaan orang itu.
Bila kita jatuh, kita bangun. Biar berjuta kali, kita kena bangun. Jangan pernah putus asa. Selagi diberikan kudrat, kita harus mencuba dan terus mencuba. Kalau gagal, kita kena cuba juga. Sebab, kekadang kebahagiaan yang kita dapat itu selepas kita gagal berkali kali.
Kesimpulannya,
Setiap benda yang berlaku, kita belajar, belajar dan terus belajar. Belajar daripada kesilapan kita juga kesilapan orang lain. Belajar sampai puas. Jangan pernah fikir kita tidak mampu nak lakukan sesuatu hanya kerana ada orang cakap kita tidak mampu.
Dan tak menjadi satu kesalahan kita fikirkan diri kita. Tapi tak salah juga kalau kita fikirkan orang lain.
4 comments:
nice :)
dibaca2 saja. hehe. bh ponsikou blg. hihi.
bagus juga ni belog,,
terima kasih..
Post a Comment