Saturday, August 13, 2011

Keperluan Masuk Kolej / Universiti

Assalamualaikum warah matullah hiwabarakatuh dan Hello kawan-kawan :))

Tiba-tiba teringat masa dulu-dulu sebelum masuk kolej. kolej? Bukan universiti? Hurm kalau dekat uni kita tak panggil asrama, kita panggil kolej kediaman. Samalah juga kalau dekat matrikulasi. 


Hah, first time masuk university nih, mesti arh gembira tak terkata. Kalau boleh nak bagi tahu saja dekat orang ramai like : 

“woii korang semua, saya dapat masuk university” 

Tapi bila first juga lah banyak benda yang perlu diuruskan like:
Medical Check-up
Buka akaun Bank Islam ptptn
Bayar yuran Bank Islam resit pembayaran SIMPAN
Photostat segala ic 
Sahkan segala ic dan dokumen
Gambar passport
Lengkapkan segala borang
Beli barang keperluan

*mesti korang rasa sangat terseksa. Tapi kenalah bersabar, kata nak jadi budak universiti*
Anyway pendekkan cerita, saya just nak bantu korang memilih seterusnya membeli barang keperluan
...list disediakan dibawah...

klik and zoom!








Macam mana kawan-kawan.
Tak kisahah macam mana pun yang penting saya memang nak share benda nih.
Tapi, tadalah semua pun korang nak beli like gadjet rumah (photo4)
Beli yang wajib dulu. Yang itu nanti korang settle sesama dengan budak rumah.
slow talk sesama sendiri.
sharing is caring ma.
Anyway yang baik diambil, yang tak baik tu abaikan.

.......

Sekian daripada saya, 

Tuesday, August 09, 2011

Bila Dah Tiada, Baru Rasa Kehilangan



Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan Hello teman-teman 
=)

Post kali ini mengandungi ayat-ayat yang gramatis, romantis dan gratis. 
*tolong jangan _______ dihadapan komputer anda"

"SAYA SAYANG AWAK, AWAK SAYANG SAYA TAK"


Kadang-kadang kita tidak menghargai orang yang  mencintai kita sepenuh hati, sehingga kita kehilangannya.  Pada saat itu, tiada guna penyesalan kerana perginya tanpa berkata lagi.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kita bertemu seseorang yang sangat bererti, hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Oleh itu, jangan simpan kata-kata cinta pada orang tersayang sehingga dia meninggal dunia lantaran akhirnya terpaksa catatkan kata-kata cinta itu dipusaranya.
Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya. 

So, tunggu apalagi. Hehe. Sekian.

Thursday, August 04, 2011

Senangnya Menyalahkan Orang Lain

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan Hello 
:)

Tiba-tiba teringat dengan perbuatan orang itu.
Sebab itu saya nak tulis, bukan nak mengata tapi kekadang saya pun sama juga. Itulah manusia.
Suka tengok salah orang lain dulu sebelum tengok salah sendiri.
Bila ada sesuatu berlaku. Orang lain juga yang dipersalahkan.



Nak mengarah orang lain senang saja.
Nak yang macam ini, nak yang macam tu. Semuanya mesti sempurna!
Tapi tak pernah nak bagi tunjuk ajar. Betul tak?
Bila kita tanya marah. Bila tak tanya pun marah.
Bila buat salah mulalah nak menengking.
Apa-apa pun sabar saja.


Sekian. 

……….

Monday, August 01, 2011

Tiada Siapa Yang Tak Cantik ! Saya Cantik :)


Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan Hello :))

Pertama tama sekali saya ingin mengucapkan SELAMAT  MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK
kepada semua muslimin dan muslimat.
Semoga kita semua berusaha merebut sebanyak mungkin pahala. InsyaAllah.

Semalam dah siap buat post nih. Tapi boleh saja perpustakaan itu tutup wifi awal awal. Tak bagi tahu pun
So, terpaksalah taip semula.




.......

Oh, kami cantik! 
*hehe*

Orang yang cantik tidak semestinya dia cantik hidup diorang tidak semestinya tenang.
Sentiasa beringat dan setkan dekat kepala korang hargailah diri korang.
Kerana dirimu begitu berharga. 
*iklan apa entah. terlupa*
Buangkan mentality dalam diri yang selalu merasakan diri tak cantik, tak hensem, tak menarik.
Setiap orang ada keistimewaan sendiri.
Jangan rasa rendah diri dengan apa yang korang dapat.
Kadang-kadang kita fikir, aku nih tak cantik. Tak macam dia. 
Kulit putih, hidung mancung, macam macam lah yang nak dibandingkan.
But take this, syukur Allah tak jadikan aku cacat.
Alhamdulillah.

Ingat! Kita tak hodoh. Semua orang fikir ada yang tak kena dengan diri sendiri. Kita rasa orang lain lagi cantik daripada kita. Kita tak tahu diorang sanggup bersakit sakit supaya jadi cantik.

Abaikan apa yang orang cakap pasal diri kita. Kadang-kadang orang selalu kritik kita nih ada agenda lain. 
Mungkin saja diorang cemburu dengan kita. Dorang saja nak buat kita down.
Biarlah orang nak cakap apa pun. Yang penting jadi diri sendiri.

Sekian.
.......