Sunday, April 08, 2012

Cuti bermula. Jom balik kampung.


Assalamualaikum

Yeppiii!! Cuti bermula. Rehat sekejap sebelum masuk detik terakhir semester depan. Sekarang ni blok blok kolej sudah sunyi. Sudah mulai kosong jam demi jam. Tambah lagi roomate sudah berangkat balik kampung saudara dia. Oh, terasa bilik nombor tiga yang sekecil-kecil ini amat besar untuk aku sorang. Dah tak macam bilik ______ rasa macam bilik master room rumah Aaron Aziz. Ahaa nampak tak hiperbolanya disitu. Nak bagitau semua orang sudah balik kampung, sudah pergi meninggalkan bumi Tanjong Malim. Eyalah, siapa tak seronok kan kalau dapat cuti lagi lagi yang masih belajar macam aku ni. Semua orang berlumba-lumba nak balik kampung. Berebut nak beli tiket. Siapa cepat dia dapat kan. Aku pula beruntung sebab aku ada aunty and uncle yang sayang kat aku datang amik aku dekat kolej ni. Selamatkan aku daripada mangsa kebuluran dekat sini. Love you. Jasamu dikenang :)

tak sabaq nak balik dah ni. tak sabaq nak makan nasi lima pinggan. tak sabaq nak makan ayam. ikan. sotong. udang. ikan masin. sardin. tomato. terung. bendi. dan yang paling penting nak pi gym. pftttt..

cuti cuti juga assignment tak boleh lupa. memang betul, holiday dan assignment tak boleh dipisahkan. so, apa yang aku kena buat. packing bersama assignment yang perlu disiapkan. walaupun aku akui tak semua kerja yang aku plan nak siapkan boleh disiapkan dengan jayanya semasa cuti. wekkk. tapi itu tidak mengapa. abaikan fikiran negatif seperti itu. sekurang-kurangnya aku mencoba bukan. hihi. 

baiklah ucapan kepada semua rakan rakan diluar sana yang dah sampai kampung tu, enjoy your holiday ya. Jaga kesihatan diri. Jaga keselamatan diri. 

Selamat bercuti korang semua.


No comments:

Post a Comment