Aku selalu jumpa manusia yang suka bermuka-muka. Siapa selalu jumpa? Sila angkat tangan. Manusia jenis ni memang bangsa tak berpendirian. Depan kita dia cakap hal lain, belakang kita lain pula cakapnya. Yang paling best bila mulut dia cakap hal buruk orang pastu canang seluruh alam. Kalau kita betul-betul buat tu boleh terima lagi tapi ni tak. Ini buat aku hangen ok.
Rasa nak sepak je manusia macam ni. Kau ingat kau tu perfect sangatlah. Yarkkkk. Macam ____________ (sila isi tempat kosong dengan ayat yang kamu fikir sesuai). Manusia macam ni takkan berhenti bercakap pasal kita. Dia akan sentiasa cari keburukan kita, salah kita, tambah masalah kita, buat cerita canang sana sini lebih-lebih lagi bila kita ada masalah. Memang tu lah part dia paling suka. Lagi, dia tak suka tengok kita berjaya. Serius aku cakap. Tak suka tengok kita BERJAYA. Nampak tak yang dia jeles dengan kita yang sedikit berjaya. Yes, aku akui kehebatan dia berkata-kata aku akui kehebatan dia pengaruh orang lain. Terbaiklah. What the.? Yang nak dijadikan cerita lagi, manusia macam ni suka minta-minta perhatian orang lain. Tak payahlah weyh, orang tambah menyampah meluat dekat kau. Dengan menggediknya, mengada-ngadanya. Eeeuu. Kesian tak? Aku cukup kasihan
"kesian kau kan, nah meyh sini ambik sikit femes aku ni".
*hentak kepala*
Moral of the story, berhati-hatilah bila berkawan. Kadang-kadang ada kawan yang baik depan tapi bila dekat belakang mulut macam longkang, parit, tempat pelupusan sampah, nasi basi, semualah! Kadang-kadang kita tak perasan orang tu ada je dekat-dekat dengan kita. Kita yang tak perasan. Sebab muka dia seakan-akan suci tapi perangai macam haram. Jangan dia fikir aku tak boleh nak bersemuka dengan manusia macam dia lepas semua ni berlaku ok. Aku masih boleh senyum, bergurau senda tapi kurang mesra, makan semeja, bergambar masuk fb dengan manusia tu. Aku boleh ok.
Memang dipenghujung harinya saya akan kecewa dengan perangai kawan macam ni. Tapi, hati saya akan merasa puas sebab dapat luah segala yang nak dimarah dan digeramkan tentang perangai mahkluk macam ni. Sekian terima kasih.
No comments:
Post a Comment