Wednesday, February 06, 2013

I Got The #Result. Alhamdulillah.

Assalamualaikum, Hi
My Dear Diary


mood aku sekarang ini tengah hepi-hepian. berbunga-bunga macam baru sedang bercinta. ahaa. act, aku dapat berita gembira ni semalam lagi. tapi sibuk nak celebrate the good news. wah, macam ada jek. padahal aku celebrate sorang-sorang dekat ice cool, minum bubble. pastu berusaha memaksa cousin escape kerja semata-mata temankan karaoke. hahaha. thanks babe. aku paksa pi karok kau pula yang bayar. lalalala.

control perasaan dulu, lagu tengah loading..

lalalalalala

back to the story.
Alhamdulillah. sekali lagi Allah makbulkan doa aku. alhamdulillah syukur sangat-sangat. maka dengan itu sekali lagi dapatlah aku hadiahkan kegembiraan ini pada mammy and daddy aku yang setia berada disamping aku dalam susah dan senang. semalam mammy senyum sampai telinga. siap cakap, terima kasih mammy happy. mereka kekuatan ku. sayang mereka ketat-ketat. terima kasih ya Allah. gembira sangat semalam sampaikan tidur pun tersengih-sengih. hambik kau tahap kegembiraan melampau sampai terbawa-bawa. Astagfirullah.

kadang-kadang, aku terfikir, rasanya macam tak layak dapat result macam ini, tapi bila difikirkan balik mungkin Allah bagi aku sedikit kegembiraan sesudah menguji dengan pelbagai dugaan yang agak hebat sepanjang semester lepas. sesungguhnya Allah tidak akan menguji manusia dengan apa yang mereka tidak mampu. semoga Allah terus berada bersamaku agar aku takkan pernah terpesong, tergelincir mahupun menjadi kufur diatas segala pemberiaannya kali ini.

tahniah juga pada sahabat-sahabat yang dapat keputusan gempak. aku dengar-dengar ramai dapat dekan and first class. tahniah u all's. (^______^) tak lupa buat buah hati kesayangan saya, terima kasih kerana sentiasa menyokong kekasih awak yang banyak karenah ni dan kadang-kadang tak berapa nak betul. ahaa. thanks ya. sedikit sebanyak, kasih sayang awak sangat membantu dalam menjayakan keputusan saya.


Kawan-Kawan
Doakan kejayaan saya di dunia dan akhirat kelak;
Saya akan doakan korang semua jugak. Amin.
Entri ini bukan untuk bangga diri, riak mahupun angkuh
ini direka cuma untuk berkongsi kegembiraan

keep in touch, DiyanaTjuman

No comments:

Post a Comment