Sunday, September 15, 2013

Tak Perlu Nak Minta Perhatian Sangat

Assalamualaikum, Hi
My Dear Super Duper Diary

long time no write because of the kekeringan idea didalam otak. lepas makan supplement shaklee, sekarang idea bertempek banyak tapi surelah tak dapat nak grab semua. aku bukan typo bijak pandai lagi bergaya. idea ini datang daripada blogwalking dan kisah seorang member yang baru lepas curhat dengan aku. 

you know what diary. aku kekadang tu rasa sedih pun ada bila tengok seseorang tu berusaha betul buat macam-macam. buat itulah buat inilah semata-mata inginkan perhatian daripada orang lain. tak kisahlah perhatian daripada sesiapa pun termasuklah perhatian daripada orang yang tak dikenali. tapi asyik spoil saja maybe sebab tak ikhlaslah kot. biasala kerja buat tak ikhlas mestilah tak berkat. for me. its normal. semua orang inginkan perhatian daripada orang lain. ya, aku tahu ada orang akan nafikan fakta logik ini mungkin sebab dia tak perasan dengan keadaan macam ini.


picture tumblr

wahai si peminta perhatian, disini ada beberapa tips sesuai untuk kau. cadangan sajalah. nak guna, guna. tak nak, sudah.

1. please banyakkan bersabar. keep calm down. jangan cepat marah. jangan cepat merajuk tak tentu pasal dan jangan cepat melatah. reason: kau akan buat orang sekeliling kau meluat, meyampah and etc. sometimes menjauhkan diri daripada kau pun ada. kau ada perasan tak.?

2. situasi ketika bercerita. bila kau tengah rancak bercerita. tiba-tiba si pendengar tukar topiklah, pergi toilet lah. mesti kau rasakan kecewa yang amat. well, it is better kau berhentilah bercerita. full stop ! reason: memang sah-sah orang tu dah tak minat nak dengar cerita kau. nak nak bila kau  sibuk nak show itu ini atau cerita perihal pakwe makwe kau. enough okay!

3. jangan tunjukkan perkara yang orang lain tak minat. tak semua perkara yang kau suka, orang lain pun akan suka. dan tak semua perkara yang kau tak suka, orang lain pun kena tak suka. pandai-pandailah faham sendiri. reason: all people ada different test. tak sama hokay!

4. jangan over acting. maksudnya disini, semata-mata nak kan perhatian dari orang lain, kau sanggup pakai yang bukan-bukan, melampau, bermake-up tebal dan semua pun nak over. kalau setakat nak pergi beli di pasar minggu tak payahlah weyh. reason: orang lain akan pandang kau dari atas sampai bawah lepas tu mulalah kau nak gelabah. "kenapa diorang tengok lain macam?" lepas tu ulang lagi pertanyaan tu "kenapa diorang tengok aku macam tu". dah kau pakai macam tu salahkah pula orang menengok. cukuplah pakai yang kemas, smart, bersih dan sesuai kena tempat. sure orang pandang manis saja. :)

5. jangan nak show-off. semua benda kau nak tunjuk. aku ada ini aku ada itu. pakwe aku handsome, makwe aku cantik macam puteri. iphone? ipad? emas? intan? permata? kalau boleh spender kau jenama victoria secret pun kau nak heboh sekampung. *eh adakah? reason: ya, taktik tu memang berkesan. berkesan untuk orang yang nak mempergunakan duit kau. minta belanja itu ini. okay, duit kau bukan duit aku. tapi kalau orang nak berkawan sebab duit, kawan macam itu tak kan ke mana babe.

6. jangan memperbodohkan diri sendiri semata-mata kerana orang lain. banyak lagi yang lebih menghargai diri kau. ingat, uolls manusia yang ada perasaan. apa salahnya jadi diri sendiri. reason: everything happens for a reason.

peringatan: sekiranya kamu seorang pelajar. entri ini mengandungi ayat-ayat yaang tidak sesuai untuk digunakan dalam karangan bahasa melayu. sekian sampai disini sahaja untuk hari ini. 

keep in touch, DiyanaTjuman

No comments:

Post a Comment