Tuesday, May 05, 2015

Penyakit pemalas. Tak guna cantik kalau pemalas.

Assalamualaikum, Hi
My Dear Super Duper Diary Online

This entry aku copy from another blog sebab aku rasa nasib kami serupa. so, kepada yang terasa aku malas nak layan. suka hati kau lah nak bermasam muka ke apa. Tak guna jadi cantik kalau pemalas cik kak oiii.

Kadang-kadang bermalasan tu tak apa. Mungkin sibuk dengan assignment dan kerja-kerja yang ada tapi agak-agak lah kan. Sesibuk mana pun aku, aku akan pastikan ada masa untuk buat kerja-kerja dirumah.

Orang yang pengotor dan pemalas and kerja sambil lewa dan tak kemas yang paling aku kurang senang. Especially kalau orang itu ialah seorang perempuan. Kalau lelaki ni, aku rasa macam ada la kelonggaran sikit. But still? Jangan la jadi pengotor sangat. Ingat tu dear future husband.

Kekadang aku terfikir macam mana la mereka ni boleh jadi perempuan? Kalau dah kawen, macam mana nak handle rumah tangga? Dia ok ke dengan keadaan yang macam tu, suami dia macam mana pula?

Aku dah banyak kali jumpa orang-orang yang macam ni. Aku pelik, hairan dan kadang-kadang aku naik menyampah! Antara fenomena yang aku pernah lalu dengan perempuan-perempuan pemalas dan pengotor dalam hidup aku, diantaranya ialah;

  • Aku balik kampung seminggu, sebelum balik, aku dah pastikan keadaan rumah tip top dan balik semula ke kolej, keadaan rumah aku MasyaAllah! sampah tak buang sampai berulat termuntah-muntah. kasut tak bersusun, rumah berpasir, meja makan tak berlap. Yang tu rumah, bilik pula, bau bangkai yang amat sebab roomate tak buang sampah berdarah dia. Seriusly!
  • Ada spesis yang menyapu tapi buang sampah tu dekat depan pintu toilet. Bukan sekali dua dia buat, berkali-kali tahu tak. Dah lah tak pernah nak cuci toilet. Memang toilet tu ada cleaner yang bersihkan. *contoh kakak senior yang tak boleh dijadikan contoh! 
  • Aku terpaksa cuci toilet setiap minggu pasal loya, kerana pengguna-pengguna yang ada tak reti nak cuci toilet. aku pelik sesetengah manusia yang tahu pakai toilet tapi basuh tak reti. boleh pula selesa nak mandi, nak membuang dengan sisa terlekat dekat toilet bowl, sisa hitam dekat dinding-dinding toilet, sinki. yucks! 
  • Aku terpaksa buangkan rambut-rambut yang memenuhi lubang laluan air. Kekadang aku biarkan nak tengok sapa yang ringan tulang nak kutip. Tapi hampeh, kekadang ada yang rajin. Kadang-kadang okay, kadang-kadang. Padahal, kutip pakai kai pun boleh.
  • Ada pula jenis yang suka kumpul sampah berdarah dalam basket toiletries. Dengan tak berbasuh. Apa kau rasa bila kau nak berus gigi, nak basuh muka tengok bendaalah tu terhidang dekat depan sinki. Mau seminggu dia kumpul. Serius talk, yang ni super duper pengotor punya perempuan! *budak junior yang aku rasa nak lempang pun ada!
  • Main tinggal je lepas masak. Aku tak kisah pun nak memasak. apakah jadanhnya tinggal dapur berminyak, sinki berlendir dan berair, pastu sisa-sisa makanan dalam sinki tak reti-reti nak cuci bersih-bersih. 
  • Aku susah payah mengemas dekat rumah, tapi orang lain sekadar tengok je dan bersenang lenang tengok laptop, tanpa ada perasaan nak tolong sama. Tak kan lantai nak biar tak bersapu berminggu-minggu. Orang sapu lantai paling kurang sekali sehari tahu tak? Kalau nak suruh pegang mop, memang harapanlah. Nak cuci toilet lagi hampeh.
  • Makan dalam bilik tapi sisa plastik buang dekat bawah katil. Makan keropok, plastik keropok buang bawah katil. Korek tahi telinga pastu buang bawah katil juga. Padahal plastik sampah dekat je! Aku pula yang terpaksa bersihkan. Dah tu, tak rasa bersalah pula. Budak bahasa melayu yang sangat-sangat no manners.
  • Kasut tak reti nak susun. Aku pantang tengok orang tak susun kasut. Lepas tu siap berumput bagai. Bukannya nak buang ke apa. Biar macam tu je.
  • Lepas duduk dekat meja makan, tak reti-reti nak sorongkan kerusi tu masuk balik. Lepas makan tak reti nak lap meja. Lagi satu, buang sisa atas meja makan kat lantai. 
  • Sidai kain tak kibas dulu and main sidai je kecik besar, lebar panjang. Aku sakit mata sungguh la. Orang lain pun nak sidai baju juga, kau ingat tempat sidai abah kau punya?
Ni antaranya lah. Sebenarnya kalau aku nak tulis, memang banyak. Tapi ini antara perkara-perkara besar yang aku tak suka. Aku cukup benci orang pemalas! Aku pun tak lah sekemas mana, bukanlah pembersih sangat or perfectionist, tapi entahlah. Payah aku nak cerita macam mana. Bagi aku, rumah tu kecik, rumah tu rumah papan ke batu ke nak roboh ke, tapi mesti kemas dan bersih. Kalau dah pemalas sangat pun, tak payah jadi rajin takpa, janji pandai-pandailah handle barang-barang sendiri. Lepas makan reti-reti lah lap meja makan. Basuh pinggan mangkuk tu jangan nak buang tinggal sisa dekat sinki.

Aku suka kalau rumah sentiasa bersih dan wangi. Aku sanggup bangun tengah-tengah malam and kemas rumah cuci toilet macam tak ada esok, sedangkan masa tu badan aku memang letih walaupun dah lewat malam. Kadang-kadang aku rasa diri aku ni kakak berbanding mereka. Padahal hakikatnya, aku lah yang paling muda.

Orang yang pemalas ni aku memang payah nak suruh pasal kalau aku minta tolong, buat aku sakit hati je. Sendiri-sendiri kena fahamlah kan. Dari aku sakit hati, baik aku buat sendiri walaupun tak ikhlas. So, cukuplah dulu cerita pasal orang yang bajet cantik tapi pemalas dan pengotor. Pandai-pandailah nak deal dengan hidup mereka. Tapi aku, minta maaf aku sangat benci golongan-golongan ini.

Sekian, terima kasih.

5 comments:

nayfatimahrasyid said...

bw here

Diyana Tjuman said...

Thanks sis :)
Senang2 nt sy bw disana pula ye

Diyana Tjuman said...

Thanks sis :)
Senang2 nt sy bw disana pula ye

Permata Malap said...

ei,akak baca pun geram gak jadinya.sangat pemalas lah kalau yang berdarah tu pun buang kat tempat yang tak sepatutnya.lepas tu,aih,kenapalah buang sampah bawah katil weh?ei,teruk bebenor la perangainya.tu yang senior la tu buat perangai huduh gitu tu?

Diyana Tjuman said...

masalahnya akak saya yang senior. sakit pula hati kite kat budak berperangai macam tu. sampai bernanah hati nak habiskan satu semester. harap-harap depa tak bawa perangai macam tu sampai kahwin kan akak.

Post a Comment