Assalamualaikum, Hi
My Dear Super Duper Diary Online
ada orang berpendapat, kau kena belajar tinggi-tinggi biar nanti senang dapat kerja. bagi aku semua tu bergantung dengan rezeki orang masing-masing. kadang-kadang kita belajar bukan sebab nak kerja bagus masa hadapan tapi ingin mendapat pengikhtirafan dan kepuasan diri. just mana tahu kita sahaja anak dalam family yang ada degree or master or PhD. Bagi parent bangga sikit. contohnya lah.
tapi bila korang dah diterima masuk sambung belajar di Universiti, janganlah sampai lupa diri sampai tak sedar diri, ter over happy. dapat terima masuk ke Univeristi bukan bererti uolls confirm dapat habiskan apa yang uolls belajar. that means, ada satu lagi cabaran yang tinggi iaitu untuk survive di U.
akan ada juga satu masa nanti korang akan diuji dengan macam-macam masalah. sampai ada masa tu kita nak tidur pun tak lena. what to do? jaga hubungan dengan Tuhan. kuatkan semangat dan tanamkan semangat untuk terus berusaha tanpa henti.
So, for those yang berimpian tinggi, janganlah enjoy yang melebih-lebih. PTPTN tu duit hutang, kena bayar balik. jangan pula ada yang dapat PTPTN terus beli gajet yang mahal-mahal. bagi aku, biarkanlah asal ada dahulu. lainlah kalau memang ada side income lain or memang anak orang berada. yang dapat biasiswa tu tahniah. jadi, manfaatkanlah sebaik mungkin just incase kalau parent tak dapat nak kirim duit bulanan. adalah tabungan sikt-sikit kan. dan yang paling penting, jangan mudah culture shock. just be yourself. jaga diri. jangan membuli dan tidak dibuli.
aku cakap macam aku ni style good-good je kan, semua ni drama dan tulisan semata-mata. aku pun ada juga waktu terleka. tidak menjadi kesalahan pun kalau nak happy dan release tension tapi biarlah berpada-pada. jadi, sementara kita dapat belajar, belajarlah. semester depan akan lebih mencabar lagi dan aku harap aku boleh survive.
doakan saya ya kawan-kawan.
keep in touch, Dian.
#inspiredbyAna
#inspiredbyAna
1 comment:
"belajar untuk dapat redha Allah" ustaz zainul asri darul hadith.
Post a Comment