Eh kau tahu tak, yang kita selalu rasa hidup ni tidak adil dan tidak selamat. Sebab itu agaknya, kita selalu complain itu complain ini. semua benda tak kena. semua nak salahkan kita, semua nak buat kita rasa sedih. tapi kita kena ingat akan sentiasa ada pihak yang sengaja menunjukkan kebaikkan mereka hanya untuk membuatkan kita rasa berdosa. meraka tak akan berpuas hati selagi kita tak menangis.
kita selalu dengar orang cakap, sayangilah sesama manusia sampai ke akhir hayat dan jangan pernah menyimpan dendam. biarpun ada yang membenci kita, mengata dibelakang kita, menikam, memfitnah dan sebagainya. memang itu semua diluar bidang kuasa kita sebagai manusia. namun aku adalah orang yang kuat menyimpan perasaan dan berdendam dalam diam. serius aku sangat berdendam. tapi mungkin itu dulu. aku cuba untuk tidak berdendam dengan sesiapa. bukan sebab aku mahu berlagak baik bukan juga alim. tapi apa yang aku mahukan adalah ketenangan dengan melepaskan dendam yang terpendam didalam hati.
aku juga tidak harapkan kesusahan ini dapat dielakkan sebab itu adalah ujian Tuhan dan Tuhan menguji kita dari bermacam-macam cara. Aku ingiinkan hati dan diri aku kuat dari yang sebelum ini. aku belajar untuk menerima dengan hati yang terbuka. semoga kesusahan yang diberi membuatkan aku belajar dalam hidup dan memperbaiki diri di hari lain. sesungguhnya kesusahan itu mendorong kita ke arah kebaikan lebih banyak dari kesenangan.
No comments:
Post a Comment