Wednesday, October 14, 2015

Travelog Taman Negara Pahang: Visiting Orang Asli


my first time visiting orang asli yang betul-betul melawat. selalunya tengok sipi-sipi je masa buat rafting dekat sungkai and gopeng. dear uolls next time kalau nak datang, awak awak bolehlah bawa makanan or jajan bagi dekat budak-budak kat sini. cuma terkilan haritu bagi coklat ****** dia boleh makan dan buang balik. tak kesahlah, kita pun macam tu juga bila orang bagi makanan kalau tak suka, kita telan je sebab nak jaga hati member. hipokrit betul. tapi diorang ni jenis direct. hahaha. next time bawa jajan lain pula.

berjaya buat dia senyum dalam gambar :)


it just, I wonder how can orang asli hidup, membesar dengan sihatnya dalam hutan. sedangkan aku yang tinggal dengan kemudahan yang lengkap selalunya sakit (dewasa kini). looking at this boy (terngat zaman kecik-kecik dulu), berlari-lari tanpa kasut, korek tanah, lompat sana lompat sini. kalau budak sekarang, depan gajetlah jawabnya. kena hujan sikit dah sakit. nasib baiklah aku generasi 90's, sempat juga merasa lari kaki ayam, main dalam parit longkang time hujan, curi-curi mandi sungai masuk kolam orang. ehhh banyak sangat, warna warni tak zaman kanak-kanak aku.



dengan dua kali percubaan sahaja berjaya menyumpit dengan perfecto. ahaha. angin perut hokay. serius laju je dart tu keluar. 




sempat belajar cara nak hidupkan api dalam hutan wihtout using batu or buluh, macam yang kena ajar dalam kem. selalu kena ajar je tapi demo and praktikalnya tak buat pun. last-last hidupkan api dengan tiga batang mancis. kalau tak berjaya, pakai spek pun boleh. jangan buat taktahu pula. masa darjah empat or lima dulu pernah kan dalam kelas sains cikgu suruh kita nyalakan api using kanta pembesar. sometimes you hv to use and apply apa yang kau belajar belasan tahun lepas. untunglah for those yang ada spek. kalau takda tu pandai-pandailah korang nak buat spek. hahaha. 

oh ya, haritu dia ajar hidupkan api guna kayu daripada pokok yang aku sendiri dah lupa nama kayu tu. caranya sangat menarik dan boleh diaplikasikan dalam kelas kem. cumanya nak mengenal pokok tu yang payah. maka dengan tak malunya kitaorang minta kayu tu buat sourvenier buat main api-api nanti. holiday, melawat dan belajar trip. 

Besides, diorang juga akan cerita the way they live in the jungle yang berpindah randah. Macam mana proses itu proses ini. Pantang-pantang larang dalam hidup masyarakat diorang. Nak tahu cerita apa, kenalah datang dan dengar sendiri. Barulah syok! Hehe

Hahaha. Aku kurang pasti why was my reaction be like that. Btw, thanks for all the best moments. Bagi korang yang datang Taman Negara Pahang, jangan lupa melawat orang asli dekat sini tau. Lain tempat, lain. Tak sama hokay.

Note: Sesetengah mentaliti orang akan ingat yang orang asli masih berpakaian like cawat and something like that. Mentaliti yang sama terhadap orang-orang yang duduk Borneo. Mohon buang pemikiran kolot korang tu ye. Dunia semakin maju tapi aku terkejut masih ramai berfikiran macam tu. Kesiannnnnn.

Lots of love, D.

No comments:

Post a Comment