Showing posts with label Sains Sukan. Show all posts
Showing posts with label Sains Sukan. Show all posts

Monday, July 22, 2019

Pengurusan Fail Panitia - Tulang Fail

Assalamualaikum, Hi
kepada semua cikgu dan ketua panitia
sesi sharing is love

okay, untuk guru-guru yang guna fail putih keras tu. Im not sure berapa mm. dekat bawah ni contoh tulang fail yang saya buat. kalau nak guna boleh download dekat bawah. nanti time print bolehlah guna color paper. oh ya, jangan lupa tambah & letak nombor rujukan fail sekali. good luck cikgu!

Klik SINI untuk download Tulang Fail
Klik SINI untuk Isi Kandungan
Klik SINI untuk Muka Depan Fail Panitia

with love,
Cikgu Dee

Tuesday, July 16, 2019

Pengurusan Fail Panitia - Muka Depan

Assalamualaikum, Hi
kepada semua ketua panitia
sesi sharing is love

Contoh cover dibawah adalah hasil contoh dan rekaan sendiri semata-mata. tidak wajib pun follow macam ini. ketua-ketua panitia boleh reka atau hasilkan cover panitia masing-masing. ikut keselesaan panitia masing-masing. macam saya lebih selesa macam dekat bawah ni. memandangkan saya bersendirian dalam panitia. so saya rasa lebih senang buat macam dibawah. simple walaupun banyak fail. btw, saya guna fail keras warna putih.







Klik COVER FAIL PANITIA untuk lihat contoh cover
Klik SINI untuk download contoh cover


with love,
Cikgu Dee

Monday, July 15, 2019

Pengurusan Fail Panitia - Isi Kandungan

Assalamualaikum, Hi
kepada semua cikgu-cikgu & ketua panitia
sesi sharing is love

okay, when I was Ketua Panitia Sains Sukan (sekarang dah pindah), senarai dibawah adalah antara fail yang diwujudkan. yes, memang banyak tapi mudah untuk saya kemaskini. yang sebelum tu cuma ada satu fail. sedih tahu tak? katanya sekarang nak kurangkan penggunaan kertas, but then still all the document perlu ada dalam bentuk hardcopy. you know what I mean. bukti, evidens. takkan nak kena serbu baru sibuk nak print, lagi kalut. bukan senang jadi ketua panitia. masa tu baru posting dua minggu. but I berjaya sahut cabaran. Alhamdulillah. so saya nak share dekat sini untuk jadi rujukan diri sendiri di masa akan datang.

1. Fail Induk
2. Fail Surat Menyurat & Minit Mesyuarat
3. Fail DSKP / SP
4. Fail Program Peningkatan Pencapaian Akademik
5. Fail Penilaian Pentaksiran / Headcount
6. Fail Penyeliaan / Pencerapan PdPc
7. Fail Bank Soalan
8. Fail Ko-Akademik
9. Fail Semakan Buku Latihan
10. Fail Perkembangan Staf
11. Fail Pentaksiran Kerja Kursus
12. Fail Pentaksiran Bilik Darjah

klik SINI untuk cover fail

with love,
Cikgu Dee

Monday, May 18, 2015

Analisis Data Secara Efisien #spss #statistik

Assalamualaikum, Hi
My Dear Super Duper Diary Online

"Review: Buku Panduan Analisis Data Secara Efisien"


Penulis: Prof Madya Dr Ahmad Hashim

Sinopsis tentang buku ni:

...ditulis bertujuan bagi membantu calon sarjana muda dalam menyiapkan kertas projek tahun akhir, penyelidikan tesis sarjana dan disertasi doktor falsafah. Buku ini diharapkan dapat membimbing calon menyelesaikanb analisis statistik dengan penuh yakin, tenang dan bjaksana tanpa merasa tekanan. Cara penyampaiannya menggunakan bahasa yang ringkas, jelas dan tepat supaya mudah difahami. Buku Panduan Analisis Data Secara Efisien ini mengandungi 14 Bab. Keseluruhan kandungan buku ini boleh membantu para calon ijazah sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah bagi melaksanakan prosedur analisis data dengan menggunakan program SPSS for Windows. Buku ini dapat membimbing calon lebih mudah memahami dan melaksanakan kaedah bagaimana mendapatkan nilai kebolehpercayaan, kesahan dan objektiviti. Membimbing calon tentang prosedur melaksanakan analisis korelasi, Ujian-t, Anova Sehala, analisis faktor, regresi berganda, Anova dua hala, MANOVA dan kaedah ANCOVA...



bagi aku, tak rugi beli buku ni. senang nak faham. siap bagi step masukkan data sebiji-biji tinggal buat dekat program je lagi. lepas tu penulis buku ni ajar cara nak interpretasi data. I means, hasil analisis data yang perlu diambil untuk interpretasi data daripada Anova one-way, t-test and etc. nak tahu, nak belajar, nak mudah, nak siapkan tesis cepat-cepat kenalah beli buku ni. beli yang original tau. hehe. aku dah beli! siap dapat sign lagi tau! jangan jealous (^_^)v

with love, keep in touch

Wednesday, May 14, 2014

Majlis Pra Graduasi Batch VITEX part1

Assalamualaikum, Hi
My Super Duper Diary Online

Tarikh: 13 Mei 2014
Tempat: Hotel Flamingo, Ampang

sampai sampai terus selfie

masa dan tempat telah ditetapkan. planning seramai seratus orang lebih daripada batch aku akan konvoi bersama ke kl. im so excited. so pagi tu bangun yang awal sangat. takut lambat. eyalah nama pun menumpang kereta orang. haruslah awal kan. yeah, bangun seawal 6 pagi dan gerak 9 pagi. hooray! katanya jam 7 standby. nasib baiklah aku dah biasa kena situasi macam ni. just smile. sempat secawan nescafe cicah biskut jacobs bulat bulat yang dah lembik masuk angin. masuk angin takpe jangan expired la kot. 

sampai lokasi terus dengan tugasan masing-masing. untuk yang terakhir kalinya, aku handle bahagian emcee dan dalam masa yang sama juga menjadi penghibur bersama the vitex band. ehh entah terhibur ke tak kawan-kawan. ke syok sendiri aku ni. ahaha. tamaknye lah aku ni kan. tapi ... nvm .. abaikan ...

done preparation, done rehearsal full program.

done berhias. antara orang kuat watak penghibur on that majlis

Photobooth

owh ya, muka putih, tangan hitam
tak sempat nak pakai produk terlajak laris tu
nak pakai make up sendiri pun tak berapa nak pandai sangat
hahaha
btw, persalinan hari tu disponsor oleh kak jasrina jasni.
tudung satin pinjam housemate punya tudung.
thanks uolls.

Photography with Team Fasilitator Vitex

berterabur

gadis fasilitator
ima survival, didi tali, kak long kem kraf, khai orienteering, mila survival


satu set fasilitator vitex
disini lahirnya sebuah cinta
"semakin berisi semakin tunduk"

Party Started

que perarakan masuk vip
bujang lapok instrumental song

saudari & saudara
pengacara formal majlis pra graduasi vitex
class of 2010


abang abang pengacara informal
dah macam pelawak pelawak aku tengok

king & queen


to be continued on the next page

keep in touch, with love

Tuesday, November 20, 2012

Cara Membuat Buku Log Sukan

Assalamualaikum dan Hello readers.

kali ini tiba-tiba rasa nak post tips untuk buat buku log especially sport log book. ingat senang ke nak buat. nak kena cari inilah itulah. nama pun belajar. memanglah sekarang ni klik saja dekat internet semua boleh dapat aku sendiri tak nafikan tapi kenalah pandaikan. takkan nak diambil 100%. best ke ehh kalau copy and paste kerja orang. yang itu tak cerita lagi ambik kerja senior mior adior member and what so ever. cuba kalau kerja korang kena tiru bulat bulat. katanya, nak tengok saja tengok tengok dah bawa pergi kedai photocopy and paste terus. yaww, this is best bro. apa yang korang rasa ? kalau tanya aku, memang mendidihlah jawabnya. segan  kot. bukan kedekut ke apa but hurmm next time sajalah story pasal benda ini. tetiba pula teremosi. weee~~

Anyway, apa yang ada dalam post ini bukanlah tips semata mata cuma apa yang korang perlu cari untuk isi / penuhkan / tebalkan buku log korang. katanya, tebal buku log maka tebal jugalah markahnya. hehe. tapi yang ini senarai masa buat log book sofbol semester lepas. tatau lah betulke tak. just nak post and share. good luck!! love ya :)









Thanks for reading :)



Saturday, August 13, 2011

Keperluan Masuk Kolej / Universiti

Assalamualaikum warah matullah hiwabarakatuh dan Hello kawan-kawan :))

Tiba-tiba teringat masa dulu-dulu sebelum masuk kolej. kolej? Bukan universiti? Hurm kalau dekat uni kita tak panggil asrama, kita panggil kolej kediaman. Samalah juga kalau dekat matrikulasi. 


Hah, first time masuk university nih, mesti arh gembira tak terkata. Kalau boleh nak bagi tahu saja dekat orang ramai like : 

“woii korang semua, saya dapat masuk university” 

Tapi bila first juga lah banyak benda yang perlu diuruskan like:
Medical Check-up
Buka akaun Bank Islam ptptn
Bayar yuran Bank Islam resit pembayaran SIMPAN
Photostat segala ic 
Sahkan segala ic dan dokumen
Gambar passport
Lengkapkan segala borang
Beli barang keperluan

*mesti korang rasa sangat terseksa. Tapi kenalah bersabar, kata nak jadi budak universiti*
Anyway pendekkan cerita, saya just nak bantu korang memilih seterusnya membeli barang keperluan
...list disediakan dibawah...

klik and zoom!








Macam mana kawan-kawan.
Tak kisahah macam mana pun yang penting saya memang nak share benda nih.
Tapi, tadalah semua pun korang nak beli like gadjet rumah (photo4)
Beli yang wajib dulu. Yang itu nanti korang settle sesama dengan budak rumah.
slow talk sesama sendiri.
sharing is caring ma.
Anyway yang baik diambil, yang tak baik tu abaikan.

.......

Sekian daripada saya, 

Wednesday, May 25, 2011

Tips 4 - Orienteering

Assalamualaikum dan Hello :))

Aktiviti orienteering
Satu seni pandu arah bagi suatu kawasan dengan bantuan peta dan kompas. KOnsep aktiviti ini terletak pada kompas dan juga peta. Ya lah macam mana nak buat aktiviti kalau tak ada dua benda inikan. Bukan orieteeringlah namanya. Tapi aktiviti ni mudah saja, dekat mana-mana tempat pun boleh buat. Dekat sekolah, kampus dan dll.

Membaca peta
Peta
✿ Kegunaan peta
✿ Jenis peta
✿ Skala peta
✿ Menjaga peta

Bearing
✿ Mengukur bearing
✿ Back bearing
✿ Hubungan bearing dengan mata angin

Kompas
✿ Kegunaan dan panduan menggunakan kompas
✿ Jenis-jenis kompas

Bergerak dengan kompas
Halangan
Sesat jalan

Selanjutnya, sila baca buku manual pendidikan luar ya.


SUMBER RUJUKAN : MANUAL PENDIDIKAN LUAR


si penulis tegar:
DIYANA TJUMAN

Tips 3 - Aktiviti Tali

Assalamualaikum dan Hello :))

Matlamat aktiviti tali
Aktiviti ini dijalankan untuk mendedahkan pelajar mengenai teknik turun dan mendaki dengan penuh keyakinan diri dan bersikap tanggungjawab dengan mengutamakan aspek-aspek keselamatan diri dan rakan-rakan.

Persediaan Peserta
ஐ Sepasang kasut yang sesuai.
ஐ Pakaian dan seluar yang sesuai.

Untuk pengetahuan korang sebelum menjalankan aktiviti ini perkara yang perlu anda ketahui ialah :
ஐ Teknik penggunaan tali
ஐ Peralatan yang diperlukan
ஐ Penggunaan dan kaedah
ஐ Belaying
ஐ Penjagaan peralatan tali
dan lain-lain.

Buat mereka-mereka yang dilantik untuk mengurus pembawaan peralatn silalah cari dan datang berjumpa dengan fasilitator untuk keterangan lanjut. Rajin-rajinkanlah diri untuk berjumpa dengan abang ataupun kakak fasilitator. Diorang bukannya nak makan orang.


SUMBER RUJUKAN : MANUAL PENDIDIKAN LUAR UPSI



si penulis tegar:
DIYANA TJUMAN

Tips 2 - Ikhtiar Hidup


Assalamualaikum dan Hello :))

Ikhtiar Hidup
Satu usaha atau ikhtiar yang harus dilakukan oleh seseorang supaya boleh terus hidup ketika menghadapi sesuatu ancaman atau masalah bekalan makanan.

Persediaan Peralatan ( peribadi )
- Lampu suluh *Bawa yang besar, kecik-kecik tak mainlah.
- Wisel
- Perubatan *Jika perlu.
- Kain ibadat
- Tuala wanita satu sahaja
- Cermin

Persediaan peralatan ( kumpulan )
Sila berjumpa dengan fasilitator survival.
Dialu-alukan untuk bertanya.

Semua peralatn yang korang bawa nanti akan di spot-check. Jadi korang tak perlu nak buat macam contohnya nak menyeludup barang-barang yang tidak tersenarai seperti diatas. Jangan sekali-sekali korang cuba untuk berbuat sedemikian. Korang diwajibkan untuk membaca perihal perlaksanaan aktiviti ikhtiar hidup, seperti :

1. Isyarat keselamatan - Lampu suluh, wisel, cermin dan password.
2. Perlindungan            - Banir ataupun pondok satu malam.
3. Sumber makanan     - Ujian makanan (4 langkah)
4. Memasak makanan  - Ruas buluh, batang pisang.
5. Sumber air
6. Menyalakan api

Secara keseluruhannya baca semualah. Penting! Dan ingat.

Fikirkan...
Ada mata pandang...
Ada telinga dengar...
Ada mulut diam...
Ada tangan, kaki dan minda gunakan sebaik mungkin.


SUMBER RUJUKAN - MANUAL PENDIDIKAN LUAR UPSI


si penulis tegar: 
DIYANA TJUMAN

Senarai Barang Keperluan Camping (Pendidikan Luar)

Assalamualaikum w.b.t dan Hi readers.

sorry for the janji janji manis yang dulunya nak buat entri ini tapi tak pernah nak update pun. act, i buat entri ni for those yang nak keluar camping spc for outdoor camping. dear junior, my junior lah ye.  nak bawa apa, packing apa, cukup ke idak or whatsoever. i pun pernah berada dalam situasi macam tu. ahaa. hampir satu loker barang dekat kolej tu i nak bawa. biasalah i jenis tak suka pinjam barang orang. bajet giler kan. takda lah bila dah pinjam nak amek terus. jangan tiru perangai i ni okay.

just quick update :3


checklist again.
1. pakaian untuk 7 hari *depend on the activities*
     a. T-shirt
     b. Tracksuit
     c. Pakaian aktiviti air
     d. Pakaian dalam
     e. Jaket
     f.  Tudung dan skarf 
2. kasut sukan & stokin -aktiviti air dan aktiviti darat *ikut keperluan*
3. pakaian solat
4. kekemasan & dandanan diri (deodorant, lotion, etc)
5. toiletries ( sabun, ubat gigi, berus gigi dll)
6. selimut (sleeping bag)
7. ubat-ubatan *jika perlu*
8. krim anti nyamuk
9. Wisel dan Lampu suluh (wajib)
10. Peralatan yang difikirkan perlu

barang dilarang bawa !!

  • Barang kemas, mercun, pemetik api, pisau, PSP, PS2, Laptop, iPad, Samsung Galaxy tab, iPod Nano, iPod dan sebagainya.
  • Sekiranya ingin membawa telefon bimbit (handphone) dan kamera DSLR, risiko kehilangan dan rosak adalah tanggungjawab sendiri.

anyway, semua ni depends dengan aktiviti juga. mana yang baik ambil yang tak baik perbetulkan. ha, mana yang tuk pompuan tu maka untuk pompuan la ye. kalau untuk guys untuk guys lah. ehee, takkan budak laki nak bawa pads pula kan. sebenarnya takda idea nak buat entri ni. just make it simple ya.

p/s: please, please and please bawa buku modul pendidikan luar, note book, stationary dan yang berkenaan. 

keep in touch, DiyanaTjuman
12012013

Sunday, October 24, 2010

Sedetik Bersama Pendidikan Luar: Kem Mengenal Budi

Esok sudah masuk minggu yang terakhir aku kat kampus. Assignmnt semua sudah siap. Happy gila tak terkata T_______T. Hari ini barulah ada mood nak update blog yang telah sekian lama ditinggalkan atas sebab malas.

Oleh yang demikian aku mulakan entri ini dengan potrait-potrait semasa camping pendidikan luar. maaf, kerana penulisan yang terlalu skema. aku tak pandai nak bermadah ayat. cehh.


Kem Mengenal Budi 
Lokasi : Teratak River View
Tarikh: 16 - 18 Julai 2010


sesampai dekat camp site Teratak River View
buat muka tak boleh blah.
menanti mereka-mereka yang bertuah membawa khemah. hehe.


aktiviti air
dan sebenarnya aku takut dekat air

obstacles
macam askar. persiapan untuk aku masuk plkn nanti
best. golek-golek dekat lumpur
aku suka buat aktiviti macam ini sebabnya dekat rumah aku selalu naik terjun atas bumbung rumah lepas tu lompat pagar rumah.
lain macam je ayat aku ni. macam lari dari rumah pula. bhaahahaha

...will update if aku jumpa gambar-gambar yang lain...