Showing posts with label Sukipt. Show all posts
Showing posts with label Sukipt. Show all posts

Sunday, January 26, 2014

SUKIPT 2014


Assalamualaikum, Hi
My Dear Super Duper Diary Online





SUKIPT 2012
Talking about SUKIPT. Beberapa hari lagi SUKIPT 2014 akan berlangsung. For those yang masih tak tahu tentang SUKIPT uolls boleh ke laman web rasmi SUKIPT click here. Kejohanan Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2012 julung kali diadakan menggabungkan empat majlis sukan utama IPT iaitu Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM), Majlis Sukan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (MASISWA), Majlis Sukan Politeknik (MSP), serta Majlis Sukan Kolej Komuniti (MASKOM). 


Antara acara yang dipertandingkan adalah badminton, bola jaring, bola tampar, bola tampar pantai, catur, karate do, memanah, menembak, olahraga, ragbi 7s, renang, sepak takraw, taekwondo, tenpin boling, dan tenis. Manakala acara petanque sebagai acara selingan kejohanan.


SUKIPT 2014
SUKIPT 2014 mensasarkan penyertaan sebanyak 110 kontingen. Lebih 10,000 atlit, sukarelawan dan petugas terlibat kali ini. Sebanyak 24 acara yang akan dipertandingkan secara keseluruhan in which SUKIPT 2014 masih mengekalkan 16 acara daripada edisi SUKIPT 2012. Lapan acara baru yang dipertandingkan adalah pencak silat, lawan pedang, hoki, judo, softball, skuasy, boling padang, petanque dan woodball sebagai acara pertunjukkan. Secara keseluruhannya sebanyak 251 pingat emas, 251 pingat perak dan 339 pingat gangsa yang dipertaruhkan. 

3 - 16 februari 2014
UiTM Shah Alam

oh mr musang pandan

Wow! Entah kenapa bila tengok video promo SUKIPT dekat atas rasa meremang bulu roma. You know what bila berada di arena sukan ni perasaan dia lain sikit. lebih-lebih lagi bila kita tengok member-member kita tengah beraksi then kita pula bersorak. serius, lain babe. memang sedih juga kali ini tak dapat join sukipt. dan yang lebih menyedihkan lagi tak dapat nak bagi sorakan dekat rakan-rakan seperjuangan. dear team taekwondo upsi, I hope our team kali ini dapat menambah pingat dalam game taekwondo. impossible is nothing. oh ya, musnahlah harapan saya nak berjumpa dengan menteri belia dan sukan tu. 

do visit www.sukipt.com.my for more information about sukipt.

LAMAN SOSIAL SUKIPT. FEEL FREE TO LIKE & FOLLOW

Friday, November 23, 2012

Sukan IPT Sabah UUM Bola Jaring

Assalamualaikum dan Hello readers.


Ehem. Sebenarnya aku mengantuk sangat tapi entah kenapa time macam ni juga mood nak update belog mendadak tahap maksima. so, aku paksa juga lah kan. 

13 November 2012
Universiti Utara Malaysia

sumber gambar dari si tv plasma
ni gambar masa singgah rnr gurun kalau silap

ya, that day aku terlibat terwakil untuk ke sekian kalinya untuk mewakili SABAHAN + UPSIAN dalam game bola jaring. sejujurnya sebelum bertolak, aku terfikir macam malas nak masuk, tapi disebabkan tak ada orang nak main dan rasa sedikit bertanggungjawab serta terdorong dengan perasaan nak main aku pun join saja. layan. tak best pula kan dah janji buat main tarik tarik diri last minit pula kan. btw, ini kali pertama juga aku join aktiviti ikhsas short form untuk Ikatan Sepadu Anak Jati Sabah. yeah!! you rock bebeh. daripada rasa tak mood mual mual dan nak muntah jadi best gilak pula kan dengan diorang ini. rasa macam berada dikampung pun ada. bila dah kumpul ramai ramai maka keluarlah segala macam bahasa dan budaya bajaunya dusunnya bugisnya. haha. best you. mana mahu cari. (^___^)



wajah ceria dipagi hari. 

pada mulanya aku jadi coach je sebabkan injury masa sukipt tkd hari tu
tapi tetiba jadi beriya pula nak main. kalau dah namanya orang sukan
cuma tu lah aku atlet yang agak emosi sikit. 



Alhamdulillah, Kemenangan Yang Tidak Dijangka


impossible is nothing. sekali lagi aku menekankan ayat ini. tuah ayam nampak dikaki, tuan manusia siapa yang tahu. sungguh, apa yang aku suka tentang sukan adalah keputusan yang tidak dapat dijangka dan semangat untuk tidak mengaku kalah sebelum berjuang. sentiasa ada secebis harapan untuk sang tikus mengalahkan sang gajah. siapa sangka boleh mengalahkan nama nama yang sering digeruni. wahh, macam hebat saja aku berkata-kata semenjak dua menjak ini. ada beberapa perkara terjadi dihari kejadian yang boleh dijadikan tauladan. wekk. 

first, berani kerana benar. bagi aku bila kita berada dipihak yang benar buat apa kita nak takut. ya, memang tidak dinafikan bila kita membuat sesuatu yang salah kita akan mencari pelbagai alasan yang nonsence untuk membela diri. tapi kenalah fikir secara logik benda yang kita nak cakap. sebab dekat sini gak orang boleh tengok tahap pemikiran kita bila sedang bercakap. matured or tak matured. yakkk. jangan main sembur and makan diri sendiri. kata orang, kerana mulut badan binasa. 

second, semua hal kita bawa berbincang. hey guys, dalam hidup ini semua benda kalau boleh kita kena bincang. nak buat apa apa pun kita kena bincang. kita kena fikir sebelum buat sebelum buat keputusan. sebab itu kalau kita tak puas hati kita kena berbincang bukannya nak terpekik terlolong or menyampaikan cerita yang tidak sepatutnya. ehh.

third, pantang landak menyerah kalah. motif. kalau dulu landak sopan santun sekarang versi landak dah boleh berjalan okay. no wonder kalau landak landak semakin berani sekarang ini. aauumm. scene yang paling mencemaskan hari itu, final dua minit sebelum wisel tamat dibunyikan. seorang player jatuh kebumi akibat kekejangan pada bahagian lengan. aku tak pasti sebabnya. mungkin kurang strech pada bahagian itu atau terlalu fatigue akibat game yang berterusan. bila aku tengok muka muka players masa itu almost mentality down. but for me, dalam dua minit macam macam benda boleh jadi. aku yakin dan pasti yang kami boleh. dalam masa itu jugalah, kita sebagai team member kena yakinkan kawan kawan yang kita pasti boleh lakukan. lastly, gold medal. why.? sebenarnya kita boleh tapi mentaliti yang buat kita putus asa. mentaliti kita juga yang buat kita rasa penat. so, kita kena belajar untuk mengawalnya. 


EMAS daripada TEAM NETBALL
























EMAS daripada TEAM FUTSAL
























EMAS daripada TEAM HANDBALL (P)

tahniah team ikhsas upsi. daripada empat sukan yang dipertandingkan kami johan dalam tiga games. ini bermakna kami juara keseluruhan untuk sukan ipt sabah di uum untuk kali yang pertama. sudah pasti orang sekeliling terkejut dan mata terbeliak. teringat kata-kata emcee malam tu, memang team cikgu-cikgu superb power ! apa-apa pun alhamdulillah. hope adik-adik junior lepas ni dapat kekalkan kejuaraan. jangan riak dengan apa yang kita perolehi ye adik-adik sayang.

uolls nampak tak kehitaman kemanisan kami berdua
by the way, penganjur yang macam ni aku nak puji
memang up to date. tengoklah pada papan tanda upsi
the latest !



 tergelak bila tengok muka sendiri. serabai bai.



"kejayaan itu selalunya bermula dengan kesusahan kepayahan dan bermacam jenis dugaan. Patah pensil
boleh diasah, patah semangat anda kalah."


Thanks for reading this. Salam.

Monday, October 29, 2012

TAEKWONDO SUKIPT NILAI PART 1

Assalamualaikum dan hello reader.


perasmian pembukaan sukipt di UiTM, Shah Alam.
semalam

lintas langsung dari stadium tertutup nilai. saja nak try update dengan phone yang comels ni. its already 830 and we are still waiting for the weight in session. tunggu, tunggu dan tunggu. oh mana feel nak fight ni. feel down right now.