Sunday, May 30, 2010

Erti sebuah rindu




Bila secebis rindu datang menyelubungi
hati ini
bersama bauan tanah, air
angin yang dibawa hujan
dan bersama salam
kemegahan Kinabalu.

Aku hampir lupa pada pedalaman
yang sepi
jalan berdebu berbatuan
dimana batu-batu sungai diangkut
dengan trak-trak gergasi.

Aku hampir lupa pada wajah-wajah kecil
yang berlarian tanpa selipar
bersama anak-anak lain
berteriakan, riuh 1 kampung,
terjun bersama di sungai berhampiran
dan nenek-nenek di sawah bendang
sibuk dengan strategi menghalau
si perosak tanaman.

Sungguh rindu ini sangat bererti buatku.
**

Hakikatnya Begitu


Jangan sesekali kita melukakan
perasaan dan hati orang lain
untuk kebahagiaan dan kepentingan diri sendiri
Sesungguhnya hati dan perasaan itu adalah milik
Yang Maha Kuasa
Dan setiap apa yang kita lakukan itu
pasti ada balasannya.

Wednesday, May 26, 2010

Perkara Yang Kita Tidak Perasan Atau Tidak Terfikir Langsung


Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi kamu dan sanggup mati kerana kamu.

Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi kamu dalam beberapa cara.

Sebab utama seseorang membenci kamu adalah kerana dia ingin menjadi seperti kamu.

Senyuman daripada kamu boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai kamu.

Setiap malam ada seseorang yang mengingati kamu sebelum dia tidur.

Kamu seorang istimewa dan unik.

Seseorang yang kamu tidak ketahui menyayangi kamu.


Apabila kamu membuat kesilapan yan sangat besar, ada hikmah disebaliknya.

Sekiranya kamu merasakan kamu dipinggirkan, fikirlah semula,
mungkin kamu yang meminggirkan mereka.

Apabila kamu terfikir kamu tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang kamu inginkan,
mungkin kamu tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya kamu percaya pada diri sendiri lambat laun kamu akan memperolehinya.

Kenangilah segala pujian yang kamu terima. Lupakan segala maki hamun, caci dan cela.

Jangan takut untuk meluahkan perasaan kamu kerana kamu akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

Sekiranya kamu mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahu dia yang dia adalah yang terbaik.

Thursday, May 20, 2010

Buat Insan Bernama...


 
Buat insan bernama "__"

Kau comel
Aku minat kat kau,
Kau cinta dalam hati aku.

Tapi
aku takkan bagitau
apa-apa pasal hati aku
sebab aku gadis yang
pemalu.

Tiap kali kau contact aku
Aku buat dont know
Maw cakap macam biasa
Tapi time tue
Tuhan jak yang tahu
Macam maw terkeluar jantung aku.

Sampai kat sini jak lah yang mampu aku luahkan
Apa yang terpendam
Jumpa lagi
Bubbye~~

notacebisan: berusaha untuk lupakannya :)

Kepada Puan J




Dearest Mamy,
I know I have been giving you trouble since I started kicking you
When I was in your womb,
When I was demanding bottle milk in the middle of the night at two
When I was being fussy at seven
When I was demanding for things at ten
When I was asking you stupid questions the time I was twelve
Giving you heartaches and migraines now that Im a teen
But…
There must be something good in me
Even if you don’t think so..
I may be nasty sometimes but it doesn’t mean
I take everything for granted
I just want you to know and understand that
I am thankful to have you as my mother even though
I am not sure if you are thankful to have me as a daughter
I feel sorry about that
Thanks for everything and I love you MA!
Happy Mother Day. 
From Dee dee~~

Terima Kasih Mummy

budak diyana ni berumur 3 tahun

Orang kata aku lahir dari perut mamy.
Bila dahaga, yang susukan aku mamy.
Bila lapar yang suapkan aku mamny.
Bila keseorangan yang sentiasa di samping aku mamy.
Kata mummy, perkataan pertama yang aku sebut, Ma!
Bila bangun tidur, aku cari mamy.
Bila nangis orang yang pertama datang mamy.
Bila maw bermanja, aku dekat dekat dengan mamy.
Bila sedih orang yang boleh pujuk aku, mamy.
Bila nakal, yang marah aku, mamy.
Bila merajuk, yang pujuk aku juga mamy.
Bila aku buat salah, yang kuat marah aku mamy.
Bila takut, yang tenangkan aku mamy.
Bila maw peluk, aku suka peluk mamy.

Aku selalu teringatkan mamy.
Bila sedih aku mesti telefon mamy.
Bila seronok orang pertama aku bagi taw mamy.
Bila bengang, aku suka luah dengan mamy.
Bila takut, aku selalu panggil 'Makkkk!!'
Bila sakit orang yang paling risau mesti mamy.
Bila maw exam orang yang paling sibuk juga mamy.
Bila ada masalah, orang yang paling risau mamy.

Yang masih masak makanan kegemaran aku, mamy.
Yang selalu berleter dengan aku mamy.
Yang selalu puji aku mamy.
Yang selalu nasihatkan aku mamy.
TERIMA KASIH MA.