Assalamualaikum dan Hello readers :)
Okay, nak cerita ni. Setelah sekian lama akhirnya aku berjaya juga melawan kehendak hati yang malas sangat nak turun training. Bukan sebab aku lari daripada masalah dan bukan juga SIBUK BERCINTA. Ya, ada segelintir yang menaikkan isu tersebut. Aku malas. Itulah jawapan yang terbaik. Lagi pun memang betul. Haha. Anyway itu semua kisah lama. Sekarang tak berperangai macam itu dah. I hope so dan kalian harus tahu ya. :) Even balik rumah aunty pun aku join hot-hot cousin pergi gym. Tak adalah malas sangat. Ngee~~
Kira macam diari kem masum lah ni erk.
Sabtu, 11 Feb 2012
Bermulanya training bagi aku yang dah satu semester tak turun padang. Itu sudah cukup memalukan budak sukan diri sendiri saja. Training tu macam kelas latihan juga lah. Masuk masuk saja dah kena sparring. Ambik kau. Warm-up pun takda. Ish3. Bukan apa, aku yang datang lambat. Kalau nak cerita pasal sparring tak habis arini. Cuma nak cerita kalau tak lembam, tak injured kat mana-mana bukan sukan tempur lah namanya kan. Baik main teng-teng. Tak luka, tak ini dan tak itu.
Ahad, 14 Feb 2012
Hari recover diri. *tidur sajalah jawabnya*
Isnin, 13 Feb 2012
Bangun agak awal juga. First day kan. Siap siap nak pergi perhimpunan pagi. Apa yang best pagi pagi kita buat senamrobik dengan lagu Mr. Saxobeat. Wuhuuu. Semua sukan pun terlibat. Adalah yang handle senamrobik tu. Lepas perhimpunan, training mengikut sukan masing-masing. Pagi tu, pusing padang upsi dua round. *saje* tapi ikut line segi empat bukan line 400 meter okay. Nasib baik pinggang tak buat hal. Then, beralih pula ke gymnasium upsi. Training lebih kepada fitness. Seven hours non-stop. So, dah nampak tujuh jam tu tak payah tanya lah buat apa kan. Takkan main getah pula. Yang aku ingat je setiap aktiviti tu buat 3 set. Setiap satu set tu aku rasa 3 kali ulangan. Dah tak mampu mengira. 3x3=9. Aku ingat follow macam dalam jadual. Perhhh. Terbaik arh. *siyes* Sebab dah lama tak training kan. Sekarang ni pun hamstring, quadricep dan metatarsal dah sakit sakit. Belum campur dengan otot ke tulang tibia/fibula yang membengkak. But, aku tak kisah. Sebenarnya kekadang aku lagi suka rasa sakit ni. Kekadang aku rasa dengan bersukan aku boleh katarsis. Pwwffttt. Hihi. Tapi kesian kat member sorang, dah sampai retak retak jari dia. :(
Ha, satu lagi benda nak cakap. Aku tertarik dan terharu pada bunting yang tergantung dekat Pusat Sukan. Ouuchh. Rasa macam ditujukan untuk aku pula. Hihi. Feeling pula aku ni. Esok esok aku gambarlah dan story story lagi.
Sekian sahaja daripada saya.
Diyana Tjuman.
*Azan Asar dah. Jom Sembahyang*
No comments:
Post a Comment