Sunday, February 12, 2012

Memang Kau Hipokrit

Assalamualaikum dan Hello Readers :))

Jari jemari rasa nak sangat menekan keyboard. Ini adalah entri sewaktu minggu ulangkaji pelajaran. Belum berkesempatan untuk post. Okay. Post ini tak ditujukan kepada sesiapapun. Aku bukanlah jjenis yang suka jaga tepi kain orang or kain dalam orang sangat pun. Fitnah itu berdosa, even mengata-ngata orang pun berdosa juga. Kita adalah insan. Kita adalah manusia. Even masalah-masalah kita adalah buatan manusia. Kita sendiri yang mencari masalah itu. Bila bebas kita mula nak cari masalah. Segala macam benda kita buat. Dan bila sudah bermasalah sibuklah kau nak mengeluh. 
Heyy, all people got problem okay.! Bukan kau sahaja. *kenapa tetiba cakap pasal masalah*

Menilai sesuatu masalah kecil atau besar tak sama untuk setiap orang. Ada yang merasakan sesuatu masalah itu kecil tetapi besar bagi yang lain. Anyway lain orang lain perspektifnya. Lain orang lain ragam. Itulah variasi dalam kehidupan. Tak sama. Walaubagaimanapun lihatlah masalah secara positif bukan dari sudut negatif. *aiseyman, dah bertambah matang kau sekarang ye.*

Ya, kita boleh cakap apa saja. Tapi bila dah kena dekat batang hidung sendiri. Baru tahu macam mana perasaan. Baru kau tahu macam mana perit dan sakitnya hati orang tu masa tu. Nak pula masa kau bersedih, teman-teman lah yang kau cari. Dari situ jugalah kau akan kenal siapa kawan dan siapa lawan. Aku nak pesan yang ni; Sometimes seorang kawan itu lebih bermakna daripada sepuluh orang kawan. Siyes tak tipu. Terima kasih kawan!

Tak lupa juga kepada kawan yang berjaya mengguris hati ini. Sesungguhnya experiences is the best teacher. You know that right. Sekali kau buat orang sakit hati kau tela melatihnya untuk menjadi lebih dewasa dan kenal erti kehidupan dan persahabatan yang sebenar. *berapa kali dan lah*



Maka dari itu, walau apa jua masalah ianya dapat diatasi oleh manusia. Tidak ada masalah dalam takdir manusia yang tidak terjangkau oleh manusia.

Firman Allah Taala, ayat 286:
“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.”

Ya, manusia itu adalah manusia. Orang juga, bukan? Kalau ditanya setiap daripada kita, takkan ada seorang pun yang tak kata dia suka orang yang hipokrit. Tapi sebenarnya hipokrit itu memang lahir dalam sifat semulajadi diri kita. (Bandura, 1969). ^______________^

Samalah juga dengan yang lain. Ada tak yang suka kawan tikam dari belakang. Hakikatnya, kadang-kadang kita yang mengata belakang. Serius tak tipu untuk kali kedua, sebab saya pun terlibat dalam hal-hal seperti itu.

Tiada pencuri yang mengaku suka mencuri. Walaupun dia curi boyfriend kawan dia sendiri. Oh, sakitnya hati. Tapi kalau soal si dia yang mencuri hati tu, boleh dimaafkanlah ( tak lawak dan tak payah senyum ). Tiada seorang pun yang suka diumpat, tapi dia sibuk mengumpat orang lain. Ada tak pembohong yang suka orang tipu dia. Sudah tentu tidak.



Sekian sahaja daripada saya.
Diyana Tjuman.
*Mood: SKEMA dan sedang mengaplikasikan teori teori 3P.

.........

No comments:

Post a Comment