Wednesday, May 29, 2013

BENGANG DENGAN ROOMMATE. HOT!

Assalamualaikum, Hi
My Dear Super Duper Diary

seminggu dua ini aku dah tak mampu menahan sabar. sabar-sabar aku pun ada hadnya. memang tak mampu nak tahan dah. let me straight to the point. aku tak tahan dengan roommate pengotor, bersepah dan tak ada adab. omaigad. omaigad. omaigad. diyana, ini public okay. but pedulilah apa orang nak kata aku buat post macam ini. 

by mr google

ini cerita pasal roommate aku. cerita ini benar-benar terjadi ok. bukan rekaan semata-mata. semak kepala aku dengan dia. semak. semak. semak dengan sidai baju sana sini. dah lah tu pakai baju entah berapa kali baru nak basuh. sampai masam perap dalam wardrobes. kalau buka confirm keluarlah bau masam. basuh seminggu or dua minggu sekali. tak pernah basuh tangan. kumpul baju bagai tinggi kinabalu then cuci sekali by washing machine terus kering. siap mesin, terus lipat. memang lah kering tapi bau hapak dowh.  maka selama ini bau kurang enak tu adalah bau hapak dari baju-baju dia. huh hampeh. budak rumah pun boleh bau kalau pintu bilik terbuka. itu baru pintu bilik. belum loker. baru cerita pasal baju, kalau towel. tak basuh weyh. 

rambut. rambut dia kerap gugur. penuh lantai. serius geli aku nak pijak lantai. aku jugak yang kena sapu. pernah aku saja tak nak sapu bilik. mogok kononnya. tapi tak boleh. nak harapkan dia. sepuluh jumaat pun dia takkan sapu. dia ingat orang gaji mak dia ada datang menyapu. dia ingat rambut-rambut tu masuk tong sampah dengan sendirinya. ada kaki. tu semua.

sampah. dia ni jenis suka buang sampah merata-rata. buang cotton buds yang memang erghh tak tahu nak explain dekat atas lantai. potong kuku lepas tu biar bersepah atas lantai. this is SHITT. aku rasa nak sepak saja kepala dia. kaki aku pun memang dah lama gatal nak menyepak.

plastik sampah. dia jenis gantung or i mean sangkut plastik sampah dekat belakang pintu bilik. lepas tu tak reti nak buang. sampai nak termuntah-muntah dah sampah tu tapi tetap nak sumbat. pernah satu hari balik dari cuti midsem seminggu dia tak buang sampah dia tu. penat saja aku membebel suruh dia kemas rumah. Ya Allah, cuba uoll imagine bau sampah berdarah dalam plastik tu. bau bangkai. aku juga kena buangkan. padahal dekat toilet ada tong sampah kot. tak cukup dengan tu dia suka kumpul pad berdarah dia tu dekat dalam basket toiletries dia. boleh bayangkan tak tahap hygiene dia.

next, no manners. roommate aku juga tak reti nak respects hak orang lain. harta orang dia main sapu saja. memang aku nak ungkit. dia hilangkan payung yang orang hadiahkan dekat aku. lepas tu tak reti nak minta maaf ke. nak ganti balik ke. memang kurang ajar kan. nama saja budak bahasa melayu. 

ha lagi? suka memekak pasang lagu kuat-kuat. dia ingat dia tu diva apa nak melalak memekak. tak payah lah nak terhegeh-hegeh practice nyanyi. kalau aku juri pun aku bagi red card okay. pong pang pong pang. pasang lagu jiwang karat. sakit otak aku dengar. bukan reti nak beli headphone ke apa. mesin baju boleh pula. dah dua kali aku tegur dia. kalau sampai kali ketiga, jangan salahkan aku kalau laptop kau terbelah dua.

tidur sampai ke petang. pelik, dia ni ada kelas ke takda. baik kau tak payah masuk universiti weyh. sia-sia mak bapa kau hantar mengaji jauh-jauh. tapi kau asyik tidur. takda life langsung aku tengok. bersosial pun tak. yang aku tahu kau tu cuma ada sorang kawan saja. kesian. tidur. bangun. facebook. itulah rutin harian dia.

one thing yang kelakar, roommate aku ni kalau calling dengan member ke family dia memang kasar aku dengar. tapi akan ada certain time tu suara dia control nak mampos. pijak semut pun tak mati. pleaaasee.! kesian kau wahai lelaki. nasib kau lah dapat perempuan macam tu kalau jadi wife kau nanti.

redakan kemarahan dengan gambar ini. ngee~~


p/s: encik boyfriend aku cakap, aku tak boleh ada roommate. aku cuma boleh sebilik dengan dia saja nanti kalau dah kawen. tapi kalau dia pun perangai macam ini, memang aku halau tidur luar. :D


keep in touch, DiyanaTjuman

No comments:

Post a Comment