Assalamualaikukum, Hi
Dear My Super Duper Diary
tak habis-habis nak post pasal teman sebilik. bukan teman lelaki. tapi tidak mengapa. asalkan aku boleh release. nak keluar bersosial tak dapat so kebetulan jalan-jalan selongkar belog orang. suddenly, aku terbaca post yang memang terbaik dari ladang. nak gelak guling-guling tak boleh, so gelak hempas-hempas meja pun jadilah dekat ruang tamu ni. aku repost ye.
20 Cara Jadikan Roommate Kamu Gila :)
by mr google
1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang and bagitau dekat roommate yang you nak balik kampung. selepas sejam, balik ke bilik and explain dekat dia bahawa takda orang dekat rumah. unpack segala barang then pergi tidur.
2. Setiap kali roommate korang balik, jerit sekuat hati, "Hooorey, kau dah balik!" lepas tu menari dalam 5 minit. tak kisahlah gangnam ke nobody-nobody ke. then bagi sedap lagi, tenung jam lama-lama dan tanya dia."sepatutnya kau dah blah dah sekarang."
3. Buat-buat terjaga pada tengah malam, jerit kuat-kuat. "tolong, kat mana aku berada ni?" dan lari keliling bilik tu. kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2, 3 kali. kemudian, sambung tidur. tapi ingat jangan melompat atas katil karang tak pasal-pasal kipas tibai kepala kau pula. then esok kalau dia tanya, pura-pura tak tahu apa yang dia cakap.
4. Ambil marker, buat bulatan kecik dekat tangan korang. besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata, "dah merebak, dah merebak! arghh!"
5. Beli pokok-pokok bonsai. bercakap dan tidur dengan pokok tu setiap hari. selepas seminggu, bertengkar dengan pokok tu dan cakap, "aku tak boleh sebilik dengan kau lagi!" sambil keluar menghempas pintu bilik dengan kuat. buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ. lepas sehari dua, nak tambah drama lagi, kutip pokok tu balik letak dalam pasu sambil berkata, "aku minta maaf. tolonglah jangan tinggalkan aku".
6. Beli pisau banyak-banyak. tajamkan setiap malam sambil merenung roommate sambil berkata, "tak lama lagi, tak lama lagi". body language pun kena main peranan juga tau.
7. Duduk di depan chess 2, 3 jam tanpa buat apa-apa atau cakap apa-apa. lepas tu baring sekejap. agak-agak timing dah masuk bangun secara tiba-tiba sambil berkata, "siot betul, kalah lagi"
8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidur. lepas tu bila dia keluar, bangun dan menjerit dengan kuat "Hooorey!! Oh Yeah! Oh yeah!" dan bukak lampu semula.
9. Pakai topi kertas. bila dia balik, cakap "Selamat Datang ke McDonald. boleh saya ambil pesanan kamu?" Lepas tu kan buat muka bodoh sambil berkata, "Eh, kau rupanya."
10. Bila roommate balik kata kat dia, "Ada pesanan penting untuk kau". lepas tu buat-buat pengsan. lepas 2, 3 jam bangun dan cakap yang kamu dah lupa pesanan tu. kemudian, cakap "eh, aku dah ingat". lepas tu pengsan balik.
11. Bila roommate kamu balik, pura-pura tengah call. caci maki dan menjerit dengan kuat dekat telefon tu. lepas tu letak telefon dan cakap dekat roommate yang telefon tadi tu adalah mak dia. cakap yang mak dia akan telefon balik.
12. Kalau roommate suka gosok gigi dekat sinki, perhatikan sampai habis. lepas dia habis, cakap dengan dia bahawa kamu kena ajar dia cara menggosok gigi dengan betul.
13. Buat poster yang mengatakan bahawa roommate kamu tu hilang. tampal dekat pintu rumah, pintu toilet, tangga-tangga kolej dan kawasan yang bersesuaian. letak sekali gambar dia dalam risalah tu. tawarkan hadiah kepada sesiapa yang menjumpai roommate kamu.
14. Bila roommate kamu tutup lampu pada sebelah malam, nyanyi lagu opera cina sekuat hati. search kat youtube kalau tak tahu. bila dia buka balik lampu, buat muka bodoh dan confused.
15. Duduk & renung roommate dalam 2-3 jam. kalau boleh, bawa member-member sekali sambil makan kacang dengan popcorn. buat macam tengah tengok wayang.
16. Time roommate korang takda. ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. lakukan selalu sampai deodoran tu habis.
17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, like kucing, hamster or etc. offer untuk bagi makan kepada binatang tersebut. then cepat-cepat keluarkan botol gam or minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kepada kau. *macam krik krik pula yang ni*
18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate korang sambil berkata, "rambut kau hitam,, lurus dan berkilat la. macam teknik rebonding." sekali-sekala buat masa dia tengah tidur. timing paling sesuai bila dia dah off lampu and nak tidur.
19. Masa roommate tidur, bungkus dia macam kafan mayat kalau boleh siap ikat. pastu panggil member dalam sepuluh minit baca yasin ramai-ramai. bila roommate jaga pakat-pakat buat tak nampak apa-apa.
20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan, siap ikat juga. lepas tu baring senyap-senyap atas katil dia. mesti dia terkejut sampai pengsan bila masuk bilik tengok-tengok ada mayat. :)
p/s: boleh juga buat macam ni kalau bengang dengan orang rumah, husband, cousin-cousin or seangkatan dengannya. selamat mencuba :)
keep in touch, DiyanaTjuman
No comments:
Post a Comment