Friday, November 22, 2013

mohon kekuatan, aku diragut !

Assalamualaikum, Hi
My Dear Super Duper Diary Online

aku sedar setiap musibah yang berlaku sebab tu, tandanya Allah masih sayangkan hambaNya. Allah nak kita sentiasa ingat dekat dia. aku cerita dekat kawan tapi tak sama bila cerita dekat mammy dan tak sama juga bila aku mengadu pada Allah. Dia tahu segala - galanya. teringat akan kata - kata breast cancer survivor, "hanya orang - orang yang terpilih sahaja akan diuji oleh Allah". cuma berkongsi pengalaman dan meluah perasaan dekat diary. akan menjadi pengajaran buat aku. berhati - hati walau dimana kita berada. kadang - kadang kita perlu untuk bersangka buruk. negeri jelapang padi akan menjadi kenangan yang paling buruk dan paling indah dalam hidupku. 

aku tahu aku adalah orang yang akan dipersalahkan sebab cuai, leka, tak alert and what so ever. yes, aku tahu untuk orang yang tak pernah kena memang akan cakap macam tu. for those person yang cakap tu, aku doa sangat - sangat kau tak diturunkan musibah seperti aku. sebabnya kau tak rasa apa yang aku rasa. memang sentap. bingung dan tak tahu nak respon apa. eya, memang pada zahirnya aku boleh gelak - gelak bagai. senyum pun yang terpaksa yang amat. tapi kau tak tahu apa yang aku rasa. sekali lagi aku cakap, kau tak kan tahu apa yang aku rasa sebab kau tak kena.

nasib baiklah aku hafal number phone mammy dengan daddy. cepat - cepat aku call guna phone kawan. memang jatuh berderai airmata bila dengar suara mammy. tapi katanya, "tak apalah nak, duit, beg, handphone semua tu boleh cari, boleh beli baru. jangan dia apa - apakan badan". miss razina pun ada cakap benda yang sama. at the same time boleh comfort juga aku bila dengar macam tu.

so dear friends, secara rasminya aku dah tak guna nombor 0145665540 tu. nanti kalau dah dapatkan balik aku inform lain. apa - apa pun, enjoy sebentar menghilangkan duka di langkawi kedah. nanti nak cilok gambar dekat muka buku geng holiday, nak update dekat belog. weee. terima kasih kepada yang jadi atm pinjamkan duit. terima kasih kepada yang jadi public phone pinjamkan handphone. terima kasih secara langsung dan tak langsung. see, tak macam sedih pun kan. (^__^) mohon kekuatan dan dipermudahkan semua urusan buat mykad baru, lesen driving baru, kad - kad bank baru, dompet baru, beg baru. semua pun baru lah hendaknya. so, misi sekarang nak cari kerja, kumpul duit and bisnes. wish me luck.

2 comments:

Mia Liana said...

sabar ya.. kuatkan semangat...

Unknown said...

patutlah hntr msg tk reply , sokayh ckguu :)

Post a Comment