Assalamualaikum, Hi
seriously nak pergi mana-mana tanpa mykad memang tak tentu hala jadinya. rasa macam pendatang pun ada. semua benda nak pergi nak buat kena ada mykad. haishh. tiba-tiba rasa nak buat entri pengalaman buat mykad baru yang dicuri. tapi perlu diingatkan apa-apa hal kena buat report polis dulu ye. nanti dekat balai kena cerita macam mana boleh hilang, kena ragut, kena curi, kena rompak dan sebagainya. kena cerita dengan jelas. jangan sampai kena curi uolls cakap hilang nanti tuan polis tu akan taip hilang. then bila hilang urusan bila nak buat mykad or driving lesen akan dikenakan bayaran. bayaran dia pun bukan murah-murah dan boleh nego. so, kena dapatkan salinan report yang disahkan dengan harga rm4.
pejabat pendaftaran negara
1. datang awal. kalau tak nak beratur panjang-panjang dekat pejabat kena bangun awal pagi. kalau boleh jam 8 pagi tu dah terpacak dekat depan pejabat.
2. salinan report polis. bawa salinan report polis.
3. dokumen sokongan. bawa surat beranak sebagai dokumen sokongan. kalau ada passport pun bawa je. kot lah dia minta nak tengok.
4. ambil nombor giliran. masuk pejabat terus pergi tekan kiosk nombor giliran. baca info dekat kiosk tu, ada arahan nak tekan yang mana. ehehe. dapat nombor, sila duduk dan tunggu anda akan dilayan sebentar lagi. :)
5. isi borang. bila nombor dipanggil nanti uolls datang and dia bagi borang untuk uolls fill in. pegawai tu juga akan bagi uolls borang pengecualian pembayaran, sebab tu kena bawa salinan report polis.
6. kaunter gambar. duduk lagi tunggu nombor dipanggil untuk sesi gambar. so, bila time nak ambil gambar tu ada cermin yang disediakan untuk uolls touch-up bagi gambar mykad nampak cantik. kalau nak pakai blazer pun boleh. ehehe.
peringatan: for hijaber, kena pakai tudung colour hitam. sekian.
No comments:
Post a Comment