rindu. rinduan jadi kenang-kenangan. omg macam mana nak cakap ya. tetiba terasa rindu zaman-zaman skema. budak biologi skema katanya. banyak kenangan manis dan pahit semasa menuntut ilmu di kolej matrikulasi labuan aka kml. sepahit-pahit kenangan itulah yang manis bila dikenang.
gambar ini diambil beberapa hari sekembalinya dari labuan
berazam untuk pakai tudung
officially graduated from kml
aku suka sangat selfie depan cermin bilik
selalu kelas pagi, kami se'dormate' akan beratur mengikut ketinggian
haha. always like that. tapi kite duduk depan sekali. sebab boleh tengok kekalau ada jerawat tumbuh.
rindu. rindu. rindu.
We are Dorm-mate
kami penghuni Blok Madani D
DT2.12
*if not mistaken*
veronica, hayati, me and wawai
(^__^)
paling payah nak cari gambar aku. sebabnya time matrik aku tak pakai tudung.
pakai pun time kelas PI je. aish malu kalau diingat-ingat.
ya, aku budak skema. budak biologi yang skema.
this is my classmates. Hayat 6 Tutoran 39. simple as H6T39.
we are the best student in biology. miss uolls friend.
Alhamdulillah dapat kenal dengan diorang yang banyak beri tunjuk ajar.
barulah rasa tenang after change. Alhamdulillah for this feeling Ya Allah.
Jom Ronda-Ronda Matrikulasi Labuan
sewaktu ketika dahulu dan aku rasa pasti dah banyak perubahan dekat sana sekarang ini.
1. Laluan Pejalan Kaki. kira laluan utama nak ke dk, bt and etc.
2. Menara Pentadbiran. kitaorang selalu panggil MP je.
3. Dewan Kuliah, Makmal Sains & Bilik Tutoran.
4. Track Kolej Matrikulasi Labuan.
5. Pusat Sumber Kolej Matrikulasi Labuan
6. Dewan Mutiara. *oh compress, compress*
View from Tingkat 4 Madani D
aku ada satu habit yang mana aku suka naik tingkat 4 blok madani d. semata-mata nak tengok matahari terbit. kira aktiviti hujung minggu. awal-awal pagi weekend kebanyakkan student tidur. takda sapa nak kacau kalau duduk melepak situ. anyway, seriously, i really love it. hijau dan sejuk mata memandang pepohon. kalau perasan ada bangunan nun jauh disana. ya, jauh. yang bangunan tu blok luhur e kolej lelaki tapi takda maknanya aku nak teropong diorang.
View from My Study Table
DT2.12. kedudukan blok aku betul-betul berada dilaluan utama kebanyakkan aktviti berlangsung. aku suka juga duduk lepak tepi tingkap tengok gelagat pelajar. terutama sekali time puasa. bazar ramadhan betul betul dekat bawah blok. best je tengok orang yang pelbagai ragam. oh ya, pkok bunga korea tu dulu kecik je masa mula-mula masuk kml. nampak tak dua orang lelaki kat bawah tu. encik felo blok madani d, tengah cek tangki air. yang pasti memang takda air sebabnya tangki tu baru sampai dari ladang.
Belajar Cara Belajar. Experiences is the Best Learning.
aku belajar duduk jauh dengan family. aku belajar tinggal kolej yang sememangnya aku tak biasa. aku belajar rawat diri sendiri bila sakit. aku belajar hidup serba kekurangan. tinggal kolej dengan terputus bekalan air betul-betul menguji kesabaran aku. tiap-tiap hari kena workout angkat air. kalau malas maka sendiri mahu tahu lah kalau nak membuang takda air. aku belajar untuk berjimat. berjimat guna duit elaun. berjimat menggunakan air. berjimat guna topup. aku belajar untuk jadi berani dan kuat seperti harimau. dan yang pasti aku belajar untuk menjauhkan diri daripada perasaan cinta. setakat curi-curi suka orang tu adalah. :)
aku juga belajar buat muka tebal. pernah sekali tu, aku tak buat kerja tutorial math. then kena denda siap bawa kerusi meja duduk luar tepi parit. perhh best giler. memang havoc kau. famous pun ada gak. nak nak time tu ada kelas-kelas yang dah habis and change class. padanlah dekat muka sendiri. confident lecturer tak check homework. anyway, thanks madam. kalau dia tak buat macam tu mesti aku tak sedar diri lagi.
aidiladha diperantauan
i just call her kak yati then she call me, dian.
she was very motivated. selalu bagi advice dekat aku.
MPI stand for Minggu Penghayatan Islam
have fun with team Halus Manissss
banyak benda yang aku belajar secara langsung dan tak langsung. to conclude, experiences is the best learning. pengalaman adalah guru yang terbaik. pengalaman yang baik dan buruk yang aku lalui akan dijadikan pelajaran untuk hari-hari mendatang. I can take the next thing that comes along. kekuatan. keberanian dan keyakinan. semoga pengalaman yang mahal dan tak terbeli itu dapat mendewasakan aku dan berfikiran lebih positif.
keep in touch.
No comments:
Post a Comment