Wednesday, February 05, 2014

Nur Lembah Lenggong Training Village

Assalamualaikum, Salam Sejahtera

selamat datang ke dunia cabaran
ada bran??


throwback. berkesempatan melawat Perkampungan Latihan Rekreasi Nur Lembah Lenggong. what can I say. this place was so natural. persekitaran yang mendamaikan dan mampu menenangkan fikiran. suasana damai seperti inilah yang aku idamkan, jauh dari kesibukkan kota. I wish someday dapat datang sekali lagi for satu dua malam. nak juga rasa overnight dekat tempat ni. memang betullah sekali pergi rasa nak lagi umpama melekat dihati. 


"Dekat di Mata, Lekat di Hati"
Team Building, Training, Motivation and Recreation

seketika berada di tapak kem Nur Lembah Lenggong Training Village. perjalanan mengambil masa 30 minit dari Kuala Kangsar untuk sampai ke destinasi. boleh google map. kedudukannya agak tersorok yang mana berada didalam ladang kelapa sawit dan ditepi sungai perak. tapi siapa sangka, tempat ini terletak dipinggiran kota yang dikelilingi oleh hutan hujan tropika, sungai perak dan suasana kehijauan. sejuk mata memandang. tak rugi datang singgah apalagi kalau bercuti disini.


kononnya aku nak seberang ke pulau sebelah tapi memandangkan aku tengok keadaan sungai yang macam laju arusnya tak jadilah nak seberang. plus, masuk tanpa izin pula tu. silap haribulan boleh kena tembak main terjah sesuka hati. sorry, hari tu masa kitaorang datang tak nampak sorang pun dekat situ. mungkin sebab timing datang tu bulan puasa kot. 

focus pulau dekat seberang tu. nak pergi situ sebenarnya. :(

yang ini my cousin. hehe.
asyik. asyik yang keluar gambar aku je dari tadi.

baiklah daripada pembacaan yang aku buat, boleh tahan banyak juga aktiviti yang boleh dilakukan dekat sini like berkayak, berakit, jungle trekking, obstacles, aktiviti tali flying fox *love it, love it*, menyusuri jambatan gantung, main perang-perang and more... 

for those yang meminati kedamaian dan kesegaran suasana kampung dan hutan hujan tropika ini bolehlah ke websites diorang just click, Nur Lembah Lenggong. penggemar rekreasi luar juga boleh buat aktiviti-aktiviti dekat sini. beside, dekat tempat ini juga menawarkan macam-macam pakej yang menarik, kemudahan-kemudahan untuk pengunjung dan pelanggan dan banyak lagi. 

i wish someday, aku dapat berkunjung lagi dekat tempat ni. i wish.


2 comments:

Unknown said...

nk order kiwi kleen fabric strach...boleh...??

Diyana Tjuman said...

dear, macam mana nak contact u. pls whatsapp dekat number sy. :)

Post a Comment