Sunday, January 26, 2014

SUKIPT 2014


Assalamualaikum, Hi
My Dear Super Duper Diary Online





SUKIPT 2012
Talking about SUKIPT. Beberapa hari lagi SUKIPT 2014 akan berlangsung. For those yang masih tak tahu tentang SUKIPT uolls boleh ke laman web rasmi SUKIPT click here. Kejohanan Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2012 julung kali diadakan menggabungkan empat majlis sukan utama IPT iaitu Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM), Majlis Sukan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (MASISWA), Majlis Sukan Politeknik (MSP), serta Majlis Sukan Kolej Komuniti (MASKOM). 


Antara acara yang dipertandingkan adalah badminton, bola jaring, bola tampar, bola tampar pantai, catur, karate do, memanah, menembak, olahraga, ragbi 7s, renang, sepak takraw, taekwondo, tenpin boling, dan tenis. Manakala acara petanque sebagai acara selingan kejohanan.


SUKIPT 2014
SUKIPT 2014 mensasarkan penyertaan sebanyak 110 kontingen. Lebih 10,000 atlit, sukarelawan dan petugas terlibat kali ini. Sebanyak 24 acara yang akan dipertandingkan secara keseluruhan in which SUKIPT 2014 masih mengekalkan 16 acara daripada edisi SUKIPT 2012. Lapan acara baru yang dipertandingkan adalah pencak silat, lawan pedang, hoki, judo, softball, skuasy, boling padang, petanque dan woodball sebagai acara pertunjukkan. Secara keseluruhannya sebanyak 251 pingat emas, 251 pingat perak dan 339 pingat gangsa yang dipertaruhkan. 

3 - 16 februari 2014
UiTM Shah Alam

oh mr musang pandan

Wow! Entah kenapa bila tengok video promo SUKIPT dekat atas rasa meremang bulu roma. You know what bila berada di arena sukan ni perasaan dia lain sikit. lebih-lebih lagi bila kita tengok member-member kita tengah beraksi then kita pula bersorak. serius, lain babe. memang sedih juga kali ini tak dapat join sukipt. dan yang lebih menyedihkan lagi tak dapat nak bagi sorakan dekat rakan-rakan seperjuangan. dear team taekwondo upsi, I hope our team kali ini dapat menambah pingat dalam game taekwondo. impossible is nothing. oh ya, musnahlah harapan saya nak berjumpa dengan menteri belia dan sukan tu. 

do visit www.sukipt.com.my for more information about sukipt.

LAMAN SOSIAL SUKIPT. FEEL FREE TO LIKE & FOLLOW

No comments:

Post a Comment